Larian Selasa

 10 Ramadan 1443 Hijrah.

Pada hari Ahad lepas, saya tak jogging. Dah 6 hari riadah, ingat 1 hari tu, nak rehat.

Keesokan harinya, Isnin, iaitu semalam, hujan pula di pagi hari. Off jogging juga. Masuk dapur awal. Masak sambal tumis. Supaya suami boleh bawa bekal buka puasa, sebab dia masuk kerja tengahari.

Pagi tadi, saya jogging.


Jogging sejauh 7.4 km. Alhamdulillah.

Dalam gambar di atas adalah anak kucing baru. Kepala besor belaka. Kaki belakang lembik lagi. Anak kepada Oyen, ada 4 ekor semuanya. Kalau nak tengok Oyen, dekat post ni. Comei budak-budak bulus ni. Kepala besor, telinga kecik. Bapak dia, kaler macam lembu new zealand tu, hitam dan putih. 

Kadang tu, kita nak sangat buat satu benda. Tapi ada perkara lain yang perlu diutamakan. Macam saya, saya nak masuk event lari yang jauh-jauh, tapi saya ada tanggungjawab terhadap keluarga. Semalam masa saya tengok satu kuliah motivasi Ramadan, dari Dai' Izzhar, baru saya dapat jawapan yang pasti. Kalau nak buat sesuatu tu, fikir, "Allah redha tak, dengan apa yang aku buat ni?" Redha Allah juga, dari redha orang tua kita, iaitu ibu dan bapa. Selain redha suami juga, bagi seorang isteri. Saya kurang suka sebut pengorbanan. Mungkin bukan masanya lagi kot. Sebab saya ada anak yang masih bersekolah. Siapa nak hantar dia orang, bila suami bekerja. Lain la kalau dia orang dah besar, dah duduk U ke, baru lah boleh ke sana, ke sini, lari jauh sikit. Mana tahu kan, satu hari, Insya-Allah. 😊

Surah Al-Baqarah, ayat 112

Surah Al-Baqarah, ayat 112 di atas adalah ayat penyedap hati, bila kita sedang sedih. Buat apa sedih-sedih, kan. Allah kan ada. Dia tahu apa terbaik untuk kita.

Eh, saya lupa nak share e-sijil yang saya baru dapat melalui aplikasi Bookdoc.


Untuk Nephro HKL World Kidney Day, berjaya mencapai 100,000 langkah dari 10 Mac-10 April 2022. Free je, cabaran ni, dekat Bookdoc. Dapat e-medal juga.

Oklah. Jumpa lagi, ye.

8 comments:

  1. Terharu saya baca post ini. Saya berada di fasa sedih juga sebab takut nak hadap kehidupan yang jauh lebih mencabar. Dulu belajar tidaklah rasa macm ini. Bila dah keluar dari fasa belajar ini dia jadi macam takut sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikir yang baik-baik saja, Nadia. Doa dan usaha. Insya-Allah, akan berjaya. :)

      Delete
  2. Hehe ya tunggu anak sudah besar panjang Puan Nur.
    Emak dan abah saya sekarang panjang langkah pergi sana sini. Saya jaga rumah. Ini reda emak dan abah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga rumah pun satu tanggungjawap juga, NA. Bagus tu.

      Delete
  3. terbaik senaman utk jaga kesihatan.. aminn 👍👍

    ReplyDelete
  4. Ada off sehari okaylah tu kak Nur. Kalau rehat berhari hari nak mulakan lari tu kadang jadi payah. InshaAllah anak dah besar besar nanti dan pandai berdikari, dapat kak Nur buat aktiviti yang Kak Nur suka. Sabar menunggu masanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Insya-Allah, masanya akan tiba. :)

      Delete