Ikan monster dan sandwich

 Rabu, 27 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Petang semalam, saya pergi jogging. Dah giler gamaknya, satu hari sampai 2 kali jogging. Bukan apa, suami saya kena submit larian 5 km untuk program fitness ofis dia. Ha ah, sesiapa yang punya BMI obese kat ofis dia, kena masuk program fitness. Bila dia kena lari, saya pun sibuk la nak ikut jugak. Walaupun cuaca panas membahang lepas Asar semalam.


Larian petang semalam, adalah sejauh 9.02 km. Selamat merentungkan diri.

Gambar di atas adalah ikan bandaraya, dalam akuarium kat rumah. Kebanyakan masa, dia akan melekap kat dinding akuarium tu, sambil dok mulut kumat-kamit cuci cermin akuarium. Ni, dia dah penat ler ni. Dah turun bawah, melepak. Cuba anda zoom-in tengok muka dia, lawa ke idok. Ganas kan, rupa dia. Rupa monster! 

Tu cerita semalam. Cerita hari ni pulak.

Awal pagi tadi, sebelum subuh, selain goreng hashbrown dan popcorn chicken untuk sarapan, saya sediakan juga sandwich telor rebus.


Habis satu buku pendek roti gardenia digunakan, bersama 4 biji telor.


Letak dalam bekas kedap udara siap-siap, boleh buat snacking sampai ke tengahari. 

Pagi tadi, saya jogging dalam hujan. Sekejap rintik, sekejap renyai. 

Puteh sedang memikio entah bila tuannya nak beli wet food.

Sempat berlarian dalam 8.04 km. Takde la main hujan sampai ke sudah. Di awal-awal jogging sahaja. Lepas tu, matahari pun mula menyinar. 

Dapat pula lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect:


Lencana Aktif Julai. Sudah rekod 20 aktiviti yang melebihi 20 minit. Ramainya orang yang awal-awal lagi dah dapat. Saya ni, dekat-dekat hujung bulan baru dapat. Better late than never, omputih kata. Alhamdulillah, rezeki sihat yang Allah pinjamkan.

Baiklah. Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye. 😊

10 comments:

  1. Petang ini ingat hendak keluar jalan laju. Angin kuat dan mendung pula awan.
    Hehe asal istiqamah ya Puan Nur lari. Dapat lencana lewat takpe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik cuaca macam tu NA, bila riadah. Petang-petang, selalu ada angin, banding riadah waktu pagi.

      Delete
  2. Ikan bandaraya tu rajin buat kerja. Diam-diam gemuk dah badannya.
    Lari Nur, jangan tak lari. Seronok buat perkara yang kita suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Amie. Dulu masa kami beli, besar jari kelinking je. Skrang dah bapakk besarnya.
      Ye, betul cakap Amie. Bila kita buat benda yang kita suka, hujan ke, panas ke, bukan penghalang.

      Delete
  3. oo ikan bandaraya tu wak penah bela gak, sekejap je mati.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Cantik jugak corak ikan bandaraya tu.
    Bagus ada program fitness opis tulah, nak tak nak kena joging. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak jenis juga ikan bandaraya ni, Ujie. Biasa, yang kaler hitam je. Yang ni, jumpa kat kedai, ada corak pada badannya.
      Ha ah, kena paksa. Kalau tak, takdenya pakcik tu nak beriadah. Siap ofis dia nak denda, kalau tak turun berat badan dalam sebulan. Suami saya turun 2 kg dah Ujie, di bulan Julai ni. Alhamdulillah. :)

      Delete
  5. Bila dah terbiasa berlari ni rasa macam nak lari bila ada peluang. Kalau saya pancit dah. hehe...Ikan bandaraya tu dulu masa kecik takut tengok. Rupa dia macam ikan yang ganas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Ikan yang tak berapa comel macam ikan lain. Hehe..

      Delete