Pelangi pagi

 


Nampak tak, dalam gambar atas, ada pelangi? 😊

Jogging 10.33 km pagi tadi.

Lately, kepala saya ni banyak berfikir benda. Sebab badan saya rasa lain macam. Tapi saya tak nak la tulis sini. Apa-apa pun, semuanya akan berlalu. Jadi, fikir yang baik-baik sahaja, ok. Cakap pada diri sendiri. 

Semalam saya start kelas mengaji online. Mula dengan Iqra' 1. Sampai muka surat ke-10 semalam. Cara sebutan ح saya tak betul. Umur 44, baru tahu. Huruf ث dan ذ kena keluarkan lidah dulu sikit. Itu pasal saya belajar balik, sebab nak betulkan bacaan. Hajat di hati, lepas ni, nak cuba hafaz beberapa surah. Jadi, elok saya betulkan sebutan huruf dulu. Maklumlah, saya cuma belajar mengaji dengan Tok Wan, kat tengah bendang, masa saya dok di Perlis. Khatam Quran masa darjah 6. Saya tak belajar di sekolah agama. Kena betulkan mana yang salah. Praktis sebutan betul. Benda kita dah biasa sebut kan. Saya akan cuba, Insya-Allah. 

Jumpa lagi, ye.

8 comments:

  1. semoga baik2 aja...Alhamdulillah, selamat belajar...

    ReplyDelete
  2. Sebagai manusia tak lari dari berfikir yang bukan2, semoga semuanya baik2 sahaja dan cepat pandai mengaji semula tu. Automatik sy sebut huruf tu sambil gayakan lidah, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih, SK.
      Kann.. kena biasakan kalau selama ni, sebutan kita salah.

      Delete
  3. Baguslah Nur ni, sentiasa bersemangat - berlari, belajar mengaji semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Ujie. Saya cuma nak jadi lebih baik dari diri saya semalam. Berusaha!

      Delete
  4. Alhamdulillah. Saya pun ada niat belajar mengaji tapi kena cari guru.
    Semoga dipermudahkan. Sekarang siaran hafazan al-Quran, kagum mereka hafal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, apa-apa nak belajar, kena cari cikgu.
      Amin. Terima kasih, NA.
      Kann... semoga kita dapat hafal ayat-ayat al-quran, tak dapat banyak, sikit pun jadi la.

      Delete