Selamat Hari Raya Terkejut

 Selasa, 2 Syawal 1443 Hijrah.

Saya takde la kelam kabut sangat lepas pengumuman raya tu. Sebab barang-barang mentah saya dah siap beli awal-awal. Cuma pertama kali la, saya masak rendang waktu malam. Quick defrost ayam guna microwave, dan start la masak. Malam raya aritu, saya masak rendang ayam dan nasi briyani. Pukul 12 baru habis masak. Ngantuk sangat, pastu lupa amik gambar. 


Pagi raya baru saya ingat nak ambil gambar. Tinggal banyak ni je rendang. Saya dah bagi suami bawa bekal pi ofis, anak-anak dan saya dah makan, bila buka periuk, alahai... cepatnya habis rendang saya. Saya buat berkuah, tak kering pun. Rupa dia macam ayam masak lemak, tapi rasa dia macam rendang. Masak malam, kunyit halia pakai potong je, rabun malam.


Nasi briyani pun tinggal banyak ni je di pagi raya. Sebab lauk rendang dah agak sikit, saya masak satu lagi lauk di pagi raya.


Ayam masak merah. Ok ler tu. Masak untuk dimakan. Alhamdulillah, semua habis. Tiada pembaziran. Anak-anak laki yang sedang membesar memang makan banyak. 

Lepas habis masak ayam merah, tengah melayan drama raya, kakak-kakak ajak video call.


Kakak paling tua, ada di KL. Kakak tengah beraya di Kuching. Bermaaf-maafan di video call saja. Alhamdulillah.

Suami saya kerja di hari raya, dari pukul 2 pagi, sampai 4 petang. Bila dia balik petang, barulah kami beraya dan amik gambar sama-sama.

Saya dan suami.

 
Anak kucing pun sibuk nak amik gambar juga.

Keluarga saya.

Selamat hari raya kepada semua pembaca blog saya ni. Minta maaf kalau saya ada salah silap, terkasar bahasa, semasa menulis di blog, mahupun tinggal komen di blog anda. Stay safe di hari raya, hati-hati di jalanraya dan semoga anda semua dirahmati Allah. 

12 comments:

  1. Selamat hari raya Nur...samalah kita, maafkan salah & silap di alam maya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, nohas. Salam 0-0 ye.

      Delete
  2. selamat hariraya maaf zahir batin cikkak Nur & famili ittteww., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Wak. Minta maaf ye, Wak.

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Nur n family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Ako dan family juga. :)

      Delete
  4. Selamat hari raya...maaf zahir batin...follow sini ye...salam kenal jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Suria Amanda. Terima kasih, follow saya. Nanti saya menyusul ye. Salam kenal. :)

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Kak Nur!!!! Kita pun tak kelam kabut sangat raya sebab memang dah potong semua daging and baru masuk dalam peti ais petang , then pengumuman raya kita keluarkan sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Nadia. Maap zahir batin ye. :)
      Wah, dah siap potong daging. Senang kerja malam raya tu.

      Delete
  6. Sama macam raya PKP, konsep raya masing masing mana yang sempat buat je lah. Bagus tak ada pembaziran berlaku. Memang tak cukup tidur dan penat raya kali ni. Tapi kemeriahan yang dirindui.

    Selamat Hari Raya,
    Maaf Zahir & Batin
    Kak Nur sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fizah, bila raya kelam kabut tu la, kenangan manis buat kita. Kalut tapi seronok. :D
      Selamat hari raya buat Fizah dan keluarga juga. Maap zahir dan batin.

      Delete