Wifi hilang lagi

 Isnin, 16 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Maxis fibre hilang lagi, di rumah, buat kali ketiga. Boleh dikatakan, tiap-tiap bulan terjadi begini. Kali ni, nampak kabel fibre tu tergantung, sah putus terus, digigit oleh kera-kera liar. Wifi di rumah pun tak ada, sejak hari Sabtu pagi. 

Bila report, orang Maxis cakap, nak gantikan buat sementara, line internet lain, jenis wireless. Dia akan hantar technician, untuk tolong pasangkan. 

Semalam, hari Ahad, technician Maxis pun datang. Sementara suami tengok dia set-up modem dan line, saya ke dapur, masak untuk makan tengahari. 

Sayur hari Ahad

Saya tumis cendawan tiram bersama kobis bunga, lada benggala hijau dan baby corn. Bila sayur hampir masak, saya pecah telur. Jadilah seperti dalam gambar di atas. 

Modem Wifi tiada internet

Technician kata, salah letak, dia tak boleh atas satu sama lain. Aik.. bukan kita kacau pun. Itulah technician Maxis yang mula-mula install maxis fibre dulu yang buat gitu. Ada lampu merah berkelip di LOS. Tapi dalam gambar, saya tak dapat capture.

Sudah dipasang wireless internet

Begitu rupanya, di dalam gambar. Wireless internet, untuk baiki talian internet buat sementara waktu. Nak tunggu dia ganti kabel yang putus, mungkin hari Rabu. Jadilah. Kalau 2 orang pakai connect to wireless internet ni, ok lagi. Bila masuk 4 orang pakai, line jadi slow. 

Suami ada tanya, mungkin kami kena pakai jenis wireless kot, sebab selalu sangat terjadi ni, kabel kena kacau oleh kera liar. Technician tak galakkan tukar ke wireless, sebab line tak berapa kuat, berbanding pakai fibre. Hmmm... entahlah. Kalau dah kerap terjadi, bosan juga. 

Kotak modem wireless

Technician kata, internet unlimited. Boleh la guna untuk pasang Netflix di tv. Semalam saya cuba dari dalam bilik, untuk urusan perbankan nak transfer duit, tak kuat pun. Saya kena guna data handphone juga. Rasanya, Celcom pun ada jenis USB macam ni, kan? Pakai cucuk saja. Dalam kereta pun boleh jadi Wifi.

Selepas orang Maxis balik, kami pun makan tengahari.

Makan tengahari Ahad

Separuh pinggan, isi dengan sayur.

Nasi, suku pinggan. (macam terlebih je 🙈)

Ayam, suku pinggan. 

Makan di rumah boleh la suku suku separuh ni. Bila di luar, ke laut dalam lah, ye.

Lepas Asar, hantar anak sulung ke stesen bas, dia nak balik Terengganu. Masa macam suntuk, tapi kesian pula kat anak, nanti tak makan, lapar dia dalam bas. Jadi, kami singgah ke McD drive through, beli burger. Tak kan la anak sorang je makan burger kan, mak pak pun nak juga. Hehe.... makan dalam kereta, sambil tunggu bas anak tiba.

Makan malam awal Ahad

Saya pesan cheese burger. Suami makan mcChicken. Anak makan GCB. Alhamdulillah. Selamat jalan, anakku, belajar rajin-rajin ye. 

Masa sudah balik rumah, rasa lapar la pulak. Nak makan ke, tak? Sebab tadi, makan awal, pukul 5 petang. Makan juga la, nanti perut berbunyi waktu malam, camana nak tidur. Kih kih..

Makan malam lewat Ahad

Nasi, habiskan lauk sayur, habiskan lauk ayam yang tinggal saki baki.

Pagi ni, saya pergi jogging, seperti biasa.

Larian Isnin

Langit masih gelap masa saya keluar rumah, ke tempat jogging. Bulan terang di langit. Sempat berlarian sejauh 7 kilometer pagi tadi. Alhamdulillah.

Sarapan Isnin

Pagi tadi, saya bersarapan nasi goreng, bersama telur dadar dan buah oren. 

Saya sudah nampak perubahan sikit, walaupun saya baru amalkan diet suku suku separuh ni, 5 hari. Saya lebih senang buang air besar. Kalau tak, saya 3 hari, baru sekali membuang. Saya bukanlah jenis suka sangat sayur dan buah ni. Boleh makan, cuma kurang gemar. 

Ada ketika, terbabas juga. Tapi, saya akan terus cuba la. Kalau tak dapat, contohnya, makan di luar, saya akan cuba kurangkan pengambilan karbo.

Baik. Selamat beristirehat, hari cuti umum hari ni, Hari Keputeraan Agong. 

Jumpa lagi, ye. 😊

18 comments:

  1. Kira kerap Puan Nur makan nasi sehari.
    Hehe itulah ya asyik putus sahaja kabel. Mungkin kena buat sesuatu pada kabel supaya kera tidak gigit.
    Sini macam jerebu waktu bulan mengambang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Suami orang Kelantan. Nasi 3 kali sehari, ye. :D
      Buat sesuatu pada kabel, itu kerja orang TM. Mungkin dia orang boleh tanam kabel fibre dalam tanah, instead of macam sekarang, kan.

      Delete
  2. betul2 slalunya wireless ni klu kat area rumah x berapa nak kuat... wireless sesuai bawa gi jenjalan je hehehe...

    ReplyDelete
  3. Menu isnin tampak menggugah selera...tapi tengok menu sayuran yang ada kubis bunga, cendawan tiram plus baby corn lebih bikin mbul terliur...mbul suka sangat dengan sayuran...wifi tempat mbul juga suka hilang timbul signyalnya..kemarin ada janji teknisi akan upgrade layanan ke rimah tapi batal datang tersebab libur terjepit diantara libur nasional dan weekend..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, cuti am ye, di sana. Sama juga di sini, technian ambil masa untuk baiki line internet. Lagi-lagi, hujung minggu.

      Delete
  4. Cerita dua dalam satu...tentang WIFI dan makanan hehehe..kalau nak lebih tersusun cerita pertama WIFI jer, cerita kedua masak, makanan dan makan...manakala cerita ketiga...lari...BTW semakin banyak cerita untuk dikongsikan ...tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka share cerita ikut chronological order, Encik Hanafi. Juga, sejenis malas buat banyak entri dalam satu hari. Huhu... terima kasih, atas pandangan.

      Delete
  5. Area umah saya kalau kabel unifi ada gangguan satu lorong bising... hahaha... xpayah risau nnt adalah jiran yg akn cepat komplen... sekarang ni wifi ni dh mcm 1 keperluan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tu baru best, kakmim. Tak payah susah-susah report. Hehe..

      Delete
  6. Sayur nampak sedap. Sikitnya portion nasi Nur. Mrs. A tengok Nur macam dah kurus je nak kurus macam mana lagi tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teknik bergambar je, Mrs. A. Nampak kurus, tapi berat saya masih overweight.

      Delete
  7. Macam menarik la sayur tu. Boleh share resipi tak Nur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, Carneyz. Saya tumis bawang merah sebiji, 2-3 ulas bawang putih, dan cili padi hijau yang dihiris. Bila wangi, masuk sayur iaitu cendawan tiram, lada benggala hijau, baby corn dan cauliflower. Tambah air sikit, kasi stim naik. Kacau-kacau. Buat lubang tengah, pecah telur sebiji. Bila telur sudah masak, kacau semua. Renjis minyak bijan sikit. Perasakan dengan maggi cukup rasa, sedikit chili flakes dan black pepper. Siap! :)

      Delete
  8. Monyet² ni kabel pun nak gigit..susahlah mcm ni, nak guna wireless, signal x kuat pula...wahh, dah dpt rasa perubahan, tukar gaya makan - suku² separuh..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, nohas. Masalah berulang yang nampaknya tiada kesudahan.
      Alhamdulillah. Makan secara sihat.

      Delete
  9. kalau kat umah sy ni, masalah semut. kalau dia masuk dlm plug modem... haihhh... masa tu laaa rasa nak mengamuk je... punya banyak tempat kat dlm plug juga laaa ko nak duduk...

    entah apa laa yg dia suka sangat gigit kabel fiber tu kan? bukannya sedap pun 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semut hitam ke, Anies? Semut hitam tu, suka buat telur di tempat yang kita tak sangka, kan. Kat rumah saya, dalam peti surat. :)
      Nanti saya cerita ye, Anies, next entri, tentang kera liar ni. Dah macam planet of the apes dah ni. Hahaha.....

      Delete