Mihun goreng pulak

 Jumaat, 22 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Malam baru sempat update blog. 

Awal pagi tadi, sebelum subuh, saya masak mihun goreng.


Nampak kosong je mihun di atas. Ada letak udang. Dia sembunyi di balik mihun. Saya masak 1 paket mihun Faiza. Gambar di atas, separuh je. Separuh lagi, ada dalam kuali, suami bawa pi ofis, bagi kawan-kawan makan. 

Lepas Subuh, pergi jogging.

Balik jogging, siram pokok. Lepas tu, lepak layan anak bulus.

Slowjogging sejauh 10.4 km pagi tadi. Alhamdulillah, dapat jogging dengan aman damai.


Pertama kali dapat heart rate dalam zon hijau dan biru. Walaupun saya slow, pace 10, tapi kadang, ada masuk zone oren dan merah sikit. Minum kopi kuat, dan cuaca panas. Kali ni, langsung takde dalam zon oren dan merah. Semalam saya minum air masak banyak. Itulah pentingnya kita kekal hidrat apabila kita bersenam setiap hari. Kalau lari treadmill dalam rumah, boleh dapat result heart rate macam ni. Tapi lari luar, inilah pertama kali terjadi. Yay! Alhamdulillah.

Dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Sudah pun melepasi 300 ribu langkah di bulan Julai. Alhamdulillah. Target harian saya adalah 10 ribu langkah sehari. Kebanyakan hari memang dapat lebih. 

Lepas Asar, pergi mengopi dengan suami. Merangkap makan malam sekali.


Saya makan grilled salmon. Peberet bila pergi makan di foodcourt Lotus. Harga grilled salmon RM12.90. Sedap pada tekak saya ni. Air pula, nescafe o panas. Kopi pertama dan satu hari, minum 1 cawan je kopi. Sebelum ni, saya boleh sampai 2-3 cawan. Dah tobat. 

Ok la. Sekejap je, esok dah hari Sabtu. Ada nak gi nyongket mana-mana ke, esok? Saya dok rumah je kot.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. Makan salmon....makanan orang mewah tu hehehe

    ReplyDelete
  2. Keluar makan lepas Maghrib hari Jumaat.
    Susah jumpa makanan Barat yang sedap (pada tekak saya). Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke. Saya pantang tengok, NA, nasi ke, western ke, belasah sajer. :D

      Delete
  3. Sedapnya grill salmon. Makanan menyihatan.
    Pagi in saya goreng bihun tapi putih jew, tambah banyak sayuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak boleh nak tambah sayur dalam masakan saya, Amie. Anak-anak cerewet, nanti dia orang tak makan.

      Delete
  4. Ya allah mmg salute la kat nur.. Kita nak capai 1000 selangkah pun kdg payah hahha.. Kalau holiday je berjaya capai 10k sehari tu0😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab holiday, banyak jalan kan, Ako, ke sana, ke sini. Hehe..

      Delete
  5. Baru makan hari Sabtu petang...dap2...kena cara buat memang enjoy je makan

    ReplyDelete
  6. Anak2 saya suka bihun goreng kosong je. Klu letak sayur ke udang ke, dieorg kureng sikit sbb nak mengasingkan sayur2 tu hahaha! tahniah berjaya dapat 300K langkah bulan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama anak kita, Carneyz, tak suka makan sayur. :)
      Terima kasih.

      Delete
  7. Sedap bihun goreng macam ni. Saya pun suka guna bihun faiza sekarang. Tahniah kak dapat masuk ke zon hijau dan biru. Sedap makanan bergrilled yang menyihatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Fizah. Makanan grilled kurang minyak, banding yang digoreng.

      Delete