Jalan Ipoh pulak

 Semalam, bersamaan 12 Jun 2022, saya, dengan suami dan anak sulung pergi jalan-jalan ke Ipoh.

2 anak stay di rumah, tak ikut. Sudah tapau sandwich subway sorang 2 biji, satu untuk makan lunch, satu lagi dinner. Kalau lapor, sila buat maggi. 😁

Suami ajak makan tengahari di nasi ganja, Ipoh. Tahukah anda, saya sudah tinggal di Perak ni selama 17 tahun. Ini pertama kali saya makan di sini. Selama ni, saya cuma dengar, baca dan tengok di tv je orang makan nasi kandar femes di Ipoh ni.


Ha, tudia... lokasi Nasi Ganja Ipoh di Jalan Yang Kalsom. Dia dalam kedai kopi Yong Suan.

Bila sampai, time lunch hour. Ada 2 barisan, yang hendak bungkus nasi, beratur di hadapan pintu masuk kedai. Manakala untuk makan di kedai, beratur di pintu tepi kedai.

Larian pagi tadi, 7.53 km. 

Ni gambar masa kami tengah beratur, tunggu giliran makan dalam kedai. Tak lama la sangat, dalam 10 minit tunggu, gitu. Pastu, amoi kedai panggil, ada meja kosong. 


Dia boleh pilih, ada nasi kandar ayam, daging, ikan, apa ntah lagi amoi tu sebut. Saya pun dah lupa. Saya pilih ayam goreng. Duduk je, nanti dia bawakan ke meja. Atas adalah nasi saya. Sambal dia tak pedas, boleh diterima. Nasi mamak. Kita boleh nampak mamak tu keluar masuk, refill kuah kari la, bawa ayam goreng la, dari kedai sebelah. Air nescafe tarik saya kow. Pekat. 

Saya tak tahu la nak bagi review berapa bintang. Sebab bukan susah pun nak puaskan hati saya. Kenyang dan sedap, Alhamdulillah. 

Cuba pembaca sekalian skroll semula ke atas, dalam gambar pertama. Dalam gambar pertama, kedai sebelah ada cendol durian tau. Sepanjang saya tengah makan nasi, saya dok bau doghoyan je. Sebab meja kami di depan kedai, saya boleh nampak menu dia. Cendol doghoyan harga RM15, ada 2 ulas doghoyan. Sekian makluman. 😁 Kami tak try. Lain kali la. Sudah kinyang. Alhamdulillah.

Destinasi seterusnya adalah Aeon Station 18, Ipoh. 

Suami tiba-tiba masuk ke Baskin Robbins.


Kiri adalah perasa chocolate and mint ke, atau peppermint chocolate ke, entah, saya pun dah lupa. Tapi coklat ada rasa pudina. Belah kanan adalah 2 scoop, anak sulung minta cookies and cream campur alamak, saya lupa apa flavour lagi satu dia mintak. Boleh add topping kalau double scoop, dia minta hot fudge. Sedap yek. 

Pastu jalan-jalan naik atas, turun bawah, saya masuk Uniqlo, beli barang sikit, anak pun beli baju 2 helai, masuk Popular, sana sini, boleh 5 ribu langkah dalam Aeon ni sahaja. Penat ler. Jom duduk dalam kedai makan. 

Masuk Orchid Bistro.


Saya share spagetti carbonara dengan anak sulung. Minum teh tarik.

Petang baru balik rumah semalam. 

Ok. Rumusan:

1) Khamis - Pergi Bagan Datuk dan Kuala Selangor

2) Jumaat - Tolong suami potong rumput. Cantas pokok. Membaja pokok bunga.

3) Sabtu - Pergi pasar pagi Bota

4) Ahad - Sarapan, dating dengan suami. Pergi Ipoh.

Empat hari saya tak jogging, hokey. Makan je kerjanya, selama 4 hari. Yay! Giler betul. Alhamdulillah. Seronok juga, habiskan masa dengan keluarga. Simpan memori. Trip ke Kuala Selangor tu, akan repeat lagi, Insya-Allah, sebab tak sempat cuba mentarang, mee udang banjir, dan beberapa tempat menarik lagi, tak sempat pergi. 

Hari ni anak-anak sudah kembali bersekolah. Pagi tadi, saya sudah kembali jogging. Alam ria cuti sekolah seminggu, rasa sekejap je berlalu. 

Korang jalan ke mana? Nanti saya singgah blog kawan-kawan ye.

Jumpa lagi. 😊

6 comments:

  1. Hehe ala saya pun yang mi besen popular di Melaka tidak pergi lagi.
    Seronoknya jalan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi besen? Wow... camana la tu agaknya mi dia tu yek.
      Kena try, NA. :D

      Delete
    2. Haha entah macam mana rasa. Ada nama mi racun. Hehe.

      Delete
    3. Mi racun tu pernah masuk tv. Ada tengok dulu, NA. :)

      Delete
  2. saya pun tak pernah makan nasi ganja...hehe...tak jejak lagi tempat2 viral kat Ipoh..nama je oghang perok...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kan... banyak tempat kita boleh pergi jalan-jalan cari makan. Kena ambil cuti, nohas. Kalau jalan sehari, memang tak sempat nak pergi semua.

      Delete