Azam baru di hari Ahad

 Ahad, 2 Muharram 1444 Hijrah.

Hari Sabtu dan Ahad memang akan terasa cepat sangat berlalu. Semalam saya tak pergi jogging. Saya pergi pasar pagi Bota, bersama suami. Lagi pun pagi semalam, hujan. 

Pagi tadi, pergi riadah bersama suami.


Slowjogging di Esplanade Lumut, sejauh 5.24 km. 

Gambar di atas, nescafe o kosong. Sarapan di kedai yang tak pernah singgah. 

Lepas sarapan, ada 'mentol bernyala' muncul atas kepala saya. Saya bercadang untuk tak mau la makan luar lagi. (huh.. boleh percaya, ke?) Ok la, kalau saya bosan sangat, saya pergi ye. Tapi  buat masa ni, baik makan di rumah je la. Masak apa yang ada. Bukannya sedap pun, makan kat luar ni. Bihun goreng yang saya makan kat kedai pagi tadi, biasa-biasa je la, rasa dia. Saya rasa, bihun goreng saya masak lagi sedap kot. 🙈 Saya cuba, ye. Selain tu, boleh juga berjimat. Mari kita. Berusaha!

Sampai di rumah, belum sempat salin baju, anak sulung dah panggil, "Mama, mama!" Dia di belakang rumah. Saya cakap kalau panggil untuk tengok beruk, tak mau la. Takut. Dia kata, tak. Ada binatang lain. 


Ni ha binatangnya, biawak. Besor la jugak. Masuk rumah sebelah. Sekejap dia pergi belakang barang. Sekejap dia cuba panjat tirai canvas tu, tapi tak berjaya. Biawak gemuk. Badan berat. Panjat panjat, jatuh. 

Ini la dia. Rumah di kawasan paya bakau. Satu waktu dahulu, anak biawak pernah masuk, duduk bawah katil. Ular pun pernah masuk dapur rumah. 

Tiba-tiba si Ros pulak menyibuk. Ros. Bukan jiran. Ros, kucing saya. 


Boleh saling bertentang mata pulak. 

Jangan risau. Tiada benda buruk yang berlaku. Lepas lebih kurang 2 minit saling berpandang, Ros pun berlalu pergi. Biawak kembali mengadap ke arah lain, sambil termenung. Udah macam buaya kat zoo dah peel si biawak ni.

Memang macam ni, tau. Kucing dengan beruks pun ada reaksi yang sama. Mereka tidak saling bergaduh ke apa, walaupun si beruks selalu mencuri lebihan makanan kucing. Semua jenis selamba je. 

Panas dah waktu tu. Saya pun takde la tunggu lama di luar rumah tu. Baik masuk dalam buat kerja. Tengah potong buah di dapur, anak bongsu pulak jerit memberi makluman yang si biawak dah keluar. Pandai menatang ni. Mana dia masuk, kot situ juga la dia keluar. Ikut pagar depan. 😁

Jiran sebelah tu takde di rumah. 


Saya rebus 4 tongkol jagung, dan potong tembikai. Jagung tu, beli di pasar Bota, semalam. Betul orang jagung tu cakap. Manis jagungnya. 


Saya juga masak mi goreng. Kosong je. Seperti biasa, tanpa sayur. Kalau letak sayur, kang anak tak mau makan.

Hari ni sudah pun hari terakhir di bulan Julai. 

Rumusan Larian Julai

Jumlah jarak saya lari di bulan Julai adalah sejauh 210.5 km. Alhamdulillah.

Banyak hari saya tak pergi jogging. 5 hari demam, 3 hari malas, 2 hari hujan, total 10 hari tidak beriadah. Ok ler tu. Semoga dapat perbaiki di bulan Ogos.

Sekian cerita hari Ahad. 

Semoga kita lebih bersemangat untuk menempuh hari esok. Berusaha!

Jumpa lagi. 😊

15 comments:

  1. Nasib baik biawak keluar semula. Dibuatnya hendak duduk dalam itu kasihan pula jiran hendak menghalaunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... nak halau camana biawak, silap-silap kita kena kejor, NA. :D

      Delete
  2. Leka baca kisah biawak bertentang mata dengan Ros. Hihihiii... macam-maca ceritanya ye Nur.
    Oh, lama juga 10 hari tak cemar duli berlari-lari. Mari kita mulakan hari esok dengan penuh ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, drama haiwan di hari minggu.
      Baik, Amie. Insya-Allah. Mari kita...! ^_^

      Delete
  3. mcm2 terjadi dlm 1 hari.. besar biawak tu. nasib tak jadi apa2. lama tak berjogging, agaknya semput kalau berlari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Nina, agar besor juga lah biawak tu.
      Bila kita baru mula jogging, biasa, kalau rasa semput atau mengah. :)

      Delete
  4. Sedapnya mi yg Nur goreng tu. Makan jagung hari hujan2 mmg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nak kata sedap tu, boleh ler, buat makan sendiri, Carneyz. Betul tu...

      Delete
  5. Makan kat kedai kadang ikut selera jugak bila dah jemu makan masakan sendiri. Kadang macam tu lah kak, entah apa apa kedai tu masak baik masak sendiri even simple simple je.Ada pulak drama biawak dan si ros tu. Agaknya dorang dah biasa jumpa tu yang tak bergaduh kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Akak rasa macam tak berbaloi keluar duit makan luar, tapi tak sedap, pun. Hehe..
      Tak tahu la. Memang binatang ni, pandai hidup bertolak-ansur antara dia orang kot.

      Delete
  6. Makan kat kedai kadang ikut selera jugak bila dah jemu makan masakan sendiri. Kadang macam tu lah kak, entah apa apa kedai tu masak baik masak sendiri even simple simple je.Ada pulak drama biawak dan si ros tu. Agaknya dorang dah biasa jumpa tu yang tak bergaduh kot.

    ReplyDelete
  7. salam maal hijrah dr wak yg jauh dimata ye cikkak kait dan larii tuuuu., ;p

    ReplyDelete
  8. Adoi!! besarnya biawak dia laparlah tu nak cari makanan. Kucing kakngah Mrs. A pernah kena gigit biawak kesian rasanya ada yang cacat selepas tu

    ReplyDelete