Lama tak update

 13 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Lamanya saya tak update blog. Last sekali entri blog saya, tarikh 30 Jun. Hehe. Adoi. Mood online ke laut. Macam ni la saya ni. Minta maaf ye, kepada pembaca yang saya hormati sekalian.

Hari ni sudah kembali ke rutin asal. Anak-anak sudah kembali ke sekolah.

Pagi tadi, saya pergi jogging semula.


Larian pagi tadi, adalah sejauh 8.18 km. Tak tahu la boleh masuk kategori lari atau tak, pace 10. Badan rasa berat dan gemuks. Makan daging banyak. Dengan sup tulangnya, nasinya. 

Saya dan keluarga pulang beraya di Tumpat, Kelantan. Kampung suami. Gambar di atas, 2 anak bujang, tengah lepak di Pantai Cahaya Bulan. Masa raya haji pertama. 

Tahukah anda, masa raya puasa, atau raya haji, hari pertama raya, semua pusat membeli-belah ditutup? Ha, only in Kelantan. Pergi la Aeon Mall ke, Lotus ke, KB Mall ke, semua tutup masa raya pertama. Dari dulu lagi macam tu. Memang raya pertama, kunjung mengunjungi rumah sanak saudara sahaja. Atau kalau tak mau makan daging, boleh pergi ke pantai. Masa kami pergi hari tu ke Pantai Cahaya Bulan, ada je kedai makanan laut macam bebola udang, dan segala jenis lagi tu, yang celup tepung yang dibuka. Tapi tak semua kedai dah buka. 

Masa nak pergi Kelantan, ambil masa lebih kurang 7 jam, bertolak lepas Subuh untuk tiba di kampung. Masa nak pulang semula ke Perak, ambil masa dalam 8 jam lebih untuk sampai. Walaupun kereta banyak, tapi trafik berjalan. Alhamdulillah. Dapat jumpa orang tua, kakak-kakak ipar, suami dapat tolong melapah daging korban.


I is takuts tengok lembu kena sembelih tu. Jadi, lepak rumah je. Dah pernah tengok dulu, cukup la. Orang sana korban kat rumah je, takde kat masjid pun. Satu family, 1 ekor. Alhamdulillah.

Macamana raya anda? Apa khabar pembaca sekalian? Sekarang musim orang demam. Banyak makan durian dan buah mata kucing. Hehe. Jaga diri ye.

Jumpa lagi. 😊

12 comments:

  1. Hehe..selamat kembali berblog. Sama la kita, agak lama cuti berblog. Semalam masih penat, hari ni baru ada mood layan blog.

    Oh..baru saya tau pasal mall tutup pada hari raya pertama. Lain tempat, lain budaya. Unik sungguh Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali cuti dari blogging, bagus juga ye, Ujie. Rehat dari dunia internet.
      Kann... dulu masa saya mula kawin, rasa pelik juga. Tapi sekarang, rasa bagus dia tutup mall. Boleh spend time dengan family dan sanak-saudara.

      Delete
  2. Rindu hendak baca coretan Puan Nur. Saya pun tengah malas tulis tapi rajin lawat blog orang. Hehe.
    Itulah meriah kalau setiap rumah buat korban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, NA. Tambah semangat saya untuk update blog. Bagus NA ni, rajin berkunjung ke blog kawan-kawan.

      Delete
  3. Raya kami biasa-biasa saja Nur. Masak sikit juadah. Jalan-jalan rumah keluarga terdekat saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dapat juga jumpa keluarga terdekat ye, Amie.

      Delete
  4. Nampak tenang pulak PCB, biasa kalau sy datang, bergelora lautnya dengan angin kencang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angin ada, tapi takde la kuat, SK. Ombak pun agak tenang hari tu.

      Delete
  5. saya tengah cari durian....kat Sarawak belum jumpa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa, ye ke? Mai sini, Encik Hanafi. Durian belambak-lambak. Sampai banyak buah dah tua, boleh buat tempoyak.

      Delete