Balik Kelantan

 Semalam, hari Jumaat, saya dan suami balik Kelantan. Hujan sepanjang jalan. Sekejap lebat, sampai tak nampak jalan. Sekejap, renyai-renyai. Masa jalanraya timur-barat, atas Banjaran Titiwangsa tu, jalanraya sudah sangat cantik. Kerja-kerja menurap tar masih dijalankan. Sebelum ni, jalan bertampal-tampal. Lampu jalanraya pun banyak dah ada. Bagus. Alhamdulillah. Setelah sekian lama jalan kopak-kapek (eh, ada ke perkataan ni?)

Seperti biasa, saya jadi co-pilot. Check jalan. Takut ada jalan tutup, dinaiki air.

Lalu jalan tepi Sungai Golok

Banyak kampung sudah dinaiki air. Kereta orang kampung sudah diparking atas jalanraya. Binatang ternakan pun sama. Ayam, itik, kambing, lembu, semua sudah ditambat di tepi jalan raya, kerana halaman rumah sudah dinaiki air.

Padang bola sudah dinaiki air.

Maaf, gambar gelap. Tak ada matahari. Awan tebal. Jalan yang dari Rantau Panjang ke Tumpat ada kawasan sikitttt je lagi air nak naik, setakat kami lalu semalam. Pagi ni, tak tahu camana keadaan. Keadaan jalan pula sangat teruk, lubang sana sini. Nanti nak balik Perak esok, kena ikut jalan lain la.
Alhamdulillah, selamat sampai kampung suami lewat petang. Sempat singgah pasar malam Terbak. Beli bungkus nasi untuk makan malam.

Menariknya air dia...

Saya terbeli kopi beng (kopi ais). Pasar malam kat rumah saya, takde pulak jual air macam ni. Saya beli kuetiau goreng kerang kuali besar. Suami beli nasi kerabu. Bungkus 2 lagi nasi kerabu untuk mek (mak mentua) dan mek yah (kakak ipar saya).
Orang sini, dia panggil orang, depan dia ada mek. Contoh macam nama saya, Nurhayati. Orang panggil Mek Ti. Kalau nama Rina, orang panggil Mek Na.

Kalau lelaki pun, depan dia letak Pok. Contoh suami saya, nama Azlan. Orang panggil Pok Le. Lan jadi Le. Makan jadi make. Gitew...

Alhamdulillah. Akhirnya, dapat jumpa orang tua, setelah sekian lama. 

Saya update ni, guna handphone. Keciknya, dah biasa update blog guna laptop. Tak bawa balik. Travel light. Backpackers. Hehe..

Baik. Jumpa lagi ye. Selamat berehat di hujung minggu, dari saya, di Tumpat, Kelantan. 😊

18 comments:

  1. akak dah sampai kelantan kena cari putu halba kak...kuih musim tengkujuh pantai timur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, ada, Afzan. Sedap. Makan 3 biji dah kenyang. :D

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Selamat smpai... Moga selamat balik juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Linda. Sudah selamat.

      Delete
  3. Selamat berhari minggu di kpg..

    ReplyDelete
  4. Senangnya bisa balik kampung dan bertemu mertua ya kak ❤️.

    Tapi semoga hujan derasnya tak membuat banjir. Di tempat saya jakarta timur dah mulai hujan, setelah berbulan2 tak hujan.

    Agak beda dengan jakarta selatan. Kalo di sana memang LBH sering turun hujan.

    Masing2 daerah punya aksen khas dalam berbicara. Saya suka kalo diajarin ttg masalah aksen dan bahasa ini. Jadi tahu.

    Apalagi di Indonesia pun bahasa daerahnya ada ribuan macam. Saya saja tak menguasai bahasa daerah saya, bahasa Batak, Krn memang jarang dipakai. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Fanny. Suami saya memang sudah lama mahu pulang berjumpa ibunya. Dapat juga.
      Kalau jarang dipakai, tak apa. Tapi kalau kita tinggal di sesuatu tempat, mungkin lebih baik kita pelajari dialek di tempat tersebut. Senang mahu berkomunikasi dan boleh faham orang tempatan.

      Delete
  5. Hujung2 tahun ni kan memang musim la kan

    ReplyDelete
  6. Kita kat Johor ni, mana² kawan yg asal Kelate, yg pompuan semua dipanggil Mek 😆😆😆

    ReplyDelete
  7. terbaca berita tadi ada beberapa tempt di sana dah dinaiki air...

    ooo belah tumpat sana... sy sangka KB 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat je dengan KB. Cuma hari tu, tak sempat pergi KB, kat Pasir Pekan, dah naik air.

      Delete
  8. Org kelantan kalau yg pekat tu kita kdg2 dgr tak faham juga.. Kena dgr betul2 Hahahaa.. Musim hujan tengkujuh dah nak masuk ni..semiga semuanya baik2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena suruh deme kecek koho-koho. :D
      Terima kasih. Alhamdulillah. Selamat sudah balik kampung.

      Delete