Air kelapa torbaik!

 Anak kedua tiba-tiba nak pakai baju sekolah lengan panjang ke sekolah. Bapaknya bawa ke kedai semalam, beli sepasang. 


Udah saya kena jahit nametag anak tengah-tengah tahun ni. Nasib baik ada nametag extra, korek-korek dalam peti harta karun. Kalau tak, dah kena tetas dari uniform lama. Asalkan anak pergi sekolah dengan gumbira. Saya punya drawer dalam bilik jahit ni, dah macam koperasi sekolah. Jadi kalau anak perlu apa-apa alat tulis, saya ada, standby, tak perlu beli di kedai. Contoh macam pen, pensel, ruler, correction tape, kertas graf, kertas warna, gam uhu, gam kraf, gunting, kertas A4, dan lain-lain. Bersiap siaga, orang kata. 😁


Gambar menunjukkan air kelapa, tanpa gula dan ais. Minum semalam. Saya cirit-birit sejak hari Khamis. Lepas makan pil chi kit teck aun tak jalan, minum teh o pekat takde gula pun tak jalan, hari ketiga saya pi klinik. Doktor kata, bukan food poisoining. Tapi saya ada makan benda yang trigger usus saya jadi aktif. Dia bagi ubat makan yang mengandungi bakteria baik, yang macam dalam yogurt tu, tapi jumlah bakteria baik dalam ubat tu, lebih banyak lagi la. Bila saya makan ubat tu je, sakit perut saya. Tapi kekerapan ke bilik air tu kurang. Semalam kirim air kelapa kat suami. Barulah rasa lega sikit perut saya ni. Cirit-birit pun boleh lari lagi hari-hari. Sebab saya rasa nak ke bilik air bila saya makan je. Kalau pagi-pagi perut kosong, saya tak rasa nak membuang. Gitew. Saya tak pernah jadi macam ni. Saya tak pasti saya makan apa. Saya rasa, sebab saya makan cheese. Saya buat roti bakar cheese. Mungkin saya dah jadi lactose intolerance kot. Agak je. Sebab bukan semua produk tenusu saya boleh makan. Macam susu dutch lady tu, kalau saya minum, pun cirit birit juga. Tapi hari ni dah ok, Alhamdulillah. 😊 Selera makan pun sudah kembali. Semalam satu hari saya tak makan nasi. Makan roti je. 

Pagi tadi saya riadah dalam rumah je.


Larian treadmill sejauh 4.25 km.

Gambar adalah nasi goreng yang saya masak untuk makan tengahari. Saya tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah dan ikan masin. Ikan bilis habis stok. Peh... sedap, wei. Masuk bakul angkat sendiri. 😁

Ok la ye. Jumpa lagi.

15 comments:

  1. ni macam sama dgn masalah usus Iman, bila minum susu dutch lady tu, terus cerry berry. Katanya, orang yg ada masalah lactose intolerance ni, kena beli susu yg ada tulis A2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo, baiklah. Tima kasih atas info itu, SK.

      Delete
  2. Ceri beri ni kalau dah kena, memang jenuhlah nak melayannya kan Nur.
    Nasi goreng bubuh ikan masin memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Amie. Nak keluar rumah pun susah.
      Kann... yummy...

      Delete
  3. Memang kena masuk bakul angkat sendiri, pasal kita yang merasa/makan..hehe

    Saya kalau cirit birit, telan pil charcoal. Biasanya akan berkuranganlah cb tu.
    Betul lah, dah umur macam kita ni…apa2 yang dulu boleh sekarang jadi tak boleh pulak. Macam fresh milk tu, dulu memang takde masalah minum siang malam. Sekarang minum jadi rasa macam kembung perut pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. aje ngeye, Ujie.
      Pil charcoal? Ooo, lain kali saya boleh cari.
      Sebab fresh milk tu sejuk kan. Tu boleh kembung perut, saya rasa. Saya pun rasa begitu. Faktor usia. Satu, satu nikmat Tuhan tarik.

      Delete
  4. Pernah juga cirit-birit campur muntah. Apabila makan muntah atau cirit. Tidak tahu pasal apa.
    Tapi saya tidak makan ubat atau minum apa-apa. Biar sembuh sendiri.
    Alhamdulillah sihat kembali Puan Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cirit birit berserta muntah tu, keracunan makanan, NA. Angin banyak tu dalam badan. Adoi, memang seksa, kan.
      Wow, boleh tahan NA, tak makan ubat apa-apa. Saya bila dah ganggu kerja seharian, terpaksa jumpa doktor.

      Delete
    2. Ok terima kasih bagi info ia keracunan makanan. Hehe banyak angin. Betullah makanan kena tolak.

      Delete
  5. khasiat air kelapa muda itu memang turut membantu...alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Encik Hanafi. Air kelapa memang banyak khasiat. Alhamdulillah.

      Delete
  6. Alhamdulillah dah sembuh ya Nur.
    Hehehee... kelakar pulak baca drawer dah macam koperasi sekolah tu sebab lebih kurang sama dengan drawer make-up table Mrs. A macam-macam alat tulis sumbat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, baik dah, Mrs. A.
      Haha, sama kita.

      Delete
  7. sedapnya nasi goreng. seeloknya minum air kepala tanpa letak guna. minum original memang best

    ReplyDelete