Selamat hari Isnin

 Isnin, 3 Muharram 1444 Hijrah.

Selamat hari Isnin, semua...

Pagi tadi, saya masak nasi. Semalam punya azam masih kuat. Tak mahu makan luar. Lauknya, sambal tumis ikan bilis. Pagi-pagi sudah buat bunyi blender. Hehe. Yor lantak deme bangun tidor. Walaupun awal belum subuh, boleh buat tahajud. Tapi takde nya, orang dalam rumah pakat tidor tak sedor diri.

Sambal tumis ikan bilis.

Saya goreng ikan rebus yang dibeli di pasar pagi Bota, pada hari Sabtu lepas. Lima ekor ikan rebus, harga RM16.  Besor, ikan kembung rebus.


Goreng 2 ekor. Untuk tengahari, repeat goreng 2 ekor lagi. Semasa entri ni ditulis, sambal tumis sudah tinggal separuh dalam periuk. Wah... selera anak-anak makan. Alhamdulillah.

Pukul 7 pagi, baru lah saya pergi jogging.


Dapat slowjogging sejauh 10.18 km pagi tadi. Sorang kawan saya balik masa kilometer ke-8. Saya sambung sikit lagi, bagi cukup 10 km.


Dapat lencana cabaran 10 km di aplikasi Strava.
Semoga anda, pembaca yang sedang baca blog saya ni, sihat sejahtera hendaknya. Selamat bekerja dan menjalankan tugas harian. 

Jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. Saya masih ada makan di luar. Cuma pilih tempat yang pasti makanan sedap. Kadang-kadang takut cuba tempat baru.
    Selamat memasak selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa sama macam NA. Serik cuba makan tempat baru. Kita nak tolong orang kita niaga, tapi makanan ibarat sekadar melepaskan batuk di tangga. Tapi harga mahal.
      Terima kasih, NA. :)

      Delete
  2. Perkara yg paling sy cemburu tiap kali masuk sini ialah tengok Nur jogging 10km. Tapi hari ni cemburu lebih sikit sebab ada sambal tumis ikan bilis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu juga jeles dengan SK, sebab selalu makan tempat sedap-sedap. ^_^

      Delete
  3. lama x makan ikan rebus goreng, kalau balik kuale, selalu beli kat pasor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo... udah mahei wei, harganya. Dulu boleh sepaket 6-7 ringgit. Sekarang, tak dapat dah.

      Delete
  4. Tiba-tiba teringat ikan kembung rebus di pasar Sungai Buluh, Jeram! Rindunya nak makan ikan kembung rebus. In syaa Allah Nur, mudah-mudahan kami sihat-sihat saja tapi teringin juga nak jogging macam Nur, meleleh-leleh peluh, terbakar kalori!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh... memang biasa ikan rebus ni, kat pasar-pasar kampung je ada jual, kan, Amie.
      Hehe... Amie jaga makan, kalau tambah jogging, lagi la kecik jadinya badan tu. :)

      Delete
  5. Selamat hari Selasa Nur. Lama dah tak makan ikan kembong rebus.

    ReplyDelete
  6. Ikan rebus goreng…saya tak pernah makan. Cuma baru2 ni je tau dari cerita suami. Dia makan di Kedah, ada ikan rebus goreng. Sedap katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Ujie. Kat sini ada kedai jual nasi goreng ikan rebus. Memang sedap!

      Delete
  7. Berselera anak2 makan air tangan ibu.

    ReplyDelete