Minggu baru, hari baru

 Isnin, 29 Syawal 1443 Hijrah.

Semalam, hari Ahad, saya cuti dari berlari. Saja, berehat. Pergi keluar sarapan di luar dengan suami dan anak-anak.

Pagi tadi, minggu baru. Bangun awal pagi, goreng popcorn chicken, wantan dan masak nasi goreng. Pergi jogging semula, macam biasa.


Buat 10 km. Panas cuaca hari ni. Alhamdulillah.

Sarapan di rumah sahaja. Suami ada, dia kerja masuk shif petang. Dia bawa anak bongsu pergi gunting rambut. Anak bongsu sekolah sesi petang. 

Lepas tu, saya dan suami pergi keluar berdua ke pasaraya TF, beli barang dapur. Banyak barang rumah dah habis.

Suami tapau KFC. Jadi, tak perlu masak hari ni. 😁 🠈🠈🠈 ni muka saya sepanjang hari bila tak perlu masak untuk tengahari dan malam.

Lepas zohor, tengok rancangan ulangan anugerah meletop yang disiarkan semalam secara langsung. Semalam saya tidor.

Suami masuk kerja. Sebelum pi kerja, dia kata, tak perlu ambil anak bongsu balik sekolah, sebab anak kata, nak balik jalan kaki. 🤯 🠈🠈🠈 ni muka saya bila suami kata anak nak balik jalan kaki.

Anak bongsu saya ni, saya selalu ajak jogging dengan saya, tapi tak pernah nak ikut, bila hari tak sekolah. Dia punya badan semangat sikit. Bukan sikit, tapi agak banyak juga, BMI obese. Ok, ni mesti ada awek cakap dia gemuk, suruh dia kuruskan badan sikit. Marilah kita tengok ye. Berapa hari dia larat nak jalan kaki balik rumah. Jarak antara sekolah dan rumah, kurang dari 1 km. 😝

Semoga hari anda pada hari ini berjalan dengan lancar.

Jumpa lagi, ye.

11 comments:

  1. Kalau dahulu pergi dan balik sekolah jalan kaki. Penat rasa sebab jauh dan beg berat.
    Hehe harap-harap bertahan. Cuaca panas betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita, NA. Ha ah, bag berat. Memang lenjun la baju sekolah dulu.
      Betul. Cuaca panas sangat sekarang ni.

      Delete
  2. chaiyok2 utk si bongsu..semoga bertahan....

    ReplyDelete
  3. Ooo... tak jauh juga jarak sekolah dengan rumah. Bolehlah tu bakar kalori kalau rajin jalan pergi dan balik sekolah setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, agak dekat juga, Amie. Cuma ada halangan macam anjing dan kereta yang laju-laju. Lalu jalan utama. Time melintas kena hati-hati sikit.
      Kann... itu la, boleh kurus kalau jalan kaki hari-hari. Baru sihat.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen Amie masuk spam. Saya kena pergi ke Comments, dan klik 'Not Spam', baru komen Amie keluar di entri.

      Delete
    2. Tapi komen Amie ada je masuk sebagai notification di email. Jadi, tuan blog la, kena alert untuk klik Not Spam.

      Delete
  5. wahh bestnyer ada anak bongsu dh besar panjang kannns.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Alhamdulillah, Wak. Dah besar panjang, lain pulak ragamnya, Wak.

      Delete