Syoknya orang belanja

 Semalam suami saya off kerja. Bila dia tak kerja, selalu tak sempat nak update blog. Nyongket sana, nyongket sini. Hehe..

Sedapnya laksa johor dia 😋

Ini adalah larian semalam ye, hari Jumaat. Nak pi dating breakfast punya pasal, jogging 6.42 km sahaja. Pastu pi dating kat Kluang Coffee. Makan laksa johor dengan white coffee panas. Suami makan kacang pool. Lupa plak nak ambil gambar makanan dia. Sampai je, terkam! 

Masa nak bayor semalam, orang cashier tu cakap, abang meja belakang belanja. Sebelum tu, saya perasan brader ni, masuk sampai ke dalam cari meja, tapi yang available cuma untuk 2 orang. Dia nak cari untuk 4 orang. Kluang Coffee kat Manjung ni pagi-pagi agak ramai orang. Bangun je, orang lain duduk. Saya yang waktu tu dengan suami, berdua je, tapi kami duduk di meja 4 orang, sebab itu je yang available masa kami masuk kedai. Saya cakap kat orang kedai tu, boleh tukar meja, kami pi meja kecik, bagi meja kami kat brader tu. Abang tu nampak happy saya cakap macam tu. Saya tak kisah pun, sebab makanan kami pun belum sampai waktu tu. Kalau makanan dah sampai, barulah tak elok pindah-pindah kan, orang tua dulu cakap, kalau makan pindah banyak tempat, nanti kawin ramai. Hehe... bole percaya ke pantang larang tu dulu? Entah la, so, saya dan suami pun pindah ke meja 2 orang. Rupanya, brader tu la belanja kami makan. Alamak, susah-susah je. Tapi rejeki jangan ditolak. Rejeki hari Jumaat. Alhamdulillah.

Itu cerita semalam. 

Hari ni hari Sabtu. Suami kerja shif pagi. Nampaknya minggu ni, tak pergilah ke pasar pagi Bota. Kalau tak, tu la port kami cari makan tiap hari Sabtu. Jadi, saya pun membawa diri lari ler, pi jogging. 


Selamat. 11.47 km pagi tadi.

Kome pi jalan mana hari ni? Selamat beristirehat di hujung minggu ye.

Jumpa lagi. 😊

7 comments:

  1. Sarapan pagi di luar juga hari ini.
    Setahu saya kalau makan banyak tempat yang ramai kahwin.
    Alhamdulillah rezeki dapat belanja makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, sama la apa yang saya cakap di atas, NA. :D
      Alhamdulillah.

      Delete
  2. Alhamdulillah rezeki di pagi hari.
    Hari ini ada aktiviti kokurikulum. Balik rumah, berehat Heheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berehat di hujung minggu, Amie. ^_^

      Delete
  3. Alhamdulillah, rejeki di pagi Jumaat...hari Sabtu, jalan2 naik LRT, MRT...gomen bagi free ride..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, syoknye, nohas. Free ride. :)

      Delete
  4. alhamdulillah murah rezeki. nampak sedap laksa johor tu

    ReplyDelete