Hari Sabtu, hari tipu

 Sabtu, 14 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Saya cuba untuk ikut diet suku suku separuh (DSSS) tu. Bergantung pada keadaan. Apa yang ada di rumah. 

Makan tengahari Jumaat

Separuh pinggan, saya isikan dengan tembikai. Suku pinggan, sosej ayam yang direbus untuk sarapan anak-anak waktu pagi, tapi dia orang tak habis makan. Suku pinggan, nasi goreng kampung. 

Bila jalan-jalan di luar, susah sikit la, nak buat DSSS. Semalam, anak-anak tengok cerita Spiderman: Across the Spider-Verse tu, kat TGV cinema. Kami malas nak ikut, tengok cerita tu. Jadi, saya dan suami lepak di gerai mee, tepi padang Astaka Sitiawan.

Makan malam Jumaat

  Saya makan kuetiau goreng kerang. 

Haa.. kan susah, bila kita makan di kedai yang ada goreng-goreng je. Kalau kedai nasi campur, ok lagi, boleh diusahakan. Tapi manalah ada kedai nasi campur buka petang-petang, kat sini. 

Sabtu

Pagi ni, sebelum Subuh, saya tengok, roti punya tarikh luput jatuh hari ni. Saya pun buat roti celup telur aka french toast.

Sarapan anak-anak

Buat lapik perut. Sementara mama pergi jogging.

Riadah pagi, lari di Lumut, dan berjalan di Bota.

Saya pergi awal lari hari ni, sebab dah janji dengan suami, nak pergi pasar pagi Bota. 

Sempat berlarian sejauh 6.12 kilometer. Sampai rumah pukul 8 pagi, tapi suami belum balik lagi. Rupanya, kereta dia rosak. Nasib baik rosak di parking ofis. Jadi, saya pergi ke ofis suami, ambil dia, pergi pasar pagi Bota. 

Lepas beli barang di pasar pagi, singgah kedai jual alat ganti kereta di Ayer Tawar, beli minyak clutch, dan hantar suami balik semula ke ofis. Minyak clutch dia bocor. Isi baru, sementara dia terus pergi workshop, repair. Saya balik ke rumah, bawa barang-barang belian.

Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawasanya setiap Sabtu adalah cheat-day! Haha... baru mula diet 2 hari, dah cheat-day. 

Nanti saya cerita lain, pasal jalan-jalan di pasar pagi Bota, ye.

Ok. Have a great weekend semua... jumpa lagi. 😊

6 comments:

  1. begitulah cabaran bla berdiet ni. kuat sangat dogaannya. penah jg 'kena' dulu. lepas lari wahib minum teh tarik. matilanakkkkk😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sedap tu, Anies, teh tarik. Saya pun suka juga. Tapi sini tak jumpa kedai yang buat teh tarik sedap. Jadi, bagus juga gitu. Minum air suam saja.

      Delete
  2. cheat day sekali sekala it okay...untuk memudahkan kira kalori lepas cheat day boleh cari calculator kalori dalam Google...angka memang tidak la tepat tapi boleh dijadikan anggaran sahaja...maksudnya walaupun cheat day diet tapi kalori intake masoih dalam kawalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya malas kira kalori, Encik Hanafi. Boleh je install aplikasi myfitnesspal. Tapi, saya jadi tension. Hehe.. nak happy happy je.

      Delete
  3. Betul tu, Nur. Sy biasa dapat DSSS masa hari kerja jer sebab tengahari makan nasi campur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, SK. Bukan senang nak istiqomah DSSS untuk setiap kali makan. Tengok masa dan tempat juga.

      Delete