Tak tau nak tulis tajuk apa

Selasa, hari terakhir di bulan Mei.

Bangun awal pagi. Goreng popcorn chicken. Perangat lauk ayam pedas dalam peti ais. Perangat ayam KFC, semalam tak habis. Masak nasi. Lepas Subuh, pi jogging. Suami ada, dia hantar anak kedua ke sekolah. Saya boleh jogging awal.


Hari ni, lari sampai bateri jam mati. Dapat 10.56 km. Saya pakai jam tangan kanan. Ye, tangan saya hitam. Kalau Alif Shukri tu tengok, dia cakap, "Eee.. tangan hitam, muka putih!" 🙈

Kawan jogging saya cerita, kawan sekolahnya meninggal semalam. Whatsapp tak jawap, pergi rumah, bagi salam, tak buka pintu. Arwah seorang ibu tunggal, anak-anak ada yang duduk Johor dan Penang. Umur 56. Bila tak jumpa 2 hari, kawannya telefon polis, suruh pecah masuk rumah. Arwah ditemui sudah meninggal atas katil. Ada sakit kencing manis. Meninggal sorang-sorang. Bagus juga ada kejiranan dan kawan yang prihatin, datang cari bila senyap. Itu akhir dia. Entah akhir kita, camana agaknya. Allahuakbar... Alfatihah untuk arwah.

Semoga segala urusan anda hari ni dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye.

11 comments:

  1. Cadangan tajuk : Lari Sampai Bateri Jam Mati heheheee.....
    Innalillahiwainnalillahirojaiuunn.... moga dipermudahkan urusan arwah. Betul Nur... entah macamana pengakhiran kita nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, sesuai tajuk Amie bagi tu. :)
      Ye, kan. Sedih dengor berita macam ni. Sebab arwah ninggal, sorang je.

      Delete
  2. Innalillahiwainnaillahirojiuunn...semoga tenang rohnya di sana & dicucuri rahmat...bagus ada kawan yg ambil tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, nohas. Susah nak cari kawan ambil berat camtu. Datang ke rumah bila kita senyap takde berita.

      Delete
  3. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Ringkas sahaja lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Saya selalu masak 1 lauk je (protein). Pastu, tambah la apa-apa ulam.

      Delete
  4. Innalillah wainna ilaihi raajiun. Semoga kita semua mati dalam husnul khatimah.
    Btw: Saya kagum betul dengan ibu-ibu yang tetap cari masa nak bersenam. bukan mudah. semoga Pn Nur terus sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... yarabbal Alamin.
      Terima kasih, Tangan Gebu. Amin... :)

      Delete
  5. Innalillahiwainnailahirajiun... 56 tahun takdelah tua sangat. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Mrs. A. Arwah tak nampak macam umur 56 pun. Cantik orangnya.
      Amin, yarabbal Alamin...

      Delete