Adegan tidak diingini waktu beriadah

 Khamis, 21 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Assalamualaikum, hai semua...

Kucing ku yang telah tua, Oyen.

Pagi tadi, masa keluar rumah, hujan rintik. Sampai di tempat jogging, tak hujan pun. Jogging hari ni adalah sejauh 11.35 km. Jogging sambil menyembang memang best. Tak sedor pun dah jauh lari. 

Pagi tadi, ada peristiwa tak elok berlaku pada 2 orang adik yang jogging di tempat saya jogging. Dah lama dah, ada sorang kakak India ni, bagitau, jangan datang pagi-pagi time gelap. Ada orang naik motor, ajak 'main' dalam kelapa sawit. 

Pagi tadi, ada 2 orang adik ni, nampak la sorang mamat ni, dalam kebun kelapa sawit tu, dok 'buat sesuatu' kat 'anu-nya' sambil dok panggil perempuan yang tengah lalu. Saya dan kawan saya tak kena dan tak perasan pulak. Memilih jugak la orang tu, dia tunjuk kat perempuan yang muda je, yang tua a.k.a. makcik macam kami ni, dia tak tunjuk pulak. 🙈

Orang gila seks tu, beraninya, sampai bila dia lalu dengan motor tepi kami yang waktu tu tengah sembang dengan adik yang terkena tu, boleh cakap "Besarnya!" Tak tahu la apa dia maksudkan benda apa yang besar pada adik tu. Tapi adik tu memang cantik pun body dia. 

Dah bagitau kat orang yang tanam sayur situ. Dia cakap kalau kena kacau lagi, bagitau la dia. Baiknya orang tanam bendi ni, kami nak beli bendi dari dia. Tapi dia letak dalam plastik, bagi kat kami, sedekah, tak payah beli, katanya. Rezeki hari ni, dapat sayur free.

Pun dah cerita kat sorang runner lelaki yang regular kat situ. Dia pun kata, dia tak perasan. Tapi kalau mamat tu ada, bagitau la dia. 

Kesian juga dengar cerita dari adik tu. Dia kata, kita ramai-ramai pi belasah la orang gila seks tu. Marah dia. 

Saya dulu pun pernah terkena flasher, tapi lokasi lain. Memang 'pissed-off' la. Kacau sungguh mood orang. Nasib kita tak tengok. Tengok dengan ekor mata. Boleh nampak juga kan, apa yang orang tu tengah buat. Ambil masa untuk hilangkan imej kotor tu dari fikiran. 

Ok la. Pagi tadi, buat kali ketiga berturut-turut, saya masak nasi goreng juga untuk sarapan. Boleh la kurangkan masak nasi putih, dari 4 pot, jadi 3 pot. Musim orang takde selera makan nasi. 


Nasi goreng pagi tadi special sikit. Masa tumis bawang yang ditumbuk bersama cili api, saya letak serbuk kari dan tambah serbuk cili. Peh! Tak sempat bertahan sampai tengahari, sudah licin. 

Suka bila benda kita masak habis dimakan. Bila orang tak makan apa kita masak, terus hilang semangat nak masak. 

Ok la. Tu je cerita hari ni.

Ustazah saya dulu cakap, lepas solat, jangan tinggal untuk baca surah Al-Fatihah dan ayat Qursi. Insya-Allah, ada malaikat akan jaga kita dari lepas kita habis solat, sehingga masuk waktu solat seterusnya. 

Jumpa lagi ye.

20 comments:

  1. Elok report polis pasal orang gila tu, bahaya dibiar.
    Setakat ni saya amalkan baca ayat qursi tiap lepas solat, sebelum tidur dan bila nak mulakan perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada runner yang kerja polis lari situ, jadi sudah minta runner yang kami bagitau semalam tu, supaya sampaikan pada runner polis tu. Kawan dia juga. Harap lepas ni, polis dapat buat rondaan di situ.
      Baik. Bagus tu, Ujie. Saya pun nak amalkan juga. Yang sebelum tidor tu, kadang tak sempat nak baca, dah kroh kroh...

      Delete
  2. Bahaya ada makhluk jahat. Dulu pernah juga mengalaminya zaman sekolah nak pergi kurus komputer. Dia duduk kawasan lorong. Dok panggil panggil, kami terus lari. Kena ada CCTV jugak kat situ. Senang nak tangkap siapa pelakunya.

    Masak nasi goreng special lain sikit resipinya memang sedap dari kebiasaan. Ditumbuk pulak tu. Bertambah tambah sedap.

    Biasanya amalkan ayat qursi. Baik, lepas ni tambah Al-Fatihah. Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sikit kot nak ada CCTV, Fizah. Sebab kawasan kelapa sawit dan kebun sayur.

      Delete
  3. Ambik gambar org tu buat report polis je. Makhluk gila s*ks ni mmg tak boleh biar gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time benda tu berlaku, tak terpikir nak amik gambar, adik tu cakap, Carneyz. Tapi dah tahu dah identiti orang gila tu. Petani yang tanam sayur tu kenal.

      Delete
  4. Ishh org macam tu kan.. Pernah la anak kene masa kat kedai makan dia buka seluar tunjuk anu dia.. Nasib ada org nampak.. Kene tangkap dan kene balun dgn org ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astaga... dalam kedai makan pun boleh tunjuk..? Giler aaa... padan muka kena belasah.

      Delete
  5. bahaya jg..kena keluar time terang-benderang & ramai orang...Alhamdulillah, dapat sayur bendi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time dah terang, nohas, benda tu terjadi. Berani betul orang gila tu.

      Delete
  6. Takutnya.
    Kena lari tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, tapi saya kuatkan semangat juga, lagi pun selalu jogging dengan kawan-kawan. Kalau saya sorang, saya rasa, saya pergi tempat lain kot, untuk jogging, NA.

      Delete
  7. Bahaya ni kalau sorang2 jogging
    emm menakutkan.
    report polis tangkap je org mcm ni jgn kasi can

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah sampaikan pada encik polis yang juga seorang runner, yang lari di situ, Cik Nor. Semoga ada la rondaan dari pihak polis lepas ni.

      Delete
  8. skrg ni penjenayah seksual x mengira umur. Kdg2 nenek pun dicabulnya. Takutnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, ye ke, Abam Kie? Seram saya mendengornya.

      Delete
  9. report dengan polis...mereka akan kena tangkap...bahaya sangat kepada mereka yang obses benda tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah sampaikan benda ni kepada pak polisi, encik Hanafi.

      Delete
  10. Bahaya betul orang itu ye Nur. Teringat dulu waktu saya jalan kaki menuju ke padang sekolah menengah cina untuk latihan sukan, tiba-tiba ada seseorang memanggil dari semak. Rupanya orang yang Nur maksudkan. Ya Allah... tak boleh lupa sampai sekarang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Itu la, susah nak lupakan bila dah terkena.

      Delete