Salam Jumaat

 13 Ramadan 1443 Hijrah

Masa bangun sahur pukul 4 pagi tadi, hujan. Tak tahu dah hujan sejak pukul berapa. Tidur memang tak sedar diri waktu malam sekarang. Suami balik kerja tengah malam pun tak sedar. Dia kata, saya dengkur,"Kroh.. kroh.." 😅

Saya keluar jogging seperti biasa.


Dapat jogging 7.25 km pagi tadi. Alhamdulillah.

Gambar menunjukkan pokok limau kasturi. Biasa ambil bila nak buat sambal belacan.

Malam ni, tak dapat pergi terawih masjid. Sebab nak ikut suami ada majlis berbuka puasa ofis dia. Dah kurang orang dah tau, walaupun baru malam ke 13 semalam. Cepat benor orang buat kueh raya. Bila yang buat 8 balik, lagi la tinggal berapa kerat je yang buat 21. Kat masjid yang saya biasa pergi tu la. Tempat lain, wallahualam.

Baiklah. Jumpa lagi. Semoga hari anda ceria hari ni. 😊

8 comments:

  1. Salam Jumaat..Nur...blog baru!

    kat sini, buat 8 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ye, nohas. Blog baru. Long time no see. :D
      Saya pun buat 8 je, walaupun masjid buat sampai 21. Tengok la malam ni, macam nak cuba buat. Insya-Allah.

      Delete
  2. Hehe itulah mak saya cakap. Takpelah sangka baik mereka bertarawih di rumah macam saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Atau biasalah, ada hal kan. Tak dapat terawih masjid.

      Delete
  3. Hahaha... kalau menghampiri pertengahan Ramadan memang dah mula buat kuih ceritanya. Tahun ni banyak tak Nur buat kuih raya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum buat satu pun lagi, Amie. Tengah tunggu semangat membaking datang. Hehe..

      Delete