Stranger Things

 Masa ketiadaan saya selama 2 minggu lebih, iaitu masa blog ni tidak di-update, salah satu aktiviti saya adalah tengok siri ni la, on Netflix, Stranger Things.


Anda sudah tonton siri ini kah? Sudah? Ok. Belum? Tak payah la tengok. Hehe.

Bukan apa, kalau tengok, melekat terus, tak boleh stop. Bila saya tengok si Nohas tu, rajin layan siri di Netflix, saya jadi musykil. Ish, rajin dia tengok benda bersiri-siri ni. 

Untuk pengetahuan anda, ini pertama kali saya layan cerita bersiri. Masa dok scroll Netflix, cari movie apa best, anak saya la sorang cakap, tengok la mama. Best citer ni. Huh... anak saya ni memang, tak payah ajar, pandai je dia. 

Siri Stranger Things ni, dari 10 bintang, saya bagi 9! 😁

Tidak la saya tengok sekaligus. Ko giler? Sambung-sambung juga, banyak hari. Asal free je, layan. Saya paling suka musim pertama. Ada 4 musim dah di Netflix. Dari pelakon dia kanak-kanak, sampai Season 4, dah meningkat remaja deme ni.

Cerita dia, tak la menakutkan pun, pada saya. Kalau ada speaker connect to tv tu, pasangla kuat-kuat. Bior terkejut beruk sikit, lagi-lagi masa Season 1. 

Saya takkan ceritakan la tentang siri ni. Nanti spoil pulak, bagi yang belum tengok. Tapi jangan tengok, ok. Tak payah tengok. Nanti tak boleh stop. 

Sekian. 

P/S: Tak sabor nak tunggu Season 5 keluar. Astaghfirullahalazim... 🙈

20 comments:

  1. Eh…lagi kata jangan tengok, lagi mengundang rasa nak tengok 😂
    Saya pun sebenarnya jenis tak rajin layan cerita bersiri. Mesti tak habis. Kecuali cerita Ertugrul, saya excited layan bermusim-musim. Ni saya stop dulu, kalau tak memang jadi kurang fokus untuk hal lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan, jangan! Jangan tak tengok, Ujie. Oh tidak!
      Kan, bahaya tengok cerita bersiri ni. Tak jadi kerja lain. Cerita Ertugrul, astro pun ada tunjuk, kan.

      Delete
  2. Samalah kita, sebelum ni banyak layan movie jer tak suka series sebab takut melekat cam ni la.. skrg pun tengah melekat. Okey, lepas habis siri yg sy tengok skrg, sy tengok ST ni pulak la. Best jugak klu dah ada byk season.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, SK. Tengok movie, kurang komitmen, kurang rasa melekat.

      Delete
  3. Okay tak mau tengok heheheee... tengok Kdrama kat viu pun Mrs. A dah melekat kalau series lagilah lagha huhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Mrs. A. Tak boleh amal. Habis semua benda.

      Delete
  4. ooo..patutlah lama menghilang...hehe...best ye ceritanya..tak tengok lg..

    ReplyDelete
  5. alamaakkk ni yg seram nak start tgk ni.. hahaha takut melekat x henti2 hadap netflix :D

    ReplyDelete
  6. wak pon dh lama xtonton netflix, x semua movie ada dlm netflix tu ., huhuhu

    ReplyDelete
  7. Hehe ketagih.
    Saya tengok Master chef Australia. Rancangan masak-masak. Tengok di tv dan YouTube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, suka masterchef Australia rupanya, NA. Saya agak tension tengok orang masak ada time limit ni. Maklumla, saya suka masak berjam-jam. :D

      Delete
  8. dulu penah jd melekat susahh la nk tinggal. Adoiii x payah layan akhirnya. Skrg fikir baik tgk movie dan ciknur suka layan cerita yg ada pengahiran cepat tak tunggu lama 2 he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu, Cik Nor. Saya pun sudah insaf, dan tak mau terjebak lagi.

      Delete
  9. Skali dah layan susah nak move on sampai habis. Saya tak ada Netflix tapi kalau layan drama online tu selagi tak habis marathon sampai habis. huhu...Stranger things ni saya tak pernah tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Fizah. Bahaya betul. Tak mau la akak terjebak lagi.

      Delete
  10. Belum pernah tonton siri ini Nur. Pernah sekali dulu tonton drama Korea. Siang malam layan sampai habis berpuluh episod...hadoi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bahaya kan, Amie, bila dah terjebak ni.

      Delete