Kita belasah saje...

 15 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Salam Jumaat yang mulia.

Sekejap je dah Jumaat. Besok dah Sabtu. Bulan mengambang penuh masa jogging pagi tadi.


Sempat lari sejauh 10.13 km. Alhamdulillah.

Gambar saya masa bulan lepas yang saya pergi jalan ke Bagan Datuk tu. Entrinya ada di sini.

Saja letak gambar masa tengah sihat dan kuat. 

Sepanjang saya tidak update blog selama lebih 2 minggu baru-baru ni, selain dari terbongkang tengok Netflix, saya demam sebenarnya. 

Asal kejadian, lepas makan buah mata kucing dengan banyaknya, saya mula sakit tekak. Lama tak makan, teringin. Keesokannya, saya demam. Eh, ini terjadi sebelum hari raya haji lepas, ye. Hari kedua, makan panadol saja, sakit-sakit badan. Hari ketiga, sakit dah naik ke kepala, baru pergi klinik. Suhu badan masa tu, 39 darjah celcius. Doktor kata, boleh tahan tinggi. Musim influenza. Tapi Alhamdulillah, walaupun demam dan sakit badan tu, saya boleh lagi buat kerja seharian sebagai surirumah, hantar dan ambil anak sekolah, memasak dan sebagainya. Cuma, saya tak pergi berlari. Bagi badan rehat. Masa raya haji balik Kelantan, saya tak berapa sihat lagi. Eh, lupa nak cakap. Ketiga-tiga anak saya pun jangkit demam dari saya. Kesian. Start dengan yang bongsu, sebab saya selalu tolong dia buat homework, duduk dekat-dekat. Pastu pass ke anak kedua. Last sekali kena, anak sulung. Suami saya sorang sihat, dia kerja overtime banyak, kurang ada di rumah. Kadang rasa tak best jugak, effect dia, sampai sekarang ada hari, badan saya rasa panas lagi. Saya batuk masih berkahak. Suara saya masih belum kembali asal. Ambil masa hanya sekejap je, sakit tu, tapi badan belum recover semula ke asal. Tapi, inilah ujian, ye tak. Ujian sakit. Terima ujian dengan lapang dada. Berdoa padaNya, supaya diberi kekuatan untuk hadapi ujianNya. Dan belasah saja. Pagi masa bersiap tengok cermin, senyum, dan ucap kata perangsang pada diri sendiri, "You got this! You can do this! I am strong! I am healthy! Syukur Alhamdulillah." Apa lagi yang kita nak. Ada rumah, ada kereta, boleh berlari, boleh buat kerja, ada suami penyayang, ada anak bijak-bijak. Fikir dan cakap benda baik-baik sahaja. Semuanya sementara. Sakit sementara. It will pass. Insya-Allah. Kita hadap je. You are what you think, ok. Berusaha! Semangat! Yihaaa....

14 comments:

  1. Haah rasa dunia gelap tapi akan cerah semula. Lama juga hendak sembuh. Saya kena hujung bulan Februari. 3 minggu terlentang dengan mamai.
    Harap sembuh seperti sediakala. Ada sokongan keluarga rasa kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, lama tu, NA, 3 minggu tak sihat.
      Aminnn.. terima kasih, NA.

      Delete
  2. saya pun kena demam, selsema n batuk sebelum raya haji lg tp x kuat mana. Semalam baru sembuh. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Musim influenza sekarang ni, Abam Kie.

      Delete
  3. Allahuakbar..musim demam sekarang ni jangkit menjangkiti. Lama jugak tu kak. Semoga terus kuat dan kembali sembuh. Aaamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Fizah. Harap Fizah sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu. :)

      Delete
  4. Semoga benar2 sembuh nanti dan diberi keafiaatan oleh-Nya jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... mekasih, SK. Semoga SK juga sihat sejahtera selalu.

      Delete
  5. Teringat tahun lepas, lepas makan limau mandarin tekak rasa gatal. Tak lama batuk-batuk dan jatuh demam dekat dua minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, limau mandarin yang raya cina tu pun tak elok, kan, Amie. Ni orang cina yang bagitau pada saya, jangan makan limau tu.

      Delete
  6. semoga cepat sembuh.,. aminn ;p

    ReplyDelete
  7. Saya pun baru baik dari sakit tekak. Yang tak bestnya sakit tekak ni air liur jadi pekat, batuk macam berkahak tapi boleh nak buang. Syukur bila buat test Covid negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya pun sama, Carneyz, test covid negatif. Musim influenza.

      Delete