Lari, makan, repeat

 Khamis, 4 Syawal 1443 Hijrah.

Puasa qada serta sunat Syawal, Day 3.

Semalam saya pi jogging. Solo lagi. Kawan-kawan masih beraya. Saya ni je la yang dok tercongok, tak kemana-mana, suami bekerja. Huwaaa.... kena sabor banyak-banyak. Seronok kome ye... jalan sana, jalan sini, dah beraya, pi holiday pulak. Huwaaa....

Hehe.. takde la, saya ok je. 


Larian semalam adalah sejauh 7.05 km. 

Lihatlah langit nan membiru. Cuaca sangat baik. Syukur, Alhamdulillah...

Semalam, saya masak daging hitam. Pertama kali tau, rujuk resepi dalam majalah Rasa keluaran Jun 2017.


Penat masa mencuci daging, buang lemak-lemak, yang ada pada daging. Suami saya beli daging 2 kilo. Saya buang lemak-lemak untuk 2 kilo daging tu. Saya bahagi 2. Jadi, untuk masak hitam ni, saya guna daging 1 kilo, lebih kurang. 1 setengah jam berdiri dok siang dan potong daging ni. Pengsan acik. 

Mak ai, hitamnya daging masak hitam dalam gambor di atas. Dia tak cukup pakai Qu Puteh.

Tapi rasanya, orait sesangat. Alhamdulillah, jadi.


Pagi tadi saya pergi jogging juga. Dah ada sorang kawan join. Ha, syok sikit. Kat tempat jogging tu pun, dah makin ramai orang beriadah, berbanding semalam dan hari-hari lepas.

Larian pagi tadi adalah sejauh 7.81 km. 

Gambar di atas, Oyen dan Puteh, datang pada saya, masa saya tengah duduk bawah pokok ceri. Pantang tengok tuan dia nak lepak sikit, mula lah datang nak manja. 😁 Nyampesss...

Sejak kebelakangan ni, di kawasan sini, restoran mamak memang penuh dengan manusia. Pagi, orang dok tapau roti canai. Tengahari, orang dok tapau nasi kandaq, penuh laaa... tak kasi can kat kita langsung deme ni.

Takpe, kita masak maggi goreng sendiri.


Takde lauk leftovers kat rumah. Guna fishcake dan telor je, untuk goreng maggi di atas. Boleh la tu, buat lapik perut anak-anak.

Suami ajak buka puasa di luar hari ni. Lepas maghrib, boleh la pi. Yay! Harap kedai tomyam tak penuh macam mamak.

Ok la ye. 

Jumpa lagi, ye.

8 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Nur sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Amie. Maaf zahir batin. :)

      Delete
  2. Lama tak dapat momentum untuk lari jauh2.. StanChart marathon pun dah 4 tahun tak join. Entah ada lagi atau tak dah ye. Daging masak hitam Opah Leha wangsa maju best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, Standard Chartered, tapi versi virtual la. Tahun ni, mesti ada balik.
      Wah... saya tak pernah cuba lagi Opah Leha Wangsa Maju punya daging masak hitam. Maklumlah, saya tinggal di Perak. Tapi, kalau orang dulu-dulu masak, memang sedap lauk ni.

      Delete
  3. Nak tunggu recovery gigi je ni untuk buat aktiviti fizikal kaw kaw. Sekarang ni rasa cam takut takut nak jauh dari rumah takut tetiba derita di luar tidak tertanggung hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula, slow-slow je, Nadia. Nanti badan terkejut, lama tak bersenam.
      Semoga Nadia cepat recover ye. Amin.

      Delete
  4. Nak memasak tu leceh kan. Dapat rasakan kepenatan nak membersihkan daging tu. Sakit pinggang takleh bawak bincang. Dah siap, sekejapan je boleh habis. Takpe kak Nur, nanti husband ada masa bolehlah jalan raya pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Tapi sekali-sekala je masak daging ni. Boleh la. Beli daging batang pinang mahal pulak. Daging campur, camtu la, banyak lemak kena buang.

      Delete