Cara kempiskan perut

 20 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Awal pagi tadi, hujan. Sejak pukul 4 pagi. Sekejap lebat, sekejap berenti. Alhamdulillah. Hujan rahmat. Lepas hantar anak kedua ke sekolah, saya tak pergi jogging, sebab hujan renyai. Saya singgah kedai runcit 2 Kupang, beli ikan kembung 9 ekor, harga RM15, sayur salad dan timun jepun.

Sampai rumah, saya jump rope setengah jam. 

Pastu, sambung treadmill dalam rumah. Nak bagi cukup target 10 ribu langkah sehari.


Larian treadmill sejauh 4.03 km pagi tadi.

Gambar di atas, saya ambil waktu tengah jump rope di garaj rumah. Ada pelangi. Sebenarnya, ada 2 pelangi. Satu lagi, kelihatan samar, atas pelangi yang terang tu. Cantiknya. 

Ikan kembung 9 ekor tu, saya goreng. Pastu buat masak kicap.


Simple bebenor lauk hari ni. 😁

Lepas masak, ngeteh.


Saya buat teh peppermint ni. Tanpa gula. Sejak saya cirit-birit tu, saya tak minum kopi. Peh, nak jadi macam NA pulak, dia pun dah banyak hari tak minum kopi. Sehari, minum teh o, takde gula. Jangan bagitau sape-sape tau, saya rasa teh peppermint tu tak sedap. Baik teh o biasa. 🙊

Hasil pemerhatian saya, bila kita kurang makan nasi, dan kita berhenti ambil minuman manis, perut kita akan mengempis. Sekian. Kalau tak caya, sila cuba. Apatah lagi, kalau anda tambah pula dengan bersenam, lagi la flat jadinya perut kita. Hehe... Antara nak atau tak nak, sanggup atau tak sanggup, tu je. 

Baiklah, jumpa lagi, ye.

20 comments:

  1. Oh ya ke? Baru tahu cara kempis perut. Hehe selalu rasa perut bu ncit lepas minum air banyak-banyak.
    Entah boleh kurangkan nasi dan air manis.
    Kalau kopi tidak beri kesan buruk maksud saya boleh sedikit takpelah. Saya ini kalau minum kopi semula (sebelum ini) minum setengah cawan lepas itu ketagih minum secawan. Kalau boleh kawal ketagih takpelah kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu juga, NA. Minum air masak banyak rasa buncit. Tapi esoknya, kempis balik. Konsep sama macam stop minum kopi la, NA. Kalau tak boleh berhenti, kurangkan dulu kuantitinya.
      Memang kopi tu ok. Tapi doktor saya la nasihat, supaya stop minum. Sebab kopi buat heart rate saya laju. Tengah usaha la ni. :)

      Delete
  2. Bagi sy, apa2 yg ada peppermint, tak sedap, hihi. Pasal perut kempis tu, sy setuju. Cuma, bersenam aje yg sy kurang sanggup, malunyaaaa.

    Sy nampak kedua2 pelangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takpe SK, bersenam tu 20% je. Pemakanan kita 80%.
      Ha... jarang-jarang jumpa kan, 2 pelangi. :)

      Delete
  3. wak pon dh lama bebienor x minum kopi., huhuhu

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni hari-hari hujan.
    Betul tu Nur, kita percaya cara itu boleh kempiskan perut. Tapi kita tak boleh tinggalkan nasi huhuhuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, Amie. Saya pun kena makan nasi juga. Kurangkan sikit portion-nya. :)

      Delete
  5. Replies
    1. Cara senam ada, Cik Nor, tapi malas nak buat. Hehe..

      Delete
  6. Subhanallah cantik dan jelas pelangi tu.
    Ikan kembong favorite Mrs. A tu..
    Agaknya sebab tulah mereka yang suka minum air tin perutnya buncit eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo, sama la, Mrs. A. Saya pun suka ikan kembong juga.
      Hehe.. ye kot.

      Delete
  7. Setuju - perut kempis, berat pun turun.
    Tapi…memang tak mudah nak jaga pemakanan ni. Konon nak bersederhana, tapi terbanyak jugak.

    Teh tanpa gula, saya suka minum green tea brand Ahmad Tea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, Ujie.
      Setuju, bukan senang nak control makan. Banyak godaan, lagi-lagi kalau buat sorang.
      Ooo, green tea. Bagus juga tu, teh hijo banyak khasiat.

      Delete
  8. lama tak jogging. sama la sini hujan lebat setiap ptg dan mlm. xjumpa pulak teh boh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teh boh tu, saya dapat masa duduk hotel, Nina. Rasa kalau pergi boh plantation kat cameron ada jual, macam-macam perasa teh ada.

      Delete
  9. saya dalam proses memngurangkan bahan yang manis namun benda manis tetap sata perrlukan juga untuk latihan di gym

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, Encik Hanafi. Ada coach pernah cakap kat saya, boleh ambil benda manis, tapi kena pandai balance. Gula tu kan sebagai sumber tenaga segera. Oh, Encik Hanafi workout di gym rupanya. Kipidap, ye.

      Delete
  10. Kita nak sangat perut flat atau kempis tapi aaa susah! Lagi satu nak kurangkan minum kopi tapi kita suka :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, Nadia, minum kopi, tapi jangan buat yang 3 in 1. Akak pun tak kuat juga. Dah memang peberet, minum kopi. Slow-slow la, kita cuba. :)

      Delete