Tukar angin

 18 Ramadan 1443 Hijrah.

Semalam cuti umum Nuzul Quran. Kebetulan suami pula off kerja. Dia ajak nyongkit Ipoh. Saya on je. Tak beli pun baju raya. Beli keperluan harian saja. Singgah zohor di Masjid Batu Gajah. Tempat ambil wuduk wanita berkunci. Saya ambil wuduk dalam bilik air. 😞 Tempat solat wanita tingkat 2. 

Lepas tu, pergi pasar ramadan Batu Gajah, depan TF tu. Beli makanan untuk berbuka. Dalam pukul 4 petang camtu, hujan turun selebat-lebatnya dengan angin dan kilat. Huuu... takut. Nasib sempat beli semua, cepat-cepat masuk kereta. Sampai Seri Iskandar masih hujan. Bila sampai Lumut, terang benderang panas. Perbezaan cuaca di tempat berbeza.

Pagi tadi, lepas hantar anak sekolah, saya pergi jogging di Esplanade Lumut. Lama tak kesini. Saya tukar tempat jogging sebab tempat biasa saya pergi tu, ada bau busuk. Bau baja. Tuan tanah kelapa sawit tengah nak membaja. Dia punya bau... omaigod! 

Saya buat setakat 10 ribu langkah saja pagi tadi, lebih kurang 6 km. Tak sampai 1 jam pun beriadah. Lenjun. Peluh banyak keluar. Air, tak cukup masa nak minum dengan banyak. 

Gambar di atas, sepasang kucing sedang ber-dating. Kucing puasa. Jaga jarak antara satu sama lain.


Gambar pondok dari sudut berbeza. Mengadap laut. Sini memang tempat bagus untuk beriadah. Hati tenang, dapat tengok laut. Kalau anda bernasib baik, boleh nampak memerang sekeluarga berenang pagi-pagi, cari makan. Kalau datang awal pagi dan langit masih gelap, sini ada banyak lampu spotlight, jadi memang cerah dan selamat jogging sini. Tiada anjing. Pekerja majlis pun ramai.

Balik rumah, masak daging goreng kunyit. Rebus dulu daging sampai empuk. Bila air dah kering, keluarkan daging dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit. Panas api, tumis bawang dan cili api. Masukkan daging, kacau-kacau, dan siap. Harap cukup rasa. Tak sabor nak tunggu waktu berbuka. Hehe..

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

4 comments:

  1. Jauh ke antara Lumut dan Ipoh?
    Hehe nyongket jauh sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak jauh juga, NA. Dalam 70 km lebih.
      Ye, bila suami tak kerja baru dapat nyongket jauh-jauh. :)

      Delete
  2. Saya fail bab geografi nak memahami gerak geri di Perak. Waktu nuzul Alquran saya tak jalan kemana - mana sebab tahu sesak KL ni waktu cuti seminggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Nadia... KL tu, lagi la ramai orang. Kat sini, jangankan kedai baju, kalau nak berbuka puasa luar, pukul 6.30 petang orang dah duduk cop tempat kat kedai makan. :D

      Delete