Shell Stitch Pattern Bag, in black

 18 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Saya buka-buka blog saya, tengok ada iklan underwear lelaki Comfort Republic Malaysia. Alamak, macam takde iklan lain. 🙈 Maafkan saya, ye, kalau keluar iklan tak sopan. Nanti saya ubah kat setting adsense.

Semalam petang, saya masak maggi goreng untuk makan malam.


Lepas masak, pi mandi. Berpeluh-peluh masak di petang hari. 3 kali saya mandi semalam. Nasib baik rumah takde swimming pool. Kalau tak, mau saya berendam macam badak. 🦛


Pagi tadi, saya pergi jogging macam biasa. Bila dah nak balik, nak stop jam, tengok-tengok jam saya dah mati. Masa saya bersiap sebelum keluar rumah, jam masih ada 1 bar baterinya. Sempat rekod larian sejauh 11.11 km pagi tadi. Alhamdulillah.


Dapat lencana sudah melepasi 100 km larian di bulan Julai, menerusi aplikasi Strava.

Balik jogging, pergi dating sarapan bersama suami di Hirup Piring Kopitiam. Suami kerja shif petang, tapi dia ada OT, masuk kerja tengahari.


Sarapan saya pagi tadi adalah set big breakfast. Ada sekeping roti bakar yang disapu garlic spread, scrambled egg, sosej, baked bean dan coleslaw. Minuman pula, white coffee panas. Sedap dan kenyang, Alhamdulillah.

Balik rumah, masuk dapur, masak ayam masak merah. Suami tolong goreng ayam dan kentang wedges.


Keringnya ayam merah saya. Tak berkuah. 😁

Sempatlah jadikan bekal untuk suami bawa makan di ofis, dengan nasi.

Saya ada update page Hasil Kait.


Selesai sudah tempahan bag kait, dari sahabat saya. 2 beg pattern kulit kerang. Warna dan ukuran berbeza. Memang hasil handmade ni, dia tak kan jadi sebijik sama. Mesti ada lari sikit, sama ada ukuran dan hasil akhir. Bukannya dihasilkan dari mesin, ada acuan ke apa. Itulah uniknya produk handmade ni. 

Saya memang suka mengait, selain dari berlari. Dapat menjana sedikit ekonomi dari rumah, membuat benda yang saya suka, adalah satu rezeki tak ternilai pada saya. Saya baru nak mulakan projek kait ready-stock, rancangnya untuk hadiah pengomen terbanyak di blog saya ni, pada hujung tahun. Tapi, ada tempahan bag kait, baru masuk hari ni. Alhamdulillah. Kena tangguh dulu projek kait hadiah pada pembaca. Harap sempat siapkan. 😊

Baiklah. Jumpa lagi ye.

15 comments:

  1. Semalam ada jalan laju nasib baik cuaca tidak berapa panas, peluh sedikit.
    Bagus teruskan mengait. Penuhi permintaan pembeli dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kipidap, NA!
      Ye, kena dahulukan tempahan orang.

      Delete
  2. sedapnya maggi goreng..mcm2 perencah...cantikk beg kait, warna pun menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, maggi goreng kosong tu je saya beli, nohas. Guna perencah sendiri, macam nak masak nasi goreng.
      Terima kasih, ye.

      Delete
  3. Kan panas betul
    ciknur pun 3 kali.mandi hw hee nak.solat berpeluh peluh badan ni

    ReplyDelete
  4. Biasa juga buka blog kawan2 nampak iklan yang erkkk..haha. Saya punya adsense terus ditidurkan, nantilah kalau rajin setting baru pasang semula.

    Semalam, kelmarin..memang terasa bahang. Saya kat rumah buat kerja biasa je pun berpeluh-peluh.

    Seronok tengok Nur pandai mengait. Orang sabar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu iklan apparel kat setting tu, Ujie. Tapi seluar dalam pun termasuk dalam kategori Apparel. Kalau kita block, dengan iklan tudung pun block juga. Kategori dia terlampau umum.
      Betul tu, Ujie. Sama kita.
      Nak kata sabor tu, tak juga. Lebih kepada terapi, bila mengait ni. :)

      Delete
  5. Nur, camane nak mula berlari balik ye. Skrg ni klu berlari atau berjalan jauh, mulalah lebam bengkak kat betis, ditambah lagi dengan plantar fasciitis. Memang kagum dgn Nur sbb dapat istiqamah berlari.

    Cantik beg kait tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebam dan bengkak di betis? Kena check tu, Carneyz. Takut ada apa-apa.
      Tentang plantar fasciitis, saya pernah kena dulu. Saya jalan atas batu refleksologi kat taman atau playground. Hari-hari, 10 minit. Sakit, tau. Jalan je slow-slow. Macam massage juga. Kalau takde batu refleksologi tu, roll tapak kaki atas tennis ball.
      Carneyz bole mula dengan jalan dulu. Bila takde rasa apa-apa sakit, boleh slowjog. Kecilkan langkah. Kalau nak panduan, boleh download metronome, free je app dari playstore. Start dengan 150 ke. Langkah ikut rentak metronome. Kalau rasa slow, boleh lajukan jadi 160. Asalkan kita boleh bercakap bila jogging dan tidak mengah, kira ok ler tu. :)

      Delete
    2. Terima kasih, Carneyz. :)

      Delete
  6. kagum dgn semangat nur yg masih gigih berlari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kakmim.
      Kadang tu, kena paksa diri juga. Ada hari, rasa malas sangat.

      Delete
  7. Sama pulak menu maggi goreng. Adsense tu tak tahulah kenapa, dah setting elok tiba tiba keluar iklan tak sepatutnya. Jenuh nak tapis dengan kerap. Cantiknya hasil kait Kak Nur. Seronok kan dapat jana pendapatan sambil sambil tu. Paling best bila pelanggan puas hati.

    ReplyDelete