Pekena kopi di Kedai Kopi Padang Tembak

 Ahad, 11 Jun 2023 - Pergi lari juga, walaupun rasa malas. Masa baru nak keluar rumah, hujan gerimis. Tapi pergi juga ke tempat lari. Dalam kepala ingat, kalau hujan, pergi makan, tak payah lari. 😁 Bila sampai, tak hujan pun. Walaupun cuaca mendung. Lari jugalah.

Larian Ahad yang malas, 7.3 kilometer.

Selepas lari, apa lagi, cari tempat makan la. Beli bungkus dulu, nasi berlauk untuk anak-anak di rumah, di Bukit Permata. Kemudian, tuju ke arah Teluk Batik, nak cuba tempat yang belum pernah try.

Kedai Kopi Padang Tembak

Selalu nampak kedai kopi ni, bila nak ke Teluk Batik. Lokasi di sebelah kiri jalan. Kadang tengok, banyak kereta parking tepi jalan. Jadi, tak pernah singgah. Kebetulan semalam, tengok, tak adalah banyak kereta sangat. Cuba lah, masuk ke kedai.

Kedai terbuka. Macam kedai makan kampung biasa. Tapi freshly brewed coffee. Marilah kita cuba. Eh, bukan saya cakap, tak mahu minum kopi dah ke? Haha... teringin la. Sekali-sekala, boleh, kan.

Mesin kopi di kedai ini. Gambar carian Google.

Kami tunggu agak lama, orang yang ambil pesanan tidak datang ke meja kami. Bila kakak ambil pesanan sampai, dia minta maaf, sebab lambat ambil order. Oh, tak mengapa.

Menu kedai

Tempat makannya, split level. Hati-hati jika pertama kali datang sini. Saya hampir terjatuh masa nak ambil sudu di meja sebelah. Sebab tak nampak, lantainya ada turun satu level.

Sarapan suami.

Suami pesan mi kari, dan minuman nescafe o ais. Tapi, yang sampai, teh o ais. Muzik yang dipasang kuat, mungkin kakak yang ambil pesan tu, tak dapat dengar pesanan suami. Saya yang duduk sebelah, boleh dengar dengan jelas, suami kata, nescafe o ais. Kalau orang muda, suka kot, kalau kedai makan pasang muzik kuat. Tapi bagi kami yang tua ni, elok kalau diperlahankan volume tu sikit. Muzik tu, setakat bunyi di belakang, sudah memadai. Pendapat saya je.

Mi kari dia sedap. 😋

Signature coffee

Saya pesan signature coffeenya, iaitu caramel machiato panas. Sedap. Saya suka. 👍

Sarapan saya

Saya pesan american breakfast. Roti bakar goyang, sebenarnya, dengan baked beans dan sosej. Berpatutan la, harga american breakfast ni, RM6. Lebih murah dari kopi saya, RM10. 

Seperti biasa, kami share makanan. Separuh-separuh, jadi dapat rasa kedua hidangan.

Alhamdulillah. Ada lagi kedai makan yang kami belum cuba, di daerah Manjung ni. Kadang tu, kita lebih selesa pergi tempat yang sama. Kadang tu, rasa nak kelainan, itu yang cuba tempat baru. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, baru tahu. 

Orait. Semoga segala rancangan anda pada hari ni, berjalan dengan lancar. 

Jumpa lagi, ye.

29 comments:

  1. Saya pun kalau suka makanan di satu-satu kedai, itulah tempat yang selalu saya datangi. Sekali-sekala hendak juga merasa kelainan makanan di kedai lain. Memang saya rimas betul kalau ada muzik yang kuat volumenya, termasuklah di tempat keramaian seperti majlis kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, Amie. Kalau kedai tu memang sedap, tak jemu kita makan di kedai yang sama. Sama kita. Buat apa lah pasang muzik kuat-kuat, kan. Sakit telinga pun ada.

      Delete
  2. Wah, makanan lagi murah dari air. Sy rasa, kita ada selera yang sama la Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... itu la, SK.
      Oh, ye ke? High-five! :D

      Delete
  3. Sini susah jumpa American Breqkfast. Nasib baik air Puan Nur tidak salah. Haha. Langgar pantang ya?

    ReplyDelete
  4. hiasan kopi itu nampak premium dan sesuai juga dengan harga..lauk sarapan macam best...menu agak sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Encik Hanafi. Saya memang suka sarapan roti, banding nasi, jika diberi pilihan la.

      Delete
  5. Kalau sy mmg x minum langsung kopi nur... selalu en suami paksa suruh try tp cium bau je dh pening camne nk try... hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. baru bau, sudah pening. Patut muka kakmim licin dan cerah, tak minum kopi rupanya.

      Delete
    2. Maksud saya, lepas minum kopi, esoknya saya selalu naik jerawat. Tapi, suka punya pasal. Minum je. :)

      Delete
  6. kadang tmpat sama bosan, sama ciknur suka kelainan he hee nak rasa yg berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... sekali-sekala, tukar angin ye, Cik Nor.

      Delete
  7. American breakfast Nur nampak menarik.
    Mrs. A pun kalau dah suka satu-satu tempat tu akan ke situ ajelah jarang-jarang nak pergi tempat lain hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan rasanya, Mrs. A.
      Ooo... begitu...

      Delete
  8. Saya suka kopi, Mbak. Kopi hitam dengan sedikit gula. Tapi belakangan saya tidak berani minum kopi bila belum sarapan, atau minimal perut diisi dulu dengan kue-kue apa saja.
    American breakfast ya Mbak? Boleh juga kapan-kapan saya coba disini.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Pak Asa. Sesetengah orang, bisa masuk angin, jika minum kopi.
      Sekali-sekala, Pak. Biasanya, sarapan nasi. Tapi tukar selera ke roti pula.

      Delete
  9. sangat menggoda sarapan akak tu, kuning cair

    ReplyDelete
  10. Betul, kena rajin dan berani cuba kedai berbeza. Tak cuba tak tahu.
    Kemain cantik kopi berlukis walaupun kedai kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Ujie.
      Ye la. Saya pun impress dengan kopinya.

      Delete
  11. kak ana ingat kan padang tembak kat Teluk Intan, rupanya manjung.. sedap2 nampak menunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kat Teluk Intan pun ada Padang Tembak, kan. :)

      Delete
  12. tekezut baca tajuk. ingatkan minum kopi smpi ke padang tembak KL 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... banyak tempat juga ada Padang Tembak ni. Di Lumut, Teluk Intan, dan KL.

      Delete
  13. makanan & minuman sedap..tapi itulah kan, muzik kuat x brp best...kita nak tenang2 je..

    ReplyDelete