Richiamo Coffee pulak...

 Isnin, 12 Jun 2023 - Selepas hantar anak-anak ke sekolah, saya dan suami pergi ke UTP Seri Iskandar, berlarian di sana. Kenapa jauh sangat lari, ni? Sebab suami saya ada urusan di Tronoh.

Larian Isnin, 8 kilometer. Burung bertenggek di tepi tasik.

 Cuaca agak panas, tapi berangin di Taman Tasik UTP. Cepat-cepat lari, dan suami pun pergi uruskan tujuan utama kami ke Tronoh. Tak lama pun, selesailah urusan.

Perut pun lapar, belum sarapan. Waktu hampir pukul 10 pagi. Saya cadangkan, sarapan di Little Ipoh di Bandar Universiti. Tapi masa sampai di depan restoran, ada 'Inspektor Gadjet' sedang buat operasi menyaman kenderaan yang tidak pamerkan kupon parking. Jadi, kami pun berlalu pergi, malas nak beli kupon punya pasal, dan malas juga nak install aplikasi parking.

Masih pusing-pusing di Bandar Universiti, masa tu lah saya ternampak Richiamo Coffee. Wah... ada cawangan di sini. Di Manjung pun, tak ada lagi. Tapi sebab lokasi berhampiran dengan Inspektor Gadget, kami pun bergerak jauh sikit. Lalu jalan belakang, melalui perumahan, kami bersarapan di Bandar Seri Iskandar. Sini memang ada banyak kedai makan. Ramai pelajar dari UiTM Cawangan Perak, UTP, dan IKBN di sini. 

Kami bersarapan di Restoran Bonda. Tapi saya lupa nak ambil gambar. Lapar punya pasal. 🙈

Lepas makan, kami ambil keputusan untuk mengopi di Richiamo Coffee. Maklumlah, sudah jumpa kan, nanti kalau tak singgah, terbayang-bayang tak boleh tidur. Bak kata SK, biar menyesal makan, dari menyesal tak makan. 

Ye, langgar pantang sekali lagi. Tapi, ini last ye, saya pekena kopi. (Boleh percaya, ke?) 

Richiamo Coffee cawangan Seri Iskandar

Lokasinya, terletak di tepi pasaraya Lotus.


Pintu depan

Bila tengok pintu depan, nampak, oh, ada set nasi juga di sini, bukan sekadar kopi.

Banyak juga menu set nasi dia..

Saya tertarik dengan set nasi ikan patin masak tempoyak. Tapi, saya baru lepas makan nasi. Lain kali, bolehlah cuba.

Bahagian dalam

Sebaik melangkah masuk, sejuknya.. sungguh selesa. Orang pun tak ada. Cuma ada satu keluarga, sedang mengopi di meja tepi. Hari orang kerja, kan, pukul 10 pagi pula tu. 

Saya pesan kopi untuk bungkus. Diberi alarm, yang akan berbunyi bila pesanan kita siap. Tengok-tengok, suami saya signal dari dalam kereta. Dia ajak mengopi di situ pula. Saya pun cepat-cepat pergi ke kaunter semula, cakap, tak jadi take-away, minum di kedai sahaja. Tak apa, tak minum dalam cawan pun, sebab dia sudah buat di dalam cawan take-away tu. 

Pesanan kami

Saya pesan ice blended mocha untuk suami with whipped cream on top, saya pula hazelnut latte panas dan sebiji double chocolate chip muffin.

Sofa duduk cantik

Saya merasa sedikit jakun, kerana ini pertama kalinya, masuk kedai kopi, tapi tak rasa macam masuk kedai kopi. Rasa macam berada di lobi hotel. Tempat duduk yang selesa dan besar. Muzik background ala-ala jazz. Tumbuhan hijau. Saya dan suami memang sependapat, inilah port mengopi paling cantik kami pernah datang. Saya suka! 👍👍

Close-up pesanan kami

Saya buka penutup kopi, supaya kopi saya cepat sejuk. Kalau awal-awal saya beritahu semasa memesan untuk dine-in, saya rasa, mesti ada coffee art pada kopi saya, kot. Tapi, saya tak kisah sangat. Bila mula hirup, nikmatnya.... sambil pejam-pejam mata. 

Suami juga kata, kopi dia sedap, tak manis sangat, just nice.

Saya sedang menikmati muffin

Muffin tu, kami share. Sedapppppp.... tak kedekut chocolate chip. Cukup rasa. 

Harga mengopi

Kopi panas saya, harga murah seringgit, banding kopi panas saya pernah beli di Lumut. Saya rasa, harga itu sangat berpatutan. Padan sesangat dengan rasa kopi dan suasana kedai yang sungguh nyaman. 

Saya habiskan kopi panas saya dalam dua teguk je. Suami kata, saya minum kopi macam minum air suam. Suami bawa kopi dia balik, boleh minum sambil bawa kereta, pulang ke Manjung.

Alhamdulillah, merasa juga mengopi di Richiamo Coffee. Nasib baik lokasinya jauh. Kalau dekat, hari-hari juga saya datang. Hahaha... opss.. 

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga pembaca semua sihat-sihat dan happy-happy selalu. Jumpa lagi, ye. 😊

28 comments:

  1. Nampak gaya cerita tu, tak mungkinlah ini last minum kopi, kan. Sy pun sama, minum kopi panas, macam teguk air suam, sebab sy tak suka kopi yg dah suam, nanti tekak sy kembang. Kalau nak sejuk, biar ada ais tak apa. Nanti datang RC lagi, cuba Spaghetti Aglio Olio dia. Nasi2 berlauknya pun sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... SK ni, sungguh memahami. :)
      Oh, ye ke. Ada rezeki pergi lagi, saya akan cuba. Mekasih, bagi cadangan hidangan yang sedap. :D

      Delete
  2. Haha masuk juga RC. Tempatnya memang selesa, nyaman dan seronok lepak.
    Oh tempat Puan Nur ada menu ikan patin. Seingat saya tempat saya macam tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. rupa-rupanya, bukan semua cawangan ada menu yang sama, ye. Tapi, memang syok, NA, lepak dalam tu.

      Delete
  3. Takpe Nur. Boleh langgar berkali-kali. Kemudian nanti boleh taubat hihihihiii.

    ReplyDelete
  4. Selalu je baca blog org lain pergi mengopi dan makan di Richiamo Coffee. Saya je belum ada rezeki ke situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, nanti ada lah rejeki Carneyz untuk cuba Richiamo Coffee, Insya-Allah. :)

      Delete
  5. Nasib baik kerana dapat elak diri daripada Inspektor Gajet...kalau tak naya juga kena bayar kompuan tiada kupon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul tu, Encik Hanafi. Kena lariii...

      Delete
  6. bestnya port ngopi...sejuk & selesa..kopi & muffin pun sedap...belum jejak lagi RC..boleh gi lepas ni..

    ReplyDelete
  7. set nasie tempoyak patin sungguh menyelerakan...mbul suka kudap durian dalam masak bumbu...juga kopi dengan latte yang nampak cteammy. Hari yang cerah untuk olahraga lari ya kak nur ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga suka, hidangan masak tempoyak. Enak!
      Ya benar, hari cerah, kita lari di luar. Hari hujan, kita lari di dalam rumah. Hehe...

      Delete
  8. Asyik pegi ngopi je skrg nur.. mcm langgar terus dah ke?

    ReplyDelete
  9. Saya tengok tunggu RC launching kat Kluang. Kedai dah ada saya nampak hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... nanti dah buka, bolehlah cuba. :)

      Delete
  10. penah try sekali je. machiato apa ntah. mmg sedap. harga pun okay... skrg dah byk branch. g mana2 pun dah boleh jumpa RC ni

    ReplyDelete
  11. sy cuma mampu minum kopi d umah je. sebetulnya sy x minum minuman manis di luar umah. selalu pesan air masak je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik dengan saya. Saya di luar, pesan kopi. Di rumah yang minum air masak. Hehe..

      Delete
  12. richiamo ni byk cawangan...pernh singgah 2x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Perak, tak banyak, mama tisya. Ni baru pertama yang jumpa.

      Delete
  13. Tempatnya nyaman...makanan pun ok..pas jadinya...betah kalau tempatnya nyaman begini untuk ngopi "kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rasa nak duduk dalam tu, lama-lama. :)

      Delete
  14. Sama seperti saya dan suami, kalo beli kopi saya prefer panas, suami prefer ice 😄. Kopi yg nikmat memang jangan terlalu manis ya kak. Masih ada rasa pahitny sedikit 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi panas lebih enak ya, Fanny. Betul, kopi harus ada sedikit rasa pahit. Manis-manis tak best juga.

      Delete