Larian untuk 3 hari dan Rumusan April

 29 Ramadan 1443 Hijrah. 

Semenjak dua menjak ni, saya sibuk sikit. Tak sempat nak update blog.

Mari kita tengok, aktiviti jogging yang saya tak sempat share, ye.

Larian Jumaat


Pada hari Jumaat lepas, bersamaan 29 April, saya sempat jogging sejauh 7.1 km. Alhamdulillah.

Gambar di atas menunjukkan kaki saya, sebelah. Memang, rasa malas menguasai diri. Tapi kita cuma perlu, put one foot in front of the other, and repeat. Tu je. Berusaha!

Larian Sabtu


Pada hari Sabtu, iaitu semalam, bersamaan 30 April, saya telah jogging sejauh 7.74 km. Alhamdulillah.

Gambar di atas menunjukkan blender, yang saya menang, cabutan bertuah, beli tudung. Butik Koleksi Hannah, Manjung, beri peluang pelanggan yang berbelanja lebih RM60 di kedainya masuk cabutan bertuah. Saya pergi dalam minggu lepas, beli tudung raya. Baju raya, saya pakai tahun lepas-lepas punya. Tudung raya je beli baru. Dia orang buat cabutan bertuah masa FB Live, dan nama saya naik, menang tempat kedua, blender jenama Hanabishi. Alhamdulillah. Rezeki tak disangka. Saya ni, jarang-jarang menang cabutan bertuah. Manjang tak bertuah. Huhu.. tak sempat balik rumah, dalam kereta dah ambil gambar blender, pergi ambil di ofis Koleksi Hannah. 😁

Larian Ahad


Pagi tadi, Ahad, 1 May, saya telah jogging sejauh 7.51 km. Alhamdulillah.

Gambar adalah secawan teh panas, yang saya nikmati, masa hari Jumaat lepas. Saya dan suami bawa anak sulung pergi beli baju raya. Dapat baju dia. Petang Jumaat tu, kami pi ambil anak sulung di kolej matrikulasi Gopeng. Dia je tak de baju raya lagi. Ramai betul manusia di Aeon Manjung. Penat. Duduk lah ngeteh kejap. Lega sikit dapat minum ayor panas.

Larian hari ni membolehkan saya dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Berlari di hari pekerja. Tak ramai orang lari pagi tadi. Saya dan sorang kawan. Dia memang kampung sini je. Saya pula, tak balik beraya di kampung suami tahun ni, sebab dia bekerja di hari raya. Selain kami, adalah 2-3 orang lagi yang jogging. Semua orang luar. Kalau kita biasa jogging di satu tempat, kita boleh kenal muka biasa nampak, muka tak biasa nampak. 

Rumusan Larian April 2022

Bulan April telah melabuhkan tirainya semalam. Mari kita tengok berapa jauh saya berlari di bulan April.


Purata larian dalam sehari: 6.3 km

Jumlah jarak lari di bulan April: 188.3 km

Purata larian seminggu:47.1 km

Jumlah kalori terbakar: 10,275

Alhamdulillah. Saya melebihi sikit je larian di bulan sebelumnya, iaitu Mac. Jarak larian bulan Mac adalah 186.9 km. Boleh rujuk entri rumusan bulan Mac di sini. Tak banyak beza pun. Tapi sebab bulan ni bulan puasa. Saya ingat, saya tak mampu lari. Mula-mula saya ingat satu hari saya mampu buat 5 km je di bulan puasa. Tapi Alhamdulillah, ada kederat buat lebih.

Macamana dengan berat pula?


Berat 1 May 2022: 58 kg

Berat 1 April 2022: 61 kg

Alhamdulillah, saya turun 3 kg. Dapat berat ideal semula, bulan lepas masa berat 61 kg, BMI saya jadi overweight. Nanti kita tengok lepas raya, BMI kekal normal atau jadi overweight semula. Hahaha... makan lemang bagai. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

7 comments:

  1. Kena usaha baru ada hasilnya kan. Rezeki Kak Nur dapat blender. Dekat AEON memang ramai umat manusia, masing masing shopping last minit.

    ReplyDelete
  2. Kena usaha baru ada hasilnya kan. Rezeki Kak Nur dapat blender. Dekat AEON memang ramai umat manusia, masing masing shopping last minit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Fizah. Man jadda wa jadda. Anda buat, anda dapat.
      Alhamdulillah, dapat blender.
      Kan, sabor je la ye. Orang ramai sangat.

      Delete
  3. Tahniah, rezeki beli tudung raya, dpt blender..sebulan turun 3kg, boleh maintain berat ideal 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Nohas.
      Insya-Allah, nak maintain tu yang susah. Dugaan tengok makanan sedap-sedap. Huuu...

      Delete
  4. Bestnya tengok orang keep going ni. Semoga saya pun terinspirasiii ye haha

    ReplyDelete