I choose to be happy

 21 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Awal pagi tadi, saya masak nasi goreng ikan masin, lagi sekali.


Letak juga fishcake dan ayam. Makan untuk sarapan dan tengahari sekali. 

Lewat hantar anak kedua ke sekolah hari ni.

Jangan bagi anak minum milo kalau dia nak ke sekolah. Bila minum, dah rasa nak buang air besor pulak. Saya tak buat, anak bancuh milo sendiri. Huu.. pukul 7.10 masih dalam bilik ayor. Nasib baik trafik ok hari ni.


Pukul 7.30 pagi baru saya mula jogging. Matahari pun dah naik. Alhamdulillah, cuaca baik. Semalam boleh dikatakan hujan dan cuaca sejuk, kain baju tak kering. Larian hari ni adalah sejauh 10.09 km.

Saya rasa, ada seseorang sudah sentap dengan saya. Dia mendiamkan diri bila saya bercakap. Saya nasihat je, sebab memudaratkan hidup la, kalau dibiorkan. Tak tahu la. Mungkin lepas ni, kalau saya nampak orang nak masuk lubang, saya diam je la. Pilihan di tangan masing-masing, hidup masing-masing. Hmmm... malas dah saya. Saya jaga diri sendiri dan family sendiri sajalah. 

Saya pun pernah juga orang tegur. Manusia biasa, tak lari dari buat salah. Masa kena tegur, saya sentap juga. Sejam kemudian, (sejam tu... dah tua, ambik masa nak proses 😁) baru saya fikir dari sudut lain. Orang tegur kita, sebab dia sayang kita, kot. Dia tak nak ada apa-apa benda buruk berlaku kat kita. Dia nak kita baiki diri kita, jadi lebih baik.

Tapi hati saya rasa tak best pulak sebab orang yang sentap tu, dah tak bercakap dengan kita. Apa nak buat. Saya dah pun jalankan tugas saya menegur. Kalau orang tak boleh terima, yor lantak la. Sendiri tanggung. Kita diam-diam je la lepas ni. Hehe...

Ok la ye. Jumpa lagi.

16 comments:

  1. Sy pun ada tegur seseorang hari tu, untuk kebaikan dia jugak, tapi.. entahlah.. salah ke sy tegur??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah, bagi saya, SK. Bukan ke ada ayat quran, surah berapa tak ingat, yang maknanya lebih kurang, kita kena berpesan-pesan ke arah kebaikan.

      Delete
  2. Tegur sahaja kalau ada silap.
    Tanggungjawab kena buat. Tapi kadang-kadang saya pun mampu tegur daripada hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la, NA. Malas sudah nak sibuk hal orang.

      Delete
  3. Firdaus pun suka minum milo. Biasanya kalau hari-hari persekolahan saya tak bagi dia minum milo.
    Kalau sempat membuang di rumah sebelum ke sekolah, ok lah. Tapi kalau dalam perjalanan ke sekolah tiba-tiba nak melabur, haru dibuatnya!
    Emak saya kata kalau orang tak boleh ditegur, katanya hatinya pendek heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Firdaus pun sama ye, suka milo. :)
      Betul kot cakap emak Amie.

      Delete
  4. Biasa lalui setuasi gini
    he heee selalu sgt. Biarlah .....akhirnya pujuj utk happykan diri sendiri

    ReplyDelete
  5. Tak syok kan kalau kwn² x berckp dgn kita..sabarlah, lama² dia ok tu, InshaaAllah..kita tegur sbb kita sayang kat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, nohas. Tak best rasanya. Baik dia marah kita balik, dari mendiamkan diri.

      Delete
  6. Kalau memang tegur pada perkara betul dan cara pun betul, jangan kesalkan. Biarlah dia ambil masa untuk terima apa kita kata. Kalau kita jadi berhenti menegur, rosaklah dunia.

    Bab milo tu, macam saya. Sekarang ni tak bolehlah minum milo atau yang coklat2 waktu pagi. Jadi meragam perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah, Ujie.
      Ooo... sama ye. Saya sendiri dah lama tak minum milo.

      Delete
    2. Saya tukar kopi ke koko/milo tapi kopi yang buat perut aktif.

      Delete
    3. Kopi buat perut aktif? Saya rasa, kopi ok, NA. Cuma nescafe tak elok. Tapi betul la, lain orang, lain effectnya. Bagus la, milo ok, tapi kena milo o. 😁

      Delete
  7. Saya pun sama bila orang tegur cepat rasa sentap. Tapi sekejap juga, dia just mcm tertelan airliur sebentar gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Nadia. Lumrah kita manusia, ada hati dan perasaan. Mesti terasa bila ada orang tegur.

      Delete