Cerita 4 hari

 8 Syawal 1443 Hijrah.

Puasa qada, day 7. Dah selesai puasa 6 semalam. Sambung puasa lagi esok lusa, bayor hutang. 

Sibuk juga, ke sana, ke sini, tak sempat update blog. Maapkan saya, ye.

Saya tetap pergi jogging juga, macam biasa. Lari tu, my 'Me' time. Kalau tak lari, boleh meroyan kot. 😅

Larian Jumaat


Pada hari Jumaat lepas, saya jogging sejauh 8.11 km. Bila start awal, dapat buat lebih. 

Gambar di atas adalah gambar arwah mak saya, bersama bapa saya, dan anak sulung saya, yang waktu tu masih baby. Saya rindu beraya zaman anak-anak masih kecil. Zaman mak saya masih ada. Bila mak dah tak ada, tak ada erti raya dah. Rasa menang sikit, sebab berjaya tingkatkan usaha dalam pergi terawih, puasa dan mengaji di bulan ramadan. Hidup diteruskan, tetap masak juadah raya demi anak-anak dan tetamu yang datang berkunjung. Tapi hati rasa sayu je. Sehingga ke hari ini, saya masih belum cium tangan bapa saya. Dia dah berkahwin lain dan hidup di tempat lain dengan keluarga barunya. Insya-Allah, saya akan jumpa bapa hujung minggu ni. 

Selagi orang tua anda masih ada, balik la, jumpa dia orang. Jauh ke, dekat ke. Kita tak tahu, tahun depan, boleh jumpa dia orang lagi ke tak. Tak dia orang pergi, entah-entah kita yang pergi dulu. Bawa anak-anak jalan beraya sama, kenal saudara-mara, merapatkan silaturrahim. Mak saya meninggal tahun 2012. Dah 10 tahun dah dia pergi. Tapi lubang kat dada tu masih ada. Rasa lopong je. 😭

Larian Sabtu


Pada hari Sabtu lepas, saya jogging sejauh 7.4 km. Alhamdulillah.

Lepas lari, bercucuk-tanam sekejap di rumah. Cabut rumput dan membaja. Gambar di atas, saya dengan topi tukang kebun.

Larian Ahad


Pada hari Ahad pula, saya jogging sejauh 7.24 km. Pace tetap maintain pace siput, 10 je.

Gambar adalah nasi goreng yang saya masak waktu sahur. Nak kata sedap tu, takde la sedap sangat. Tapi laku la juga, sebab makcik nasi lemak belum buka kedai. Jadi, makan je la apa yang dimasak di rumah. 😁

Hari Ahad juga saya dan suami pergi hantar anak sulung balik ke kolej. Sayunya hati lepas hantar anak. Masih dalam proses belajar untuk redha. Anak kita pergi belajar. Kena belajar untuk lepaskan dia. Agaknya, camni la mak kita rasa, masa kita balik hostel zaman belajor dulu. Kena doa banyak-banyak, semoga anak dalam lindungan Allah sentiasa.

Larian Isnin


Hari ni, hari Isnin, saya jogging sejauh 7.55 km. 

Gambar adalah semasa dalam perjalanan balik ke rumah, lepas hantar anak kolej semalam. Suami ajak jalan-jalan jauh sikit, ikut Tanjung Tualang, lalu Kampung Gajah, Seberang Perak, dan Lekir. Saya suka lalu kawasan ada sawah padi. Hijau. Sayup mata memandang. Teringat dulu waktu kecik, masa sekolah rendah, saya pergi mengaji di rumah Tok Wan, tengah bendang. Kaki selalu kotor. Pakai selipar je. Biasa kalau melekat kat batas sawah tu. Lecah. Nasib tak baik, kena lawan dengan kambing garang dulu. Hehe.. kenangan betul.

Pagi tadi, masa sahur, saya makan spiral ni tau.


Saje nak try.


Ha, ni la. Masa beli barang dapur, ternampak kat supermarket. Macam masak maggi la juga. Saya dah try yang Prego Macaroni and cheese. Boleh tahan. Yang spicy seafood spiral ni, kurang sedap, pada pendapat saya. Hehe. Tapi, boleh la nak makan isi perut, kalau lapor.

Untuk makan tengahari suami dan anak-anak, saya masak gulai daging.


Gulai in-the-making. Belum siap lagi, masa saya ambil gambar di atas. Lama tak masak gulai daging. Gulai ayam selalu. Hehe.

Selamat bekerja, pada pembaca blog saya ni, yang sudah mula bekerja hari ni. Semoga hari anda ceria-ceria belaka.

Jumpa lagi, ye. 😊

8 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan harian cikkak Nur ye.. aminn

    ReplyDelete
  2. sayu hati dgr luahan hati yg merindu ibu yg telah tiada...ibubapa tiada pengganti..
    sedapnya gulai daging...bila makan, buh kicap sikit..perghh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Nohas, hargailah ibubapa selagi dia orang masih ada.
      Ooo, kalau Nohas buh kicap. Saya pulak, kalau makan gulai daging, kena ada budu. Peh! Hehe..

      Delete
  3. Rasanya tak sanggup nak lepaskan anak2 belajar jauh2 sebab anak saya 2 orang je. Kalau sorang takde pun dh sunyi rumah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. tapi apa nak buat. Di luar bidang kuasa kita, penempatan yang anak kita dapat waktu apply U. Ooo, anak Carneyz 2 orang. Betul la tu, sunyi bila tak cukup korum di rumah.

      Delete
  4. Selagi mereka masih ada, jenguklah dan berbaktilah. Rindu yang tiada penghujung..sayu...
    Cantik kawasan sawah padi, suka tengok permandangan hijau. Apa yang ada kat rumah kita bedal je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Hargai orang tua kita, selagi mereka masih ada.

      Delete