5 Ramadhan 1443 Hijrah.

Hantar anak ke sekolah. Kemudian, pergi jogging.

Apa pandangan anda bila tengok orang berjogging di waktu pagi di bulan puasa? Mesti ada yang terfikir, hmmm... ni mesti tak puasa, ni, betul tak?


Jarak jogging hari ni, dapat 6 km. Sangat lah santainya, pace 10.

Gambar di atas adalah salah sekor kucing saya, nama Oyen. Dia memang manja sangat. Suka naik atas saya bila saya duduk kat buaian.

Masa saya taip entri ni, hujan sedang turun dengan lebatnya. 

Pada pendapat saya, di bulan puasa ni, jogging waktu pagi jauh lebih senang dari jogging waktu petang. Bila waktu petang, saya kena prepare lauk berbuka. Lagi satu, kena ambil anak bongsu yang sekolah sesi petang, pukul 5.30 petang. Tahun lepas, saya ada jogging waktu petang. Lepas tu, rasa perut keras, masuk angin, macam gastrik. Tenaga tu ada, tapi cuaca petang biasanya panas. Itu yang saya lebih suka jogging waktu pagi, walau pun saya puasa. 

Tak rasa macam nak minum air ke, balik jogging? Tak. Betul. Sebab kita baru lepas sahur. Jogging tu, tutup la mulut, supaya mulut tak kering. Saya riadah 1 jam je. Buat setakat 10 ribu langkah. Kalau tak pernah try, mesti rasa macam tak larat je, nak riadah di bulan puasa. Tapi, bila kita try, bukanlah mustahil pun. Runners yang biasa lari pagi, bulan puasa pun dia akan tetap berlari pagi. Rasa badan lebih ringan dan segar. Begitulah pendapat saya. Tapi benda ni subjektif. Ramai orang lebih suka berlari waktu petang di bulan puasa. Terpulang lah pada badan masing-masing.

Ok lah. Jumpa lagi. 😊