Khamis yang basah

 14 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Bangun pukul 4 pagi. Masuk dapur. Sediakan sarapan anak kedua ke sekolah sesi pagi. Masak nasi dan lauk sekali untuk sarapan dan makan tengahari. Teringin nak makan lauk simple, jadi baru hari ni dapat masak.

Telor goreng, 4 biji.

Ada 5 orang, tapi goreng telor 4 biji je. Anak kedua, selera dia unpredictable. Nanti dia balik sekolah kang baru tanya, apa dia nak makan. Kalau kita goreng terus untuk dia dan dia tak makan, membazir pulak. 


Ada lauk ayam goreng. Nampak macam 2 jenis ayam goreng. 3 ketul, ayam goreng ayamas frozen tu. Lagi 3 ketul, ayam goreng saya celup tepung bistari. Sayur kobis, kacang panjang dan carrot, masak stir-fry, pecah telor. Kemudian, ikan tamban goreng rangup, campur bawang dan cili kering. Huuu, ini feveret ni, sejak sebelum raya haji nak masak, tapi tak masak-masak. 

Dah ada telor goreng, goreng ayam pulak ye. Siapa makan telor, tak boleh amik ayam. Siapa makan ayam, tak boleh amik telor. Itu yang hidangan sarapan dan tengahari sekali. Dah siap-siap sediakan. Hehe, surirumah malas masuk dapur berulang kali. 

Masa lepas subuh nak pergi jogging, nampak kilat di langit. Tapi, pergi jogging juga. Suami masih cuti, jadi dia yang hantar anak ke sekolah.


Tengah lari, hujan pun turun. Mula-mula rintik je, pastu makin renyai. Sempat jogging sampai 8.27 km sahaja. Alhamdulillah. 

Gambar di atas adalah makan malam saya semalam, semangkuk kuetiau sup dengan teh o panas kosong.

Kena racun dengan kawan-kawan jogging. Balik rumah, tanya suami, nak tengok Mat Kilau tak. Dia kata, ok. Suami dari sebelum raya haji dah ajak, tapi saya agak keberatan. Kuat betul racun kawan-kawan jogging saya ni. Dia orang dah tengok. Dah beli tiket online untuk malam ni. Satu family pi. Tengok wayang on weekdays, esok sekolah. Hehe. Giler punya mak.

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

10 comments:

  1. Saya sudah lama tidak tengok wayang.
    Orang kata Mat Kilau seronok ditonron pun saya tidak rasa hendak tengok.
    Hehe lauk ringkas buat terliur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rugi pun kalau tak tengok, NA. Ada sorang kawan jogging saya macam NA, dia tak tengok wayang. Seumur hidup, tak pernah tengok wayang. :)

      Delete
  2. Tamban goreng rangup family Mrs.A pun suka juga. Dah tengok Mat Kilau rasa nak tengok lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mrs. A, lauk pembuka selera tu, tamban goreng rangup.

      Delete
  3. wahh bestnyer mak khamis malam jumaat yg basah ghituuuu., ;p

    ReplyDelete
  4. Senang sekali masak untuk lunch sekali. Memang kuat racun kawan-kawan ni. Racun Mat Kilau pun boleh tahan kuat. Ramai dah pergi tengok.

    ReplyDelete
  5. Hari hujan2 pekena makanan bersup mmg sedap.

    ReplyDelete