Sahur mamak lagi dan panjut solar

 23 Ramadan 1443 Hijrah.

Ni apehe hari-hari sahur kat mamak ni? Sebenornya, hajat pagi tadi adalah untuk sahur di kedai tomyam. Tapi, kedai tomyam nak tutup dah. Jadi, yang buka, mamak je. Situ la saya dan suami pergi.


Suami order mee goreng dengan air nescafe o.


Saya pula order bihun goreng dan air suam.

Selain tu, kami tapau nasi lauk ayam goreng untuk anak bongsu dan maggi goreng untuk anak kedua. Anak sulung kat asrama kolej, hari Jumaat ni balik, Insya-Allah.


Jogging pagi tadi adalah sejauh 7.69 km. Alhamdulillah.

Gambar di atas menunjukkan panjut, atau pelita kuasa solar, dah pasang di halaman rumah. Lampu solar tu, beli di Mr. DIY. Ada 2 jenis, satu yang lawa sikit, sementara satu lagi yang kecik sikit. Dia pendek je, lampu kuasa solar ni. Dan dia boleh cucuk di tanah. Tapi suami saya modify kayu panjut tahun lepas, dia cabut bahagian pelitanya, dia letak lampu solar tu. Haa... tak payah dah beli minyak diesel, nak pasang panjut. Kalau tak, sampai hitam-hitam tangan isi minyak. Ha ah, guna diesel bila pasang panjut. Minyak gas dah pupus dah kat sini, takde kedai jual. Anak-anak dah tak main bunga api atau mercun dah. Ok ler ni.


Ni lagi satu jenis lampu, murah sikit banding lampu solar gambar sebelum ni. Tag barcode lampu solar belum cabut. Kalau tak nyala, warranty seminggu, orang DIY cakap, boleh tukar.

Cukup la tu, sahur luar. Saya lebih suka sahur dan berbuka di rumah. Sahur nasi lauk telor dan kicap pun ok. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

8 comments:

  1. lampu solar dh popular skrg..

    ps. ehh makcik samalah citarasa kita - mee siam + air suam je 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Wak, kan..
      Wah, ye ke.. peberet saya sejak kecik, tu, Wak.

      Delete
  2. Macam teringin pulak bihun goreng yang viral tu. Okay jugak kan guna lampu solar ni. Jimat elektrik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, Fizah. Makan nasi selalu pun bosan juga. Tukar makan bihun pula.
      Ok guna lampu solar. Sangat senang, tak payah isi minyak dalam pelita dah.

      Delete
  3. Eh eh akhirnya kak nur sahur di mamak ya . Ada geng sudah utk sahur di mamak. Besarnya halaman rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Suami tak kerja, boleh la merasa sahur luar.
      Rumah peninggalan arwah mak, Nadia. Akak tukang jaga je.

      Delete
  4. Ha'ah..dah lama x nmpk minyak gas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takde orang jual dah, nohas. Zaman kita kecik dulu, 1 botol air mineral besor tu, singgit je, boleh isi banyak panjut.

      Delete