Hari ini dan semalam

 Kadang tu, saya tak sempat nak update blog awal. Kadang tu, siap masak lewat. Lepas tu, ambil anak sekolah pula. Tak sempat online. Hari ni, lewat sikit, sebab tolong anak bongsu print kerja sekolah dia. Hahaha... heee.. macam-macam. 

Ok la ye. Semalam pagi, saya pergi lari lewat. 

Larian Isnin, 10.28 kilometer.

Hampir jam 7.30 pagi baru tiba di tempat lari. Lepas tu, saya terlari sampai 10 kilometer pulak tu. Sesi larian semalam adalah selama 1 jam 50 minit. Oh, sini memang best, tak rasa pun masa tu lama, sebab sambil lari, saya dapat tengok laut. Matahari pun agak terik semalam. Panas nak hujan di waktu tengahari. Main panas saya, habis la hitam muka. Tapi, biar muka hitam, jangan hati hitam, betul tak? (Ayat penyedap hati).

Jika anda baru nak mula berlari, jangan terus buat 10 km macam saya. Sikit-sikit dulu, ikut rasa kaki masing-masing. Esoknya, up 1 km. Lusa, up lagi 1 km. Dia tak boleh terus buat jarak jauh, tau. Nanti badan terkejut. Mula dengan berjalan pun ok. Lama-lama, up sikit, jadi slowjogging. Saya pun slowjogging je. Santai-santai.

Makan malam semalam, suami ajak pergi kedai tomyam.

Bihun kungfu.

Saya pesan bihun kungfu. Alhamdulillah, sedap.

Itu cerita semalam. Cerita hari ni pulak.

Orang tua buang tebiat.

Larian hari ini adalah sejauh 10.55 kilometer. Cuaca cantik hari ni, mendung je, tak panas sangat.

Balik rumah, saya buat wrap untuk sarapan.

Wrap telur goreng.

Saya guna Gardenia Roll-up Wraps.

Perasa bawang putih.

Yang jenis whole wheat sudah habis. Bawang putih pun ok juga. Lembut je, setelah dipanaskan seketika dalam kuali tanpa minyak. Alhamdulillah. Kenyang juga.Telur je ada di rumah. Kalau ada leftovers, bolehlah letak apa-apa, ayam ke, daging ke. Buat wrap adalah alternatif untuk menghabiskan lauk leftovers semalam, selain dari masak nasi goreng. Saya dah lama tak beli wrap ni. Bosan makan roti gardenia hijau, kita tukar yang ni pulak.

Untuk tengahari, saya masak sambal telur (telur lagi).


Biasa ler, lauk belum masuk gaji. Telur. Alhamdulillah. Jangan komplen. Rejeki hari ni. Orang Palestin tu, makan pun takde, rumah kena letup, sian dia orang. 

Sekian cerita hari ini dan semalam. Eh, ada lagu, tau, sama dengan tajuk entri saya. Saya sudahi entri kali ini dengan video lagunya. Hehe... jumpa lagi, ye. 😊

28 comments:

  1. Baca tajuk jer terus teringat lagu J Mizan, rupanya mmg siap dgn persembahannya 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... saya pun dah lupa nama J Mizan, kalau SK tak sebut, memang tak ingat. Saya ingat yang versi Sixth Sense ni je.

      Delete
  2. Anak2 makan telur putih jaaa... Kang sape nk makan kuning??? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... hadoi, tak dapek nak nolong, linda oii.. :D

      Delete
  3. Wrap telur gorengnya cantik tampilan nya, iya sih kalau mau mulai berlari coba dulu sedikit"yaa biar bisa beradaptasi dulu, kalau tak bisa keram kaki hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, betul. Seharusnya, mula sedikit dulu. Ikut kemampuan.

      Delete
  4. tak pernah lagi order bihun kungfu. selalu kueteow kungfu je. nak try la nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Azian. Sebab bihun tu dia goreng dulu, ada yang rasa rangup.

      Delete
  5. sambal telur rebus..sedapnya..wrap is good, healthy food...

    ReplyDelete
  6. Terkenang cerita lama apabila dengar lagu Hari Ini dan Semalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... lagu menggamit memori silam. Hehe..

      Delete
  7. Semangat makan enak tapi tetap rajin lari ya kak.salam kenal,baru sekali kayaknya mengunjungi blog ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, Enny. Terima kasih, sudi singgah sini.

      Delete
  8. Sambal telur rebus tu nampak sedap 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Carneyz. (masuk bakul, angkat sendiri). :D

      Delete
  9. Antara lauk jadi kegemaran saya...telur ...tak pernah rasa jemu alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke... sumber protein yang bagus kan, Encik Hanafi.

      Delete
  10. Telor goreng sambal tu nampak sedap.
    Macam senang aje Nur lari 10km tu hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya slow-slow je, Mrs. A. Bukan laju pun. Kalau kita slowjogging, hari-hari pun boleh buat 10km, sebab tak penat.

      Delete
  11. Lama x dgr lagu ni.. menggamit memori... sbb tu telor mst x boleh putus stok dalam rumah.. ada je menu boleh buat dgn telor tp sygnya anak² sy hanya mkn telur goreng je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke.. mungkin nanti dah besar sikit, anak-anak Kakmim boleh makan telur lauk lain pula. Insya-Allah.

      Delete
  12. sambal telur ni kalau adam.bayam masak tumis air fuhhhhh kompem sy mkn bertambah2 nasi🤣

    ReplyDelete
  13. Betul tuh, kalo baru belajar nak lari, memang jangan langsung jauh sekalian. Tak baik juga buat jantung. Pelan2 tapi ada progress. Sampai badan kita terbiasa nak lari jauh.

    Anak2' saya kalau dah malas makan, saya pun pasti ingetin mereka ke anak2' Palestine yg malah tak bisa makan 😔. Biasanya mereka langsung diem dan mau makan masakannya.

    Btw, ini lagu lama kan ya kak? Saya pernah dengar, rasanya dulu saat kuliah. Lagunya familier 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fanny. Lagu original nyanyian J Mizan. Ini sudah cover version by Sixth Sense.

      Delete