24 Zulkaedah 1443 Hijrah.
Hujan lagi pagi tadi. Saya tetap pakai macam nak pergi jogging. Memang saya kena keluar rumah pun, untuk hantar anak kedua ke sekolah. Kadang pukul 7, hujan pun berenti. Menaruh harapan hujan berhenti supaya dapat jogging. Sudah hantar anak, saya pergi ke tempat jogging. Masih hujan, tapi hujan halus tu. Saya jogging je. Tengok whatsapp, ada kawan tanya, ada sapa turun ke. Bila saya cakap saya dah ada di tempat jogging, dia pun turun sama.
Masa mula lari, hujan halus. Sekali makin lama, makin lebat. Tapi on and off. Orang gila lari, tengah-tengah hujan pun berlari. Bila hujan makin lebat, kami berhenti, balik rumah. Takut pula, sebab ada dengar bunyi guruh. Sempat la 8.62 km jogging pagi tadi.
Gambar di atas adalah gambar masa lalu highway WCE, waktu petang. Cantiknya, bagi saya. Saya suka tengok sunset. Saya ada satu memori, bila waktu petang, rasa macam sayu, teringat dulu-dulu, waktu petang, naik bas, nak balik rumah, dari itm jengka, lalu highway karak, bila duduk tepi tingkap, tengok sunset.
Jauh dah perjalanan kita. Alhamdulillah, happy dan syukur atas segala nikmat dan rezeki olehNya. Saya tengok gambar-gambar dalam external hard disk saya, bila tengok video anak-anak masa kecik, rasa, alahai, dah tua dah aku... 😂
Meh tengok transformasi saya.
Gambar kiri, masa anak ketiga baby lagi. Rasa, macam masih dalam pantang, sebab baby masih berbedung. Masa raya ni. Pastu bengang la, sebab malam raya tu, bunyi mercun la, bom atom la, tengah-tengah malam. Baby tengah tidor pun terkejut, jaga, melalak.. Hehe.. anak ketiga dah cool sikit, masa anak pertama, meroyan dibuatnya. Hahaha.. eh, saya tak tipu, tau. Lepas saya beranak kali pertama tu, kepala otak saya tak berapa sihat, siap family saya bawa jumpa pakar psikiatri di hospital. Kena diagnosed post-partum blues, atau meroyan. Alhamdulillah, boleh baik.
Jangan sekali-kali banding hidup kita dengan orang lain. Syukur je apa yang ada. Kita lebih kuat dari apa yang kita sangka.
Gambar kanan, gambar baru ambik, dalam minggu ni. Alhamdulillah. Dah sedar diri. Masih cuba perbaiki diri dan istiqamah.
Ok la ye. Jumpa lagi.
wahh dh makin kurus dan jeliterr tu yg fenting sihat walaffiat;., aminn
ReplyDeleteAlhamdulillah, Wak. Sihat tu yang paling penting. Anugerah Allah paling berharga.
DeleteNasib baik bawa pergi doktor psikiatri. Bahaya meroyan ini
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur apa ada.
Ye, NA. Nasib baik anak sulung saya tak apa-apa, waktu saya tak sihat dulu. Alhamdulillah.
Deletewahh..still maintain...Alhamdulillah, syukur..
ReplyDeleteAlhamdulillah, nohas. Kena jaga kesihatan, amanah Allah paling berharga.
DeleteNampak makin awet muda sekarang. Alhamdulillah...
ReplyDeleteYe ke? Mekasih, Carneyz. Alhamdulillah atas segala nikmatNya.
Deletehahaha comel je Nur dulu dan skrg :)
ReplyDeleteMalu saya, Ako. Comel level orang tua, kawan saya cakap, kedut sana sini. :D
DeleteYang tua angka angka Nur, tapi orangnya masih manis menawan kok... awet muda gitu heheheee.
ReplyDeleteYe ke, Amie? Nampaknya, berkesan petua orang dulu, makan ulam banyak, awet muda. Hehe. Alhamdulillah.
Delete