Half marathon Julai

 Sabtu. 16 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Mula-mula, saya lari dengan kawan-kawan. Pastu, sambung half marathon sorang-sorang. Tapi suami saya ada teman hari ni. Dia pun jogging juga, di tempat yang sama, buat 5 km. Suami saya dah turun 2 kilo, semangat dia. 😊


Alhamdulillah, 21.16 km lari hari ni.

Lepas lari, kami pi sarapan di mamak mee pokok ceri. Pekena roti bakor telor goyang, dan nescafe o panas. Ye, saya memang kalah dengan kopi. Tahan beberapa hari je tak minum kopi. Tapi saya ada ambil langkah lain, iaitu minum air masak dengan lebih banyak. Saya cuba. Muka dah jadi kurang kering. Jerawat juga semakin kurang. Buang air besar pun lebih senang. Memang kena minum air masak banyak, sebab saya hilang air banyak setiap hari, bila saya lari.


Dari aplikasi Garmin Connect, dapat lencana July Rundown, iaitu sudah melepasi 80.5 km berlari di bulan Julai. Lambat dapat lencana ni, pada bulan ni, sebab saya banyak cuti lari, sebab tak sihat hari tu, dan juga balik kampung.


Menerusi aplikasi Strava pula, dapat lencana cabaran half marathon julai. 

Ok rasanya, dapat lari jauh hari ni. Saya suka perasaan bila saya lepas lari jauh. Rasa badan lebih ringan. Kaki pun ok, Alhamdulillah, tak sakit. Kasut ok. Pakai kasut Puma. Badan pun kurang melecet, letak vaseline di tempat yang biasa melecet. Benda-benda kecik macam ni mempengaruhi kita, bila kita nak bersenam. Nampak macam benda remeh, seperti pakaian dalam yang sesuai. Tapi benda inilah yang beri kesan bila kita lari jarak jauh. Saya dah merasai melecet di bahagian peha, masa badan saya obese, tahun 2015/2016. Sakit tau, bila mandi, sebab ada luka melecet. Perasaan pun down je. Tapi konsisten tu la kunci kejayaan. Bila kita nampak kesan yang baik pada badan kita, rasa best sangat! Syukur Alhamdulillah. 

Korang pergi jalan mana hari ni, hari Sabtu? Saya lepak rumah saja. 

Baiklah, jumpa lagi, ye. 😊

8 comments:

  1. Betul tu Nur. Kena ganti minum air masak banyak-banyak sebab Nur banyak keluarkan peluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Saya akan cuba amalkan. Tapi tekak ni, rasa nak minum air manis je. Huuu...

      Delete
  2. Lepak rumah sahaja.
    Takpelah Puan Nur boleh berpada-pada minum kopi. Kawalan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA, dah kurang minum kopi. Sebelum ni, saya boleh sampai 3 cawan kopi. Sekarang cuba 1 cawan je satu hari. Harap istiqamah.

      Delete
  3. Wow..tahniah Nur, 80.5 km 👏
    Betul, nak bersenam ni hujung kaki ke hujung rambut kena pakai yang selesa.

    Hari ni saya pergi shopping blouse microfiber, supaya lebih selesa nak berjalan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie.
      Wah, selesa fabrik microfiber ni. Ringan bila pakai beriadah.

      Delete
  4. wah..tahniah, half marathon!..harini gi servis keta, gi 7-E & lepak kt rumah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nohas. Wah, servis kereta tu, kerja orang laki. Saya sendiri tak pernah bawa kereta untuk servis. Thumbs up, nohas!

      Delete