Tukar layout blog dan kecewa

 Saya tukar susun atur blog saya. Saya dapat email dari adsense, mengatakan "Menggalakkan click secara tak sengaja: Susun atur" seperti berikut:


Walaupun saya tak berapa faham sangat entah apa yang mengelirukan tentang layout blog saya ni. Saya tukar je la, kepada template yang lebih ringkas. Header blog pun saya keluarkan, supaya pembaca tak keliru antara header di bahagian atas blog dengan iklan adsense yang kadang keluar, kadang tak, di bahagian atas blog. Kalau view ikut komputer, boleh nampak iklan adsense tu keluar di bahagian atas blog. Entah la. Sudah tukar template. Sudah submit request untuk review semula. Harap lulus la. Bukannya banyak pun earning Adsense saya setakat ini, baru USD 3. Kalau Adsense nak gantung ke, nak stop ke akaun saya, terpulang la. Takpe la kalau takde iklan keluar pun, saya ok je. Saya tak pernah menggalakkan pembaca semua untuk klik iklan untuk sokong saya. Tak payah klik, ok. Melainkan anda betul-betul jujur ingin tahu tentang iklan yang keluar tu. 

Tukar topik lain. 

Anak kedua saya tak pergi sekolah hari ni. Dia ada kertas Matematik Tambahan. Dia sedang periksa percubaan SPM. Puas saya pujuk dia pergi. Masa dalam kereta, sudah ada depan pagar sekolah. Pergi je la. Trial ni. Dia kata, kepala dia berdenyut-denyut sangat. Macamana nak jawab, paper susah pulak tu. 

Adoi. Saya kecewa, tau. Dalam 2-3 hari lepas, saya suruh dia pergi study. Dia kata, "Saya target dapat 39. Saya target saya fail". 

Saya cakap kat dia,"Orang target lulus, bukan fail". 

Daya juang dia takde. Tak macam saya dulu. Tahu tak, masa SPM, saya cirit-birit sepanjang SPM. Tapi saya tak ponteng pun. Demam pun, saya pergi sekolah. Hingus meleleh laju, time cikgu suruh buat perbentangan depan kelas, saya pergi juga. Malu gila. Tapi peduli apa saya. Saya ingat lagi, kawan tanya, tadi yang keluar tu, air apa? Hingus aku la! Saya jawap dalam hati je. Sebab saya malu. Tapi saya punya pendirian, lagi susah kalau tak pergi sekolah, ketinggalan banyak benda. Tu pasal sakit macamana pun, saya tetap pergi sekolah.

Susah sikit la dengan anak kedua saya ni. Dia banyak drama. Saya kecewa.

Dah dia missed paper Add Maths hari ni, dia tak boleh re-sit. Nanti, result trial akan keluar "T" (Tidak hadir). Saya bawa dia pergi klinik, lepas saya habis lari. Ambil MC.

Ya Allah, ya Tuhanku. Apa nak jadi ni. Nak isi borang UPU ape ke bendanya, kalau tak hadir satu paper. Saya nampak masa depan gelap la, untuk anak kedua ni.

Saya boleh terima kalau dia target fail tu. Sebab saya tak boleh ubah orang. Saya tak boleh ubah suami, tak boleh ubah anak-anak. Saya cuma mampu nasihat dan berdoa. Tak de siapa boleh ubah diri kita, kecuali kita sendiri. Tapi, saya kecewa, sebab dia tak show-up ke sekolah, hadap kertas hari ni. 

Ok ke? Ni percubaan SPM, belum SPM betul. Ok ke? Sejak bila pulak ok? Sakit kepala kenapa? Saya dulu umur 17 tahun, tak pernah sakit kepala la. Dah banyak kali dah dia tak pergi sekolah sebab sakit kepala ni. Tak tahu la. Banyak tidur kot. Petang tidur. Malam tidur. Bila masa study pun, saya tak nampak. Tengok youtube je banyak. 

Tu je la nak cerita. Apa nak buat, ya? 

Larian-kepala-serabut-fikir-anak-tak-mahu-pergi-sekolah pagi tadi, sejauh 7 kilometer. 

Saya buat macam-macam la, yang saya terdaya. Kadang menyesal jadi surirumah ni. Baik saya kerja dari dulu. Boleh juga anak-anak berdikari, usaha sendiri. Biar dia orang susah, pergi sekolah sendiri. Saya bagi anak senang, pergi sekolah dan balik sekolah berhantar. Nak apa, semua saya dan suami penuhi, jika mampu. Anak kedua minat workout, angkat berat. Semua alat ada, dah macam gym dah rumah. Tapi makan tak macam orang lain. Tak makan nasi yang saya masak. Makan burger, western food, sekarang obses protein, kena ada ayam. Beli protein shake kat shopee. Saya pun tak minum protein-protein ni. Saya makan makanan seimbang je. Supplement apa pun tak ambik. Tapi sakit kepala juga. Apa ke jadahnya, bersenam, kalau tak sihat? Baik tak payah. Fokus belajar je. Senang je hidup, cuma pergi sekolah dan belajar. Kerja rumah pun saya tak bebankan dia orang sangat. 

Sorry ya. Luahan perasaan hari ni. Sedih saya. 

32 comments:

  1. Sabar..anak- anak zaman ni memang ada je macam ni..anak buah SA pun sama..

    ReplyDelete
  2. Tiap anak memang beda"ya...ada yg semangat ada juga yang cuek...moga"semua masalah bisa selesai dengan baik...sabar yaaa...jangan pantang menyerah😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Mreneyoo. Insya-Allah. Pantang berundur kecuali operasi. :D

      Delete
  3. assalamualaikum. jangan kecewa ibu.doa dan terus doa.mengadu kepada Allah.

    Mungkin Allah nak duga melaui anak. kakLM pun pernah diduga anak tak fokus. anak belajar kita tengok macam nak tak nak je. sakit masa seminggu dua nak spm,mcm2 masa tu. dan...tak larat nak cerita, dia ambil spm 2 kali. kami paksa walau dia memberontak marah. result hancur nak mohon belajar mana nya masa tu. alhamdulillah setahun lagi insya Allah tamat diploma . ada apa apa nak borak wasap kakLM ye.mana tau ada benda kita boleh borak tukar pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam warahmatullah, kak LM. Terima kasih. Baik. Insya-Allah, saya akan terus berdoa. Terima kasih, kerana berkongsi pengalaman dengan saya. Sedap hati saya baca komen kak LM. Saya hargai sangat.

      Delete
  4. menangis saya baca kalau dekat rasa nak peluk akak kuat2..doa banyak2 ye kak untuk dia,insyaAllah masih belum terlambat untuk masa depan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu... peluk Afzan balik, kuat-kuat. Terima kasih ya, Afzan.
      Baiklah. Akak akan terus berdoa banyak-banyak untuk anak-anak. Insya-Allah.

      Delete
  5. Luahan seorang ibu yang saya cukup faham...kalau anak tak minat add math tak pe...belajar tentang fitness dan buat badan supaya cantik...boleh masuk bertanding bina badan ...mana tahu boleh wakil negara...di situ akan ada masa depan ///rezeki masing-masing tidak sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kerana memahami, Encik Hanafi.
      Saya ada juga fikir tentang tu. Maksud saya, bukan bertanding bina badan, tapi jadi personal trainer. Tapi itu pun, kena habis belajar juga, kalau tak, camana nak sambung bidang tu di ipt. Ye, betul cakap Encik Hanafi. Rezeki masing-masing tak sama.

      Delete
  6. Jangan putus berdoa agar berubah setelah puas nasihat.
    Teruk juga masalah anak je-2 Puan Nur ini. Seingat saya dia hendak jadi guru BI kan?
    Siap memilih makan. Saya waktu umur 17 kurang memilih makan tapi saya ingat emak saya buat telur separuh masak setiap pagi sebelum ke sekolah. Lagilah waktu hampir SPM , minta 2 biji telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, NA.
      Itu dulu. Tapi nampaknya sekarang, macam sudah kurang berminat, untuk jadi guru BI.
      Wah, setiap pagi NA makan telur separuh masak, dulu. Berkhasiat tu.

      Delete
  7. Banyakkan bersabar, kadang2 saya pun risaukan pelajaran anak2 ni. Cuma kita berada dalam zaman yang tak boleh nak push sangat. Nanti jadi lain mungkin lagi susah. Mental budak sekarang tak sekental zaman kita. Ada yang pegi exam jatuh motor tapi amik juga exam dalam berdarah2 tu. Sebab penting, result kemudian kira yang penting dah cubakan. Pelan2 pujuk dia nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Encik Faizal.
      Itulah maksud saya, Encik Faizal. Result kemudian cerita, yang penting, hadir waktu periksa. Insya-Allah, saya akan terus berdoa dan pujuk dia.

      Delete
  8. Suspens jg bila budak sakit kepala yg teruk..kena gi check-up...mungkin dia minat jd fitness coach..tapi kenalah selesaikan dulu SPM...sabar ya Nur..semoga anak sihat menjelang exam SPM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap nohas, kena selesaikan SPM dulu. Baiklah. Saya akan cuba. Aminnn... mudah-mudahan.

      Delete
  9. Budak2 jaman sekarang banyak sangat disuap
    Tak macam kita dahulu semuanya berdikari sendiri

    ReplyDelete
  10. Anak zaman sekarang tak ikut kehendak dikatanya kita mengongkong..hmmm..sabar jer la.....untuk selalu sakit kepala better bawak pemeriksaan terperinci...saya doakan tiada apa2..inshallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, ya. Saya ada ajak dia buat check-up hospital. Tak mahu pulak dia.

      Delete
  11. kena hantar dia jumpa guru kaunseling di sek dia. Mungkin kaunselor dp membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, nanti saya akan cakap dengan dia. Terima kasih, Abe Kie.

      Delete
  12. Ni taktik, Nur.. dorg kata better tulis T dari failed. Seingat sy zaman Iman nak SPM dulu kawan² dia ada cakap psl ni.

    Semoga lembut hati dia utk lebihkan belajar dan kurangkan yang lain², Nur jangan putus asa ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ler... ape kes. Zaman kita pulak, baik ada markah, walaupun failed, dari telur terus, betul tak, SK? Huhu...
      Baik, SK. Terima kasih ye. Saya akan terus berdoa untuk anak-anak.

      Delete
  13. Begitulah amanah yang diberi kepada ibu bapa. Bukan mudah untuk mengurusnya. Saya pun adakalanya pernah rasa kecewa, tetapi saya cuba mencari penyelesaiannya agar tidak membebankan jiwa. Akhirnya saya hanya mampu berdoa, dan menyedari dugaan begini mampu mendekatkan diri kepada-Nya, mengadu, memohon dan meminta yang baik-baik setiap kali di hujung solat.
    Nur, sebenarnya setiap anak kita ada keunikannya yang tersendiri. In Syaa Allah, suatu hari nanti akan terserlah yang baik- baik saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk hati saya baca komen Amie. Betul, saya setuju apa Amie cakap. Insya-Allah. Saya akan berlapang dada dan terima seadanya.

      Delete
  14. Send you a virtual hug , 🤗.. saya tak tahu nak beri nasehat apa, karena honestly anak2 saya masih kecil. Takut pula salah memberi advise. Tapi saya paham rasanya kecewa kalo orang yang kita sayang terlalu cepat menyerah tanpa ada usaha.

    Tak apa luahkan di blog kak nur. Harap itu bisa mengeluarkan uneg2 dan kecewa Kakak. Semoga ada masanya anak Kaka bisa mengerti yaaa. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluk Fanny, kuat-kuat. Thank you, Fanny.
      Insya-Allah, semuanya akan baik-baik saja. Ujian Allah, harus hadapi dengan kuat dan tenang.

      Delete
  15. setiap anak tu berbeza. mungkin dia tak berminat buat akademik...dalam otak dia mungkin ada benda lain yg dia minat. Tp tulah kita ni mmg more towards academic.

    geram juga kan..kalau masih kecil bolehlah dipulas telinganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ammi. Memang geram. Hari tu, bapaknya berkeras juga dengan dia. Langsung masuk sekolah, tak salam kami dulu. Memang kena tegas sikit. Untuk kebaikan dia juga. Mana boleh tak pergi, time periksa percubaan ni.

      Delete
  16. anak, semakin dewasa semakin panjang akalnya. mungkin dia dah rasa smpi tahap bosan belajar barangkali tp dia beri alasan lain.

    btw, anak yg ni ada minat / skill yg lain ke? mungkin itu boleh bantu dia berkembang dan jana pendapatan dgn kemahiran yg dimiliki? sekadar bertanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia, Anies. Kita pun tak tahu apa dalam fikiran dia, sebab dia tak share dengan kita.
      Ada, dia suka weight lifting. Itulah, mungkin dia boleh pilih bidang itu kot nanti.

      Delete