Rumusan Mei

 Sudah masuk bulan Jun.

Pagi tadi, goreng hashbrown. Goreng ayam gunting sekeping. Masak mee goreng.


Lepas Subuh, pergi jogging.


Jogging pagi tadi, sejauh 10.37 km. Alhamdulillah.

Gambar menunjukkan sarapan saya hari ni. Suami gorengkan telor mata sementara saya pergi mandi balik beriadah. 

Dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Ooo... 1 Jun adalah global running day. Ada jugak Hari Lari Sedunia, ye. Ate, kome dah lari ke belum, hari ni? 😁

Eh, saya lupa cerita. Balik jogging, sampai di rumah, saya jump rope dulu sat.


Buat 1000 lompatan. Pastu sambung free style. Saya sangkut lagi buat criss cross. Tapi lulus buat side straddle dan high knee. 

Saya takde la lompat tali setiap hari. Tapi saya suka jump rope sebab dia bagi rentak masa saya lari. Perbaiki cadence (jumlah langkah dalam seminit) saya, dan posture semasa berlari. Juga, betulkan posisi kaki masa lari (landing di bahagian depan tapak kaki, bukan di bahagian tumit). 

Baiklah. Mari kita tengok rumusan larian saya, di bulan Mei.


Purata jarak lari dalam sehari: 7.5 km

Jumlah jarak lari di bulan Mei: 232.2 km

Purata jarak lari dalam seminggu: 58.1 km

Jumlah kalori terbakor: 12, 085

Dah lama sangat saya tak mencapai mileage sampai 200 km ni.

Ada 5 hari saya cuti rehat. Alhamdulillah, atas nikmat sihat Allah pinjamkan. Badan sihat, hati gumbira! 😁

Pagi tadi, sebaik sahaja saya bangun tidor, saya naik atas mesin timbang dulu. Nak tahu berat saya berapa? 59 kg! Hahahaha... naik 1 kilo. Bulan lepas, saya 58 kg.

Bila balik jogging, saya timbang lagi. 57 kg. 2 kg tu, hilang air bila lari dan jump rope. Memang lenjun baju saya pagi tadi. Peluh masuk mata, pedih, macam mandi laut.

Tapi, saya ambil kiraan yang baru bangun tu la, iaitu 59 kg. 


Ini kira borderline la ye. BMI 24.6. Kalau BMI lebih 25, saya dah jadi overweight semula. Hahaha... hadoi... malam ni ada jamuan raya ofis suami. Ate, cer bagitau, camne teman nak kuruih. Lari 10 km setiap hari pun, tak bermakna berat kita akan turun, kalau kita tak control makan kita. We are what we eat.

Itu saja la ye.

Takmo la pikio pasal berat. Asal sihat boleh lari, Alhamdulillah. Kaki ok, badan ok, boleh buat kerja rumah, masak, Alhamdulillah.

Jumpa lagi. 😊

10 comments:

  1. Eh Syawal dah habis, ada lagi jamuan raya.
    Hehe berat air. Kena cuba buang lemak. Takpe rajin bersenam. Harap kekal bawah BMI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, NA. Ntah deme ni, sibuk, tak sempat buat di bulan Syawal.
      Amin... berusaha! :)

      Delete
  2. hari ni berjalan je, tak berlari, berjalan gi jamuan raya....hihi..

    ReplyDelete
  3. Kak nurul kenapa hebat sangat ni. Allahu saya masih tak berdaya nak buat excersice betul betul . Selalu pagi - pagi akka keluar pukul berapa ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik, Nadia, mana datang 'ul' tu? Nama akak Nur la, bukan Nurul. :D
      Alhamdulillah. Tak hebat la. Nadia pun boleh juga. Chaiyok!
      Selalu, akak keluar lepas Subuh, pukul 6.45 camtu lebih kurang. Ada hari, kena hantar anak sekolah dulu, pukul 7.15 baru akak jogging.

      Delete
    2. Nadia terover confident nama akak, Kak Nurul. Ini semua sebab kerja ada satu officemate tu nama dia Nurul. Auto semua nur jadi nurul. Minta ampun yaaa. heheheh.

      Nadia ingat weekdays pun ingatkan nak pergi jogging juga, tapi macam rush pula hidup kalau pergi (haha drama). Weekend nadia pergi tetapi selalu pergi jogging 9 pagi (sebab rasa mcm sedih nak tinggalkan katil awal pagi - sebab weekdays kena tinggalkan katil). Kita cuba berubah perlahan - lahan

      Delete
    3. Hehe.. no problem la, Nadia.
      Semoga Nadia peroleh kekuatan untuk pergi riadah, ye. You can do it!

      Delete
  4. Oh! 1 jun global running day baru tahu hehehee...
    Dah lama Mrs. A tak lari rasanya tahun ni belum pernah berlari lagi. Baca kisah Nur berlari ni macam tak sabar nak lari jugak hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, Mrs. A. Kita exercise untuk sihat. :)

      Delete