Larian Khamis dan Rumusan Mac

 Pagi tadi, pergi jogging macam biasa. Tengah jogging, hujan turun. Tapi teruskan juga. Hujan sikit. Lepas tu, hujan pun berhenti. Ada pelangi kecil di langit.


7 km lebih jogging pagi tadi.
Gambar di atas adalah gambar bunga dari rumpur liar yang tumbuh depan rumah. Cantik bunga dia.

Bila sampai rumah, masa dalam bilik air, hujan turun dengan lebatnya. Masa saya tengah taip entri ni pun masih hujan, tapi tak selebat tadi.

Alhamdulillah. Hujan turun. Sejuk jadinya. 

Hari ni, kita dah pun berada di hari terakhir di bulan Mac. 


Jarak larian bulan Mac adalah sebanyak 186.9 km. Melebihi jarak larian di bulan Februari, iaitu 153.7 km. Ada improvement dari segi jarak. Bulan April ni, bulan puasa, jadi saya rasa, jarak larian tak banyak kot.


Dari segi kekerapan larian di bulan Mac, saya tak lah pi jogging hari-hari. Banyak juga rongak, seperti gambar di atas. 

Purata jarak dalam sehari: 6 km
Jumlah jarak larian Mac: 186.9 km
Purata jarak seminggu: 46.7 km
Jumlah kalori terbakar:10,255

Syukur Alhamdulillah atas nikmat lari yang Allah bagi. Saya akan tetap lari di bulan puasa, (kalau rajin). Insya-Allah. Tengok la camana. Tapi buat sikit je la. Setakat 10 ribu langkah ke, dalam sehari. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

6 comments:

  1. Selamat berlari.
    Saya pula bulan Mac tidak dapat brisk walking. Panas betul. Ada hari saya macam kebingungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, NA.
      Kenapa tu? Dehidrated ke? Ye, tu saya pilih pagi untuk beriadah. Kalau petang, cuaca panas betul.

      Delete
  2. Ya kut. Panas tapi habiskan juga jalan. Balik memang teguk air.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik dah balik baru hujan lebat. Susah jugak tu kalau basah lencun balik rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dulu pernah sekali angin gila datang, hujan-hujan pun akak jogging juga, Fizah. Seronok sebab sejuk. :D

      Delete