Silakan, jamu mata, tengok hasil kait saya. Saya akan tambah produk hasil kait yang telah siap di page ini, dari masa ke semasa. 

Jika berminat untuk menempah, atau ada sebarang pertanyaan, boleh email saya di knitskiki@gmail.com.

  • Shell Stitch Bag


Shell stitch atau pattern kulit kerang dalam bahasa malaysia. Dari jauh, nampak macam kulit kerang. Ada juga kata, pattern ni, nampak macam kulit buah nenas. 


Bukaan zip pada bag. 


Bahagian dalam, saya jahit lining dari kain kapas. Ada poket satu. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • Bantal motivasi: Keep Going


Ini adalah projek knitting. Kait dua jarum. Bantal dengan tulisan Keep Going. 


Bantal ni, kecil sedikit dari saiz bantal biasa. Dalamnya, bantal isi fiber. Saya kait guna benang akrilik tempatan.


Bahagian belakang bantal.


Bahagian atas bantal. Bukaan butang. Boleh buka butang, dan boleh basuh sarung bantal kait ni. Basuh tangan untuk tahan lama. Kalau basuh guna mesin, boleh masukkan dalam laundry net.

Bantal ni, sudah jadi milik orang.

Saya terima tempahan bantal motivasi. Nak tulis apa, boleh request. Nama pun boleh. Asalkan jangan panjang-panjang. Kang susah nak kait. 😁

Jika berminat, boleh email ke knitskiki@gmail.com