Khamis, 28 Zulhijjah 1443 Hijrah.
Kakak saya ada hadiahkan saya set produk Dermalogica sempena harijadi saya, pada bulan Mei lepas. Saya habiskan dulu sunblock yang saya sedang pakai, baru saya dapat cuba pelembab oleh Dermalogica ini.
Dermalogica Dynamic Skin Recovery SPF 50
Ini adalah produk kombinasi pelembab, merangkap sunscreen yang fungsinya untuk melembab kulit, dan melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB.
Penggunaan: Saya pakai sebelum keluar rumah, sebagai sunscreen. Saya jogging setiap hari, kena cahaya matahari, selalu sangat main panas, jadi perlu pakai sunscreen.
Packaging: Dispenser bentuk pam. Tekan ke bawah, pelembab akan keluar. Mudah guna. Kandungan pun kekal bersih kerana tidak terdedah.
Kebaikan: Produk ni yang berfungsi sebagai pelembab dan suncreen. Jadi, 2 in 1. Jimat masa. Tak payah pakai 2 produk.
Pendapat saya: Ia agak pekat, berbanding sunscreen saya sebelum ni. Saya sudah guna selama seminggu. Tiada iritasi, tiada kemerahan. Tidak mengakibatkan breakout. Saya boleh rasa macam ada satu lapisan melindungi kulit muka. Pendapat peribadi saya, saya lebih suka kalau ia lebih cair sedikit, sebab kulit saya jenis kombinasi. Kalau kulit kering atau normal, lebih sesuai kot pakai produk ini.
Bila habis jogging, saya selalu keluar dating dengan suami, saya kena dab dengan facial oil absorbent paper, sebab muka jadi berminyak.
Agak mudah untuk ratakan pada muka kita. Agak cepat meresap. Tetapi, ada bau. Macam bau ubat. Saya lebih suka yang takde bau. Walaupun dia kata, tiada pewangi dan warna tiruan.
Kandungan: Bebas paraben. Bebas gluten. Vegan. Ada green tea extract, vitamin E, sunflower oil, hyaluronic acid.
Harga: RM424. Boleh bayar ansuran jika beli online.
Pada pendapat saya, produk kayangan sangat! Kalau tak diberi sebagai hadiah, memang saya tak mampu nak beli. Tapi rezeki orang dah bagi, saya pun cuba lah.
Setelah seminggu pakai produk. |
Kesimpulan: Semua ok. Tapi, terlampau mahal sangat! Jika anda mampu, boleh la cuba produk ini. Lain orang, lain jenis kulit. Lagi pun, dermalogica ni terkenal dan direkomen oleh ramai skin therapist untuk menjaga kulit supaya sihat.
Sekian.
Betul mahal sampai 400 lebih. Kalau RM100 lebih boleh dipertimbangkan.
ReplyDeleteHehe pemurah kakak Puan Nur hadiahkan hadiah ini.
Itu lah kan, NA.
DeleteYe, Alhamdulillah. Kakak-kakak saya tak pernah berkira dengan saya.
Bagus review ni, lengkap. Menarik pasal 2in1 tu.
ReplyDeleteSaya pun jenis kulit kombinasi. Muka mudah berminyak.
Tima kasih, Ujie. Sama kita, yek.
Delete2 in 1..pelembap & sunblock...bau mcm ubat tu yg x brp best...harga..perghh...
ReplyDeleteItu la, nohas. Kurang syok bila pakai, ada bau ubat.
DeleteSama dgn kulit sy, kalau pakai pelembab yg terlalu pekat, muka jadi berminyak, lepas tu, muncullah Cik J.
ReplyDeleteItu la pasal, SK. Kilat je muka. Huhu..
DeleteBagus produk 2 in 1 tak payah nak apply produk berbeza 2 kali. Tapi tengok harganya macam mampu tengok je. Untung dapat hadiah. Cuma nanti nak restock kena fikir bajet lain pulak.
ReplyDeleteNanti habis ni, akak beli sunscreen biasa beli kat Watson je, Fizah. Boleh dapat sunscreen yang bagus dengan harga berpatutan.
DeleteDemalogica memang mahal rata-rata kata bagus tapi tulah mampu tengok jer.
ReplyDeleteMrs. A sependapat dengan Nur kalau orang bagi kita amik je kalau beli sendiri takpelah hahahaaaa
Kan... Mrs. A. Sama kita. Bak kata P. Ramlee, rezeki jangan ditolak. :D
DeleteBertuahnya dapat pakai produk kayangan heheheee. Kalau ok dan puas hati, memang berbaloilah dengan harganya kan Nur. Seronok dapat hadiah begini.
ReplyDeleteHehe.. Alhamdulillah, Amie. Ye. Rezeki dapat pakai produk mahal macam ni. Terasa diriku begitu berharga. Kikiki...
Deletejimat masa dan duit sebab 2 in 1.. kalau sesuai dgn kulit boleh teruskan pakai
ReplyDelete