Sesak sana sini

 Rabu, 8 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Hari Isnin lepas, hari cuti umum kan. Pagi-pagi saya pi jogging dulu.

Kucing manja kat kedai kakak TNB

Tapi saya balik awal, sebelum pukul 8 saya dah sampai rumah. Buat 7.76 km saja. Hari sebelumnya, saya dah buat half marathon (hm), badan saya banyak luka melecet. Memang camni, kalau saya lari jarak jauh, tak sah kalau tak melecet. Masa hari kejadian tu, saya tak plan nak buat hm, jadi saya tak sapu vaselin. Hambik ler... 

Balik tu, suami ajak nyongket ke Taiping, dia tak kerja. Jalan-jalan. Saje, menyibukkan diri dalam kesesakan jalanraya. Hehe.. kat Taiping Lake Garden tu, penuh kereta, tau. Kami tak sempat nak berenti amik gambor bawah pokok. Tak sampai pun kat lokasi pokok-pokok besor tu. Keluar dari kawasan jem secepat mungkin. 

Itu cerita hari Isnin. Semalam pula, saya tak beriadah pun. Rehat rumah. Nak bagi luka melecet tu sembuh. Tapi saya ada buat yoga lebih kurang 20 minit.

Hari ni pula, saya kembali pi jogging.


Buat 10 km pagi tadi. Santai-santai.

Gambar di atas adalah mee sizling yang saya makan waktu tengahari, masa di Aeon Taiping. Jarang-jarang makan. Ok, sedap. Alhamdulillah.

Saya nak share hasil kait saya. 

Last sekali saya share, progress mengait adalah seperti berikut:


Dalam minggu ni, sempat mengait sikit. Sibuk nyongket ke sana, ke sini.


Dah tinggi sikit, bahagian badan bag. Kena kasi tinggi lagi sikit. Oh, slow nya aku mengait. Berusaha!

Baiklah. Selamat bekerja kepada pembaca yang bekerja, dan selamat bercuti kepada yang sedang bercuti, ye.

Jumpa lagi. 😊

14 comments:

  1. kagum dgn org pandai mengait ni
    ciknur memang out la he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kalau ada minat, boleh belajar, Cik Nor. Saya sendiri pun belajar kait jarum satu dari youtube sahaja.

      Delete
  2. Cuba masa mengait tu, bayangkan tengah berlari, mesti cepat siap, hihi.

    ReplyDelete
  3. Memang jalan sesak. Hihi masa buat laporan polis lambat sebab banyak kereta terlibat kemalangan.
    Kembali tenang hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar. Malang tidak berbau ye, NA. Ada hikmah tu.

      Delete
  4. sehari selembar benang, lama2 jadi kainnns tuuh.. 👍👍

    ReplyDelete
  5. semoga Puan Nur akan kekal sihat walafiat dan cergas. Keep up the good work!

    ReplyDelete
  6. Cantiknya lahai hasil kaitan Nur.

    ReplyDelete
  7. weekend + cuti umum memang sesak sana-sini...oo. ni beg hitam..cantik...yg colourful kat tingkap pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih, nohas. Yang kalerful kat tingkap tu, saya nak buat sofa throw. Ala, macam citer omputih tu, biasa atas couch, ada granny square blanket. Gitu. Tapi dah bertahun, nohas, tak siap-siap, baru besor tu. Hehe...

      Delete