Dua hari punya larian

 Rabu, 20 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Semalam saya tak sempat nak update blog. Busy bebenor. 😁

Saya share larian semalam dulu ye.


Semalam saya jogging sejauh 10.83 km. 

Data larian, tapi tunjuk gambor makanan. 😁 Gambar di atas adalah sarapan yang saya sediakan awal pagi semalam, iaitu nasi goreng dan nugget. 

Larian hari ini pula adalah seperti berikut:


Jogging sejauh 9.03 km pagi tadi. Tak cukup 10 km hari ni, sebab cuaca sudah panas. Hantar anak ke sekolah dulu, baru pergi jogging. 

Gambar adalah nasi goreng pagi tadi. 

Hari-hari goreng nasi. Cuma lain style. Semalam gelap sebab campur kicap, hari ni cerah sikit rupa nasi goreng. Saya kurang gemar makan nasi semalam. Boleh je makan, tak elok membazir, kita perangat dan boleh makan dengan lauk yang masih ada. Orang kelantan cakap, make nasik dingin (nasi semalam). Cuma, tekak saya kurang gemor. Lebih suka goreng nasi semalam, banding makan begitu saja. Pastu sebelum makan tu, goreng la telor mata. Cair plak kuningnya. Peh! 😋

Tapi nampaknya nasi goreng di atas kita makan tengahari saja. Sebab lepas jogging pagi tadi, kawan saya ajak sarapan di Oldtown White Coffee. Rejeki jangan ditolak, dengan kawan, tak payah malu. 😜


Kawan saya makan roti bakor telor separuh masak tu. Saya pula makan dry mee kicap. Alhamdulillah. 

Sekarang ni, cepat penat ooo, bila lari. Nak habiskan 10 km tu, hauk la juga! Dengan cuaca yang panas. Tak boleh paksa diri. Kita buat mana kita mampu. Tak larat, balik. Kadang kita sibuk dengan aktiviti lain, dan komitmen keluarga, tak sempat nak rehat. Itu juga pengaruhi heart rate kita, jadi laju. Dalam report larian kita, heart rate banyak dalam zone merah. Minum ayor pun tak cukup, lagi la. Hanya kita yang kenal diri kita. Lari je mana mampu. Jalan pun apa salahnya. Keluor peluh juga. Badan lebih sihat, rasa ringan, mudah kita nak beribadat. 

Ok, jumpa lagi, ye.

P/S: Selama ni bila saya masak, saya ambil gambor straight dari periuk atau kuali. Sekarang, saya hidang atas meja, baru ambil gambor. Ok ke, encik? Hehe...

16 comments:

  1. suka nasi goreng buh kicap....dua2 ok, tapi gambar hidangan nmpk lbh cantik..

    ReplyDelete
  2. bagus juga masih kuat untuk berlari...saya cuma lari sikit-sikit kerana simpan tenaga untuk aktiviti gym 4 kali seminggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, Encik Hanafi, 4 kali seminggu gym. Salute!

      Delete
  3. Rajin betul buat nasi goreng.
    Kita masak nasi baru lepas selesai masak masukkan nasi semalam ke dalam periuk nasi yang ada nasi baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang nak masak, NA, nasi goreng tu. Kita boleh letak makanan yang tak habis.
      Dulu saya pun buat camtu juga. Tapi beras siam ni, bila kita campur, dia jadi mudah basi.

      Delete
  4. Hebat berlari.. Kita nak pakai kasut nak berjogging pun belum ada kekuatan.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... bak kata kasut Nike, "Just Do It!"

      Delete
  5. Gambar lari tak ada, gambar makanan ada. Tu yang pembaca suka tengok, heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tak boleh nak elak, SK. Sejenis suka makan. :D

      Delete
  6. Data larian, tunjuk gambo makanan. Itu maksudnya, kalau suka makan kena la rajin lari…haha. Ingatan untuk saya ‘berat kaki’.

    Gambo makanan dalam kuali ke, dalam pinggan ke…semuanya tetap menggoda. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay! Tepat sekali, 10 markah untuk Ujie! Suka makan, tu sebab kena lari banyak. Hehehe..
      Semoga kaki Ujie bertambah ringan.You can do it!
      Hehe... ada ngeye.

      Delete
  7. Saya pun hari hari masak nasi goreng Kak Nur. Sarapan dan bekalan encik suami sekali senang. Hari hari kena lain lain baru tak jemu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bagi rasa lain sikit, kan, Fizah. Kalau hari-hari style masak sama, rasa pun lebih kurang, bosan juga.

      Delete