Azam baru

 Khamis, 12 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Sudah masuk bulan Jun. 

Pagi tadi, saya pergi berlari di Teluk Batik, dengan suami.

Larian 7.7 kilometer di pagi Khamis

Rumusan larian pada bulan Mei 2023 adalah seperti berikut:


Jumlah jarak larian: 154.1 kilometer

Purata jarak larian dalam sehari: 5 kilometer

Purata jarak larian dalam seminggu: 38.5 kilometer

Ok, bulan Mei saya berjaya lepas 150 kilometer dalam sebulan. Alhamdulillah.

Sempena masuk bulan baru ni, target saya adalah 200 kilometer larian. Boleh ke idok? Haha.. marilah kita cuba. Berusaha! 🏃

Saya juga berazam untuk amalkan diet suku-suku separuh. Bukan untuk bulan ni saja. Tapi kalau boleh, nak jadikan cara hidup saya.

Separuh pinggan: Sayur dan buah

Suku pinggan: Protein

Suku pinggan: Karbohidrat

Kena kawal makan sikit. Saya seorang yang suka makan. 

Berat sekarang: 61 kilogram

Berat impian: 55 kilogram

Saya akan cuba untuk kawal nafsu makan saya. Saya pernah berjaya turunkan BMI saya dari overweight ke BMI normal, dalam masa 5 tahun. Haha.. lama, kan? Tak kisah la berapa lama saya ambil untuk dapat target weight saya. Tapi saya akan cuba. Dah lama berat saya dok tang tu je. Nak buang angka 6 tu. Nak ganti dengan angka 5 di hadapan. Berusaha! 💪


Lepas lari pagi tadi, saya dan suami pergi makan di Restoran Nasi Ulam Lumut. Gambar di atas adalah sarapan saya. 

Nasi, agak-agak saiz dalam segenggam, ayam bakar bahagian dada, dan sayur salad. Sambal belacan sikit, sebab tak ambil kuah. Ok ke, encik? 


Balik rumah pagi tadi selepas sarapan, saya cabut rumput dan menyiram pokok. Kemudian, saya buat yoga sekejap. Cardio di atas, saya buat selepas lari pagi tadi, iaitu senaman kempis perut.

Dengan ini, saya nak mengucapkan selamat tinggal kepada perkara di bawah...


Babai cheese stick dan creme brulee Harold yang sedap, dan air manis. I'm gonna miss you. 

Tolong doakan saya diberi kekuatan, ye. 😊

21 comments:

  1. Caiyok Nur! Walaupun nampak berat badan tu dah ideal, tapi masih lagi bersemangat amalkan gaya hidup sihat 👏🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Carneyz. Berat belum ideal. Overweight. Gambar tu, ilusi semata, banyak pakai baju hitam. :D

      Delete
  2. semoga berjaya, berusaha!!.. sedap creme brulee tu....dah lama x makan, dah takde Harold bakery kat RTC Gopeng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nohas. Yay!
      Oh, ye ke.. ada lagi cawangan lain, tak silap kat r&r Sungai Buluh, highway utara selatan pun ada, rasanya.

      Delete
  3. Terbaiklah, Nur. Sy pernah merasa berat 61 masa baru kahwin, sekarang, berat mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SK pun boleh juga. Tapi SK tinggi, jadi tak nampak besar, macam saya, saiz, renek. Huhu...

      Delete
  4. selalu ingatkan diri bahawa matlamat mesti dicapai dengan melawan keinginan yang bertentangan ...semoga berjaya...lakukan deficit kalori dan tingkatkan metabolisme dengan terus bersenam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik. Saya ingat pesan Encik Hanafi. Terima kasih, ye. Insya-Allah.

      Delete
    2. sama-sama kita mengingatkan diri sendiri hehehe

      Delete
  5. Saya pun tengah diet huhu.. dsss juga. Harap dpt konsisten, jadi lifestyle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay, jumpa geng DSSS. Betul. Jadikan lifetyle. Kita cuba ye. Berusaha!

      Delete
  6. Moga diberi kekuatan. Amin. Haha saya hendak kempis dan kecilkan punggung. Berat dah ok. Jadi kena cari senaman yang tumpu pada bahagian itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, NA.
      Punggung tu, paling susah, NA. Kena buat squat. Baru buat 10, esok dah sakit peha. Huhu...

      Delete
  7. Sy cuba kontrol mkn mlm.. x masak kesian pulak anak2 dh masak teringin pulak nk mkn... hehehe.. air manis bergula cuba jugak hadkan sekali je sehari tp kekadang minum air tin pulak 🤦‍♀️ semoga dipermudahkan urusan nur.. sy ni x kuat lg tp impian tu mmg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kakmim. Kakmim pun boleh juga. Mari kita sama-sama berusaha. :)

      Delete
  8. abam kie x perlu diet bagai sbb memang dah sedia kurus pun. dulu 83kg sblom covid.. skrg 75kg aje.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah masih bertenaga utk bersenam.. memang kena diet seiring dgn usia ni kalau tak cepat penyakit dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul, Nina. Itu yang tengah cuba dapat semula berat ideal ni.

      Delete
  10. hebat hebatttt👍👍👍keep on running demi kesihatan sepanjang hayat💪💪💪💪insya allah boleh tu set target 200KM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, Anies, saya cuba. Berusaha! ^_^

      Delete