May half marathon

 15 Syawal 1443 Hijrah.

Semalam, saya pergi beraya di rumah bapa saya. Saya buat cucur ikan bilis dari rumah, untuk bawa ke rumah bapak saya. Siap sos cili dan mayonis lagi, letak dalam bekas.


Sampai rumah bapak, ada bihun goreng dan mee goreng. Kakak sulung saya dari kolumpo pula bawa lemang, rendang ayam, rendang daging, dan kek. Sepupu dari Batu Gajah, dah 2 tahun tak jumpa, pun datang dengan isteri dia. 

Ya Allah, seronoknya, dapat jumpa keluarga. Gaduh, gaduh juga. Bising juga mulut. Tapi makan, makan juga. Cucur ikan bilis yang saya bawak tu la yang habis dulu. Orang cicah dengan rendang. Sekejap dah licin. 


Gambar bapak saya, tengah selfie dengan kami di belakang. I love my family! Syukur Alhamdulillah, 💖💖💖

Pagi tadi, saya tak plan langsung nak buat half marathon. Jogging macam biasa, dengan kawan-kawan. Bila sorang, sorang dah balik. Tinggal saya, saya teruskan juga la, tengok setakat mana kaki boleh pergi. Alang-alang cuaca baik, half marathon terus la. Sebab lemang semalam la ni. Mana datang energy ntah. Alhamdulillah.

Dapat lencana berikut, dari aplikasi Strava.


Selesai cabaran half marathon di bulan Mei.

Dapat email dari aplikasi Garmin, cakap kasut yang saya pakai untuk jogging hari ni, New Balance, dah sampai jarak maksimum lari.


Dia jarak ideal untuk kasut lari, lebih kurang 644 km, menurut Garmin ni. Tapi saya, selagi boleh pakai, pakai je. Banyak kasut lari saya sebelum ni, saya belasah sampai lebih 1,000 km. Bila kita pakai kasut, dan kaki kita dah start rasa sakit atau tak selesa, baru saya stop pakai. Contoh, bila lari pakai kasut tu, tumit kita rasa sakit ke. Itu tanda tapak dah haus sesangat la tu. Sila beli kasut baru. 

Hujan di Manjung. Sama macam semalam, dari Manjung ke rumah bapa di Chenderong Balai, hujan all the way. Lama tak hujan, asyik panas je. Alhamdulillah. 

Adakah anda masih beraya? Selamat, ye.

Jumpa lagi.

6 comments:

  1. Kami masih beraya Nur.
    Agaknya melepas dendam 2 tahun tak beraya hahaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ye la kan, Amie. Takpe, raya sebulan. :)

      Delete
  2. tahniahnyer asek berjogging je.. ;p

    ReplyDelete
  3. raya juga marathon pun dpt juga, hehehe. slamat hari raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Nina. Maap zahir batin. :)

      Delete