Salam Maal Hijrah

 Jumaat, 29 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Saya tak update lagi tentang larian semalam. 😁


Semalam, iaitu hari Khamis, saya telah jogging sejauh 8.01 km, selepas hantar anak kedua ke sekolah.

Gambar menunjukkan nasi goreng yang saya masak awal pagi, sebelum Subuh. Saya dan suami bersarapan nasi goreng di atas, bersama telor rebus sorang sebiji. 😋

Waktu petang, pergi jalan-jalan di Aeon Seri Manjung. Makan di Restoran Mama Mee Yah. Pertama kali cuba makan di sini.


Saya lupa nama menu yang saya makan. Tapi lebih kurang mama mee dry namanya, ada kepingan daging itik, sosej dan telor sebiji. Rasa dia macam mee goreng ibumie yang saya pernah masak kat rumah. Saja cuba makan tempat baru. Tapi dah merasa, tak masuk dah kot. Sebab minuman dia semua sejuk. Tiada minuman panas. Terpaksa minum ice-lemon tea. Minum sikit je. Bawa balik, bagi anak.

Sekian cerita semalam. 

Pagi tadi, saya pergi beriadah dengan suami. Dia off kerja. Lepas hantar anak sekolah, kami pi jogging kat padang di Sitiawan.


Saya semput jogging kat padang ni. Tanah tak rata. Biasanya, jogging atas jalan tar. Latihan yang baik untuk larian denai. Sempat lari sejauh 6.33 km. Saya terlaju, terbuat pace 8. Lepas tu, semput. Kemudian saya sambung jalan dengan suami. Dia buat 6 km.

Dapat lencana berikut dari aplikasi Strava.


Lencana sudah mencecah 200 km berlari di bulan Julai. Alhamdulillah.

Lepas jogging, pergi makan di kedai makcik bawah pokok.


Saya makan rojak dengan nescafe o panas.

Kami ada tapau 3 bungkus nasi lemak. Bila kakak kedai datang hantar nasi lemak, dia kata, nasi lemak tu dah ada orang bayar. Masa awal pagi, ada orang dah bayar harga untuk 1 tong nasi lemak makcik tu. Jadi, siapa yang order nasi lemak, percuma, tak payah bayar. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki orang yang belanja nasi lemak.

Last sekali, saya nak share gambar saya, dulu dan sekarang.

Topi dan orang yang sama

Tiga tahun yang lalu, saya masih overweight. Tapi saya dah masuk event larian dah. Tak peduli saya, orang cakap saya makcik punggung besar la, slow la, lari ke, jalan ke, asal ada event yang dekat dengan rumah, dan suami izinkan, saya masuk je. Kasut lari tahun 2019 tu, jenama Gatti. Kasut buatan Malaysia. Saya beli kat kedai kasut cina je. Saya pun dah lupa berapa harga dia, tapi puluh-puluh je la, tak sampai seratus. Dengan kasut tu la, saya masuk Hulu Langat Marathon tahun 2018, 42 km, 8 jam habis. Dia punya cut-off time, 10 jam. Alhamdulillah, gemuk-gemuk pun, semua event yang saya sertai, sampai ke garisan penamat dengan selamat.

So, kalau ada orang merendah-rendahkan anda, cakap anda macam-macam, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Buat je apa yang anda rasa betul, dan anda suka. Just do it! 

Ok la, tu je. 

Jumpa lagi ye. Salam Maal Hijrah. Semoga kita diberi kekuatan olehNya untuk ubah diri menjadi lebih baik. 

17 comments:

  1. Salam maal hijrah...wow...banyak kurangnya dan banyak beza dalam gambar 2019 dan 2022 tu...tahniah...SA yang sedang2 x kurus x gemuk ni pun rasa tercabar ni....bestnya kurus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, SA. SA memang dah kurus dah tu, saya tengok. Comei dah. :)

      Delete
  2. Ya Allah tadi saya teragak-agak hendak masuk Richiamo Cafe sebab takut makanan tidak menepati tekak saya.
    Saya ingat lusa tahun baru Maal Hijrah rupanya esok.
    Ada juga yang ejek Puan Nur ya. Patut bagi galakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takpe, benda pun dah lama. Kita jadikan ejekan orang sebagai peransang untuk ubah diri sendiri.

      Delete
  3. sedapnya rojak pasembur...besar ganjaran mereka yg bersedekah di hari jumaat....ya, betul..usah peduli kata2 negatif.. .semangat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap rojak makcik ni, nohas.
      Betul tu, besar pahala orang yang bersedekah.

      Delete
  4. Salam Maal Hijrah Nur.
    Nampak rojak tu sedapnya ya ampun! Nanti nak cari di kedai mamak hihihiii.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kerana berjaya menguruskan diri. Sek sy akan menyertai kej olahraga mssd isnin ni. Doakan kejayaan kami ye. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Abam Kie.
      Semoga sekolah Abam Kie akan beroleh kejayaan dalam kejohanan olahraga yang disertai. Insya-Allah. Aminnn...

      Delete
  6. Suka baca catatan larian Nur sbb bila baca rasa semangat nak lari balik. Salam Maal Hijrah Nur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat, Carneyz! Mari kita! Salam Maal Hijrah juga, ye. :)

      Delete
  7. sedapnya tgk mee tu.. janji ada semangat nk bersukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee tu agak masin rasanya, Nina. Nampak sedap. Huhu...
      Ye, semangat! Berusaha!

      Delete
  8. Salam maal Hijrah kak Nur. Sedap nampak hidangan mi tu. Tahniah kak! Keep it up and just do it :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fizah. Insya-Allah. Jom, Fizah... ^_^

      Delete
  9. Salam maal Hijrah kak Nur. Sedap nampak hidangan mi tu. Tahniah kak! Keep it up and just do it :)

    ReplyDelete