Makan ikan lebih sihat banding makan ayam

 Selasa, 23 Syawal 1443 Hijrah.

Pagi tadi, lepas hantar anak kedua ke sekolah, barulah saya pergi jogging.


Agak lewat, pukul 7.20 pagi, baru start. Matahari dah naik. Baru jogging satu round, singgah kat kereta, ambil topi, pakai waktu jogging. Dapat juga habiskan 10 km. Layan kaki. Kawan-kawan dah balik, sebab dia orang datang awal. 

Gambar di atas adalah sarapan saya dan suami, pagi tadi. Suami saya, baru balik kerja shif malam. Pukul 8 pagi, dia habis kerja. Tanya suami, nak sarapan di rumah ke, di luar? Dia kata, luor ler. Hehe..

Pergi kedai makan yang nama dia, De' Perahu. Masa tiba di kedai makan, sudah hampir pukul 10 pagi. Makan nasi la. Saya ambil kuah gulai. Kami share ikan bakar. Ada ambil sambal belacan campur air asam, dan budu juga, bersama ulam. Lama tak minum nescafe tarik. 

Agak masin air asam dia. Susah nak cari kedai makan yang lauk dia tak masin. Eh, komplen pulak ye. Kalau nak sedap, masak sendiri la kat rumah, ye dak? Hehe... 

Saya cadang kat suami, kita masak nasi je kat rumah, jom kita tapau lauk. Dia kata, ok je, asalkan kita tapau lauk kat kedai lain. Kedai ni, lauk dia masin. 

Pergi kedai biasa saya pi tapau lauk, Kedai Cek Yah. Kakak tukang bungkus lauk ngadu, pasal isu ayam la, sekarang ni. Kat sini, beli ayam, ada upah RM0.80, untuk potong ayam seekor. Haha.. saya kata, kat dia, potong sendiri la. Kalau sendiri makan memang boleh. Tapi kalau nak masak kat kedai, dok kerja potong ayam je la, lambat siap masak, satu hari kan masak berpuluh-puluh ekor ayam. Gitu... betul juga cakap dia. Pandangan dari sudut orang niaga.

Pendapat saya? Ada ayam, beli. Takde ayam, kita beli ikan je la. Kalau dia tak jual ayam yang tak dipotong, potong la sendiri. Kalau dia insist jual ayam, mesti potong dengan dia, bayar je la kalau tak tau potong. Kalau tak nak jual ayam yang tak dipotong, kita tak yah la beli. 

Macam musang king tu, bila kita tak beli, dia merayu, cakap beli lah, beli la. Habis tu, harga mahal, buat apa beli, berat kulit je. Isi ada berapa ketul, baik makan durian kampung. Dalam kes ayam ni pun, kalau rasa mahal, tak payah la beli. Biar pengedar ayam rasa camne. Dia kata, sekarang musim panas melampau, ayam takde selera makan. Macam kelakor je. Apa pun, pilihan di tangan kita. Tepuk dada, tanya selera.

Apa pendapat anda? Tempat anda ada banyak bekalan ayam? Kalau beli ayam mentah yang dipotong, ada extra caj tak?

Ok la ye. Jumpa lagi.

10 comments:

  1. Memang susah tak ada ayam terutama jika isi rumah jenis suka makan ayam. Senang bagi anak makan ayam agaknya sebab tak banyak tulang macam ikan.. hihi.

    Hari tu adik sy kena 49 sen per kilo, upah potong ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, anak kecik memang lebih suka ayam banding ikan, kan, SK.
      Oh, ada caj juga, ye. Dulu takde pun upah potong ayam ni.

      Delete
  2. wahh, baru singgah umh (blog) cik Sunahsakura sat td tunjuk nasi ayam penyet ada ulam raja., last weekend wak mkn nasi ayam penyet kt JB tapi xde ulam raja mcm biasa., huhuhu

    ps. reply comment kamu dlm blog wak psl jauh beli meja ikea tebrau JB sbb wak PJJ kann., anak nk start keje kat KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu, Wak, nasi ayam penyet.
      Ooo, gitu ceritanya.

      Delete
  3. Dengar isu ayam.
    Makan apa ada. Sebenar muak makan ayam. Hehe.

    ReplyDelete
  4. org berniaga ni nak pelbagai lauk ikut permintaan pelanggan...sbb tu kena beli ayam jg.
    kalau nasi campur, lebih suka lauk ikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, nohas, kesian orang yang niaga.

      Delete
  5. Dulu makan ayam sekali-sekala saja. Sekarang sesekali kurang ayam, risau pula nak masak apa. Kita dah muak dengan ayam. Anak-anak pula tak ada ayam tak mahu makan hihihiii.

    ReplyDelete