A day honeymoon trip

 Pada hari Khamis lepas, bersamaan 9 Jun, saya dan suami pergi jalan-jalan makan angin sat. Tu pasal honeymoon trip, sebab anak-anak tak ikut. Cuma kami balik hari yang sama. Suami saya ambil cuti, rehat. Sebelum ni, sejak raya, dia kerja mengalahkan bangla, overtime tak habis-habis. Dia ajak saya jalan-jalan, cari makan, tengok tempat orang. 😁

Dari rumah di Manjung, kami pi ke Bagan Datuk. Destinasi kami adalah Sunflower Garden, atau Taman Bunga Matahari. Saya google dulu di rumah, tempat menarik boleh pergi dan makan.


Panas lit lit waktu sampai Sunflower Garden ni. Bawa topi dari rumah. Saya selalu musykil, camana bunga matahari boleh hidup. Saya ingat, pokok ni cuma ada di tempat sejuk macam di Cameron Highland. Tapi ada baca, dan melintas depan rumah orang dekat sini, ok, pokok bunga ni boleh hidup sebenarnya walaupun panas. Waktu tengahari sampai sini. Bayaran tiket masuk untuk dewasa adalah RM13.

Sedikit fakta menarik tentang bunga matahari yang saya baca, baru-baru ni:

Bunga matahari perlu cahaya matahari untuk hidup, paling kurang 6-8 jam cahaya matahari setiap hari. Bila kuntum bunga matahari belum kembang, ia akan bergerak ikut posisi matahari di langit, dari timur ke barat. Bila kuntum bunga tu kembang, bunganya akan mengadap arah timur sepanjang hari. 

Tapi saya tengok kat sunflower garden ni, bunga dia macam layu, tunduk bawah. Saya rasa, sebab cuaca sangat panas waktu kami pergi tu, dan dia belum siram pokok kot. 😁

Dekat Sunflower Garden ni, ada banyak tempat untuk ambil gambar. 


Pandai pemilik tempat ni, bina tempat cantik-cantik, instagrammable ler, senang cakap. 


Suami saya yang kurang suka bergambar pun, ambil gambar dengan bunga matahari yang comel-comel kembang mekar ni. 😁

Banyak gambar yang kami ambil, tapi saya share sikit je la ye. Orang tua posing tak lawa, malu plak nak tunjuk. Penat ambil gambar dekat bunga matahari, kat pokok tak berdaun la, kat tengah kolam la, kat depan replika heart la, pastu, boleh la rileks sat, makan aiskrim ye.


Aiskrim ada letak marshmellow. Ada perasa vanilla dan mango. Saja, ambil gambar, tunjuk kat whatsapp anak, sape suruh tak ikut. Kalau tak, boleh makan sedap-sedap. 

Waktu operasi Sunflower Garden di Bagan Datuk ni, bermula 9 pagi hingga 7 malam.

Destinasi seterusnya, cari tempat makan tengahari. Kami sampai ke Warung Ibu sudah pukul 2 lebih. Warung Ibu Nasi Ambeng terletak di Tanjung Karang, Selangor. Nasi Ambeng dia dah habis. Jadi, kami makan nasi lauk lain la, yang masih ada.


Satu yang bagusnya, tempat makan semua ada kemudahan tandas dan surau. Sebab pengusaha restoran ni semua sedia maklum, lokasi tepi jalan, laluan orang ulang alik ke KL, ikut laluan Sabak Bernam. Jadi, tak perlu cari masjid. Lepas isi perut, boleh solat terus. 

Tak ingat nak ambil gambar makan tengahari. Laparpo. 😁

Lepas perut sudah kenyang, kami pergi ke Kuala Selangor. Naik Bukit Malawati.


Tiket dewasa adalah RM5. Naik tram. Macam kat zoo Taiping tu. Hehe..


Nak jalan kaki pun boleh, sebab ada nampak orang menapak naik atas bukit ni. 


Cantik pemandangan dari atas puncak Bukit Malawati. Ada meriam dan beberapa tempat sejarah kat atas bukit ni. Boleh juga berkunjung ke Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.


Dekat sini juga ada banyak beruks dan siamang rasanya, yang warna hitam tu. Banyak orang bagi makan, tapi saya tengok dari jauh je. I is takut...


Saya depan rumah api Kuala Selangor. Kat tepi muzium tu je, kena jalan ke hadapan sikit, ada terletaknya Batu Hampar. Satu lagi tempat sejarah di situ. Tapi kami tak tahu lokasi depan je. Ingat ke, tram ni, macam tram kat zoo Taiping tu, dia boleh stop banyak tempat dan orang boleh turun dan naik. Tapi dia cuma ada satu stop sahaja, di atas, dan dia turun balik kat tempat mula naik. Bila dah naik tram nak turun balik, baru nampak lokasi Batu hampar tu, dekat je, tak jauh dari situ. 

Masa operasi Bukit Malawati: 9 pagi hingga 6 petang.

Ada tempat parking. Tapi inspektor gadget tu lalu, jadi kena letak kupon kat dashboard kereta, atau boleh pakai app. Tapi sebab kami ni orang Perak, bukan selalu pun nak mai sini, jadi, boleh beli tiket parking di hotel dekat-dekat tempat parking situ juga. Satu jam, 53 sen. Beli la 2 keping. 

Baiklah. Bila dah naik bukit, dah jalan-jalan dalam muzium, lapor balik. Destinasi seterusnya, Sate Hut, Tanjung Karang.


Lokasi dia kat tepi jalan besar je. Buka pukul 3 petang.

Sate dia, 2 kali ganda dari saiz sate biasa. 10 cucuk dah kenyang, ok. Selain sate, banyak lagi hidangan lain boleh dicuba. Suami ada order mee goreng mamak, tapi kami tapau je, sebab dah kenyang makan sate. Kuah sate dia pun lain, tak macam kuah kacang biasa. Di Sate Hut ni juga, ada disediakan kemudahan tandas dan surau. 

Gitu la cerita saya jalan-jalan dengan suami. Seronok, dapat dating berdua. Hehe..

Lain kali, saya cerita kami pi jalan tempat lain pulak, ye.

Jumpa lagi. 😊

8 comments:

  1. Cantiknya taman bunga matahari tu. Lagi syok sebab datang untuk honeymoon, hehe. Tengok sate tu, rasa macam nak makan sate pulak la kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul tu, SK.
      Apa lagi, SK, sila cari sate. :D

      Delete
  2. Rugi anak-anak tidak ikut sanggup duduk rumah.
    Eh tapi saya pun kadang malas ikut mak abah keluar lama-lama. Kena bagi ikan makan.
    Hehe agaknya mesti berjalan. Untung suami Puan Nur suka jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la budak-budak sekarang, NA. Lagi suka mengadap computer.
      Oooo, bagi ikan makan. Kalau bermalam, sian juga ikan lapar.

      Delete
  3. Masa jalan-jalan kat Sunflower Garden tu nyanyi tak lagu you are my sunshine, my only sunshine... you make me happy, when skies a grey eh! tiberrr...hahahaa... Happy tengok Nur dan husband jalan-jalan dating

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nyanyi lagu tu, Mrs. A. Tapi nyanyi lagu, Bunga bunga matahari... Anggun mekar di taman hati... hehe...

      Delete
  4. cantik depa buat sunflower garden tu, mcm kat oversea...mmg menarik utk photoshoot....pergi time weekdays, seronok...tak ramai orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Pandai deme buat deko cantik-cantik, jadi orang suka ambil gambar. Betul tu, nohas. Tak ramai orang sangat, pergi hari Khamis.

      Delete