Larian Selasa

3 Ramadan 1443 Hijrah.

 Pagi tadi, sahur bertiga. Suami kerja shif malam. Jadi mak ni, uzur ke, tak uzur ke, kena bangun sahur sediakan makanan untuk orang berpuasa. Kalau tak sahur, kesian kat anak-anak, camana nak bertahan, nak belajar di sekolah. Semangat! Niat kerana Allah. 

Anak kedua hari ni ok. Sampai sekolah sebelum loceng berbunyi. Alhamdulillah. 😊

Lepas hantar anak sekolah, saya pergi jogging.


Sempat jogging 7 km hari ni. Mula-mula saya sorang. Lepas tu, ada kawan join. Alhamdulillah. 

Gambar di atas adalah gambar perkampungan nelayan di Kampung Permatang, Manjung. Dekat sini, ada kedai roti canai yang sedap. Kuah kari kambing. Saya ambil gambar ni, masa sebelum bulan puasa. Sini tenang je. Pernah juga berangan dok kampung, pergi mancing sama-sama suami. Dapat ikan, boleh buat lauk. Tak payah ke pasar dah. Hehe..

Balik jogging, saya singgah kedai runcit. Tengok ikan apa ada. Ikan cencaru je nampak segar. Saya beli 6 ekor. Balik rumah, lepas mandi, saya masak ikan singgang. Sambal belacan pun ada buat juga. Nasi je nanti petang baru masak. Alhamdulillah. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

4 comments:

  1. Saya sempat puasa Ramadan pertama.
    Awal masak tapi saya pun suka buat persiapan awal. Hampir berbuka menunggu sambil tengok tv. Hehe kalau teringat doa ketika itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula, baru hari pertama puasa hari ni.
      Betul tu. Petang boleh rehat ke, ngaji ke. Siapkan kerja rumah dulu awal-awal, kan.

      Delete
  2. Iyee, begitulah mak mak. Kena gigih siapkan segalanya. Tempat akak jogging semua view cantik cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Berusaha! Akak pergi Kampung Permatang dalam gambar di atas tu, pergi makan roti canai, Fizah, sebelum bulan puasa. Tempat jogging akak, view kurang menarik. Hehe..

      Delete