Resepi kueh Siput sukatan cawan

 Kueh siput ni, sesuai untuk orang yang nak buat kueh raya, tapi rumah takde oven. Kueh ni, kita goreng je. Mari kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.


Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum

1/2 cawan marjerin Planta

2 biji telor

1/4 cawan santan (untuk diuli sampai lembut)

1/2 sudu teh jintan manis

1/2 sudu teh lada hitam

1/2 sudu teh serbuk kari

Garam, secukup rasa

Beberapa tangkai daun kari untuk dicampak masa menggoreng


Ini adalah acuan siput. Ambil secubit adunan, bulat-bulat, dan gelek atas acuan siput di atas. Acuan ke? Ala, bahan nak buat kulit kueh tu jadi macam siput, bergaris-garis.

Cara membuat:

Dalam satu bekas besar, masukkan tepung gandum, marjerin, telor, jintan manis, lada hitam, serbuk kari dan garam secukup rasa.

Kacau rata dan uli guna tangan. Masukkan santan sikit demi sikit, sampai doh tidak melekat di tangan.

Bila doh kita dah tak melekat, pindah tempat. Bawa mangkuk doh kita, dan 2 biji pinggan besar dan acuan siput kita, pergi buat depan tv. Sebab nak buat sampai habis adunan, boleh makan masa sampai lebih 1 jam, ok. Itu kalau 2 orang buat. Kalau sorang buat, mau 2 jam kot. Ajak sekali anak-anak buat sekali. Jangan lupa sebelum start projek siput, beli acuan siput banyak-banyak. Boleh buat kueh siput secara berjemaah, cepat siap.

Cubit sikit doh, bulat-bulatkan, dan gelek atas acuan siput, guna ibu jari. Dia akan jadi macam siput kat tepi laut tu, rupa dia.


Macam ni la rupa dia, sebelum digoreng. Sebelah kanan suami buat, belah kiri saya buat. Dia ikut ibujari kita la, kalau besor, besor la jadinya siput tu. Kalau budak kecik buat, lagi la cute je. Kalau boleh, cuba seragamkan ye saiz dia. Nanti bila goreng dalam kuali, takut yang besor belum masak, yang kecik dah garing hitam.

Dah habis adunan kita buat, boleh la masuk dapur, goreng.

Minyak tak payah banyak sangat. Tak perlu deep fry pun. Macam kita nak goreng ikan bilis nak masak sambal tumis, minyak kita tak banyak pun kan. Gitu la. Goreng sikit-sikit tengok besor kuali kita. Sebab kita nak kacau selalu masa dia goreng, supaya masak sekata dan tidak hangus. 

Bila minyak dah panas, masukkan daun kari yang di tarik dari setangkai daun kari. Minyak pun akan meletop. Pastu, masukkan kueh siput kita banyak mana yang boleh.


Untuk adunan saya buat ni, 4 kali goreng. Kuali kecik. Sejukkan sebentar. Tos dengan tissue dapur ye bila angkat dari kuali.


Alhamdulillah, bila dah masuk balang, dapatlah 1 setengah balang. Nak buat ambil masa berjam-jam. Nak habiskan, sekejap je, nak. Kebas kaki acik bersila atas lantai.

Sekian.

Selamat mencuba.

9 comments:

  1. Sedap kuih siput. Saya suka makan je tak suka membuatnya. hehehe..agak leceh jugak tu. Kena buat ramai ramai baru cepat siapnya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fizah. Kueh siput ni memang sedap dan paling cepat habis la. Hehe.

      Delete
  2. Sedap kuih siput. Saya suka makan je tak suka membuatnya. hehehe..agak leceh jugak tu. Kena buat ramai ramai baru cepat siapnya kan.

    ReplyDelete
  3. Kalau org jual mahal, mmg berbaloilah..letih nk mmbuatnya...ralit mngunyah koi siput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ngeye, Nohas.
      Kan, sedor-sedor abis koi. :D

      Delete
  4. rajinnyer buat kueh siput kiut miut itttewww., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri, best, Wak. Yang beli punya, tak sedap. :)

      Delete
  5. Ni kena raya rumah akak ni sebab nak bawak lari kuih siput tu sahaja. Saya suka kuih ini sangat - sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kalau mai Perak, singgah la umah akak, Nadia. Nanti akak bagi 1 balang koi siput. :)

      Delete