Half marathon April

 Pagi tadi, saya buat half marathon (HM).

Half marathon adalah larian sejauh 21.0975 km. Dia separuh dari full marathon.

Saya dah lama sangat tak buat HM. Dah berbulan-bulan. Last sekali saya ber-HM adalah pada bulan Disember 2021.


Cuaca agak panas. Pipi saya dah rasa terbakar. Tudung saya jenis selimpang. Jadi, saya pin tudung atas sikit, untuk tutup muka. Guna apa yang ada. 

Alhamdulillah, habis juga. Solo je. 

Saya dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Juga, menerusi aplikasi Strava, saya dapat badge berikut.


Syukur Alhamdulillah, atas nikmat sihat yang Allah bagi.

Selamat berpuasa pada semua pembaca blog saya ni. Semoga kita semua dapat fokus untuk perbaiki amal ibadat kita pada tahun ini. Buat untuk cari redha Allah. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💓

4 comments:

  1. Bagus kak Nur sentiasa bersemangat dan jaga kesihatan. Selamat berpuasa Kak Nur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa pada Fizah juga. Semangat tu, kadang ada, kadang ke laut juga, Fizah. :D

      Delete
  2. Semangat buat HM sebelum puasa.
    Selamat menyambut Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menyambut ramadhan, NA. Buat siap-siap HM, boleh rileks dah, jogging santai-santai di bulan puasa.

      Delete